SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun NOH OMAR BERPOLITIK DI SEKOLAHSetiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, Noh Omar (kambing) yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang telah mengedarkan kalander tahun 2003 yang mempunyai lambang dacing kepada pelajar-pelajar sekolah di Tanjong Karang diantara sekolah-sekolah yang telah di beri kalander tersebut ialah Sekolah Menengah Seri Desa, Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang, Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Burong dan sebagainya. Lebih malang lagi Noh Omar telah mengarahkan pihak Sekolah Menengah Seri Desa supaya memasang kalandernya di sekolah tersebut bagi menyambut kedatangannya ke sekolah tersebut. Menurut satu sumber lagi beliau juga telah mengarahkan supaya pelajar-pelajat sekolah tersebut mengadakan gotong-royong selama dua hari pada hari persekolah semata-mata untuk membuat persiapan kedatangannya ke sekolah terbabit. Di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang pula kalander tersebut dibawa oleh seorang guru yang juga merupakan orang kuat Noh iaitu Kahpi Ngiso. Guru tersebut telah mengagih-agihkan kalander tersebut kepada setiap pelajar di sekolah Agama itu. Jelas disini pelajar-pelajar sekolah Agama Rakyat (SAR) atau pelajar-pelajar sekolah Agama kerajaan yang mengajar pelajar-pelajarnya supaya berpolitik disekolah. Pemimpin-pemimpin Umno selalu mengatakan guru-guru Ssekolah Agama Rakyat tidak mengajar agama tetapi mengajar politik, tetapi dengan tindakannya mengedarkan kalander tersebut yang terang-terang mempunyai lambang dacing kita dapat lihat siapakah yang membawa fahaman politik kepada pelajar-pelajar di sekolah ? PAS atau Umno ?. Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatianya didalam kalander tersebut ialah bulan kesalahan tarikh pada bulan Jun 2003, sebagai contoh yang paling mudah ialah 31/5/2003 jatuh pada hari sabtu, di dalam kalander tersebut 1/6/2003 juga jatuh pada hari yang sama (sabtu-31/5/2003). Satu lagi ialah pada penghujung bulan Jun iaitu 30/6/2003 di dalam kalander tersebut tarikh tersebut jatuh pada hari ahad. Manakala 1/7/2003 jatuh pada hari selasa. Sepatutnya jika hari 30/6/2003 jatuh pada hari ahad 1/7/2003 jatuh pada hari isninnya tetapi jatuh pada hari selasa. Maknanya kalau ikut kalander Noh Omar tersebut hari isnin pada minggu berkenaan tidak bertarikh. Agaknya kepala Noh Omar amat berserabut sekarang akibat terlalu banyak makan daging Kambing Curi yang diusahakan oleh bapanya sehinggakan membuat kalender yang begitu mudah pun ada kesilapan yang banyak. Cikgu pencen SMDH
Diterbitkan oleh : |