SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Penyatuan Parti Keadilan dengan PRMAssalamulaikum wr, wb saudara-saudara sekelian, Saya amat terkejut apabila membaca kenyataan Timbalan Presiden Keadilan yang disiarkan oleh Harakahdaily.net pada 25.2.2003 mengenai perubahan nama parti Keadilan setelah ianya bersatu dengan PRM. Perubahan ini dan penyusunan semula organisasi dan juga jawatan akan diumumkan pada 23.3.2003 nanti amat membimbangkan saya untuk menghadapi pilihanraya ke 11 yang tidak berapa lama lagi ini. Perubahan nama dari Parti Keadilan Nasional [ADIL] kepada Parti Keadilan Rakyat Malaysia (setelah bersatu dengan PRM) dalam sebutan ringkasnya telah berubah dari ADIL kepada PKR. Perubahan pada nama yang penuh tidak memberi impak yang besar kerana ianya masih mengekalkan perkataan "Keadilan" yang telah sinonim dengan masyarakat melayu khususnya di luar-luar bandar. Apabila perkataan "Adil" ini telah diganti dengan sebutan PKR, saya amat sangsi penerimaan masyarakat terhadap masa depan parti ini seterusnya. setengah orang berkata, apa ada pada nama. Bagi saya nama yang sudah sebati dalam kehidupan masyakakat perlu dikekalkan [termasuk warna dan lambang yang ada pada bendera Parti Keadilan]. Perkataan ADIL menjadi terlalu indah, senang disebut, senang diingati dan mudah masyarakat menghayatinya. Sebagai contoh, masyarakat melayu di luar bandar @ di kampung-kampung di Daerah Padang Terap lebih selesa dengan perkataan ini dari orang tua hinggalah kepada kanak-kanak. Mereka tahu apa itu "Keadilan [Adil]". Berbeza dengan perkataan PKR. Tidak membawa apa-apa erti kepada mereka. Masyarakat kita sebahagian besarnya masih lagi menyangjung tinggi nilai-nilai mulia dan menentang sebarang bentuk ketidakadilan yang berlaku. Mereka akan menjadi keliru dan tidak faham, apa makna PKR ini. Satu beban lagi untuk menerangkan akan bab ini, sedangkan kita mempunyai banyak isu-isu yang hendak diperjuangkan. Saya faham masalah yang dihadapi oleh Parti Keadilan ini, mereka kekurangan sumber untuk digemblengkan terutama pemimpin yang berwibawa telah berkurangan akibat kena tahanan. Dengan gabongan ini mereka boleh berkongsi sumber. Perlu diingat bukan perancangan yang indah yang boleh menawan hati rakyat, sebaliknya ianya hendaklah kelihatan simple, kemas dan teratur [tidak bercelaru] boleh menarik rakyat kepadanya. Kesimpulan, perubahan penuh nama boleh dibuat tidak mendatangkan impak yang besar kerana ianya masih lagi mengekalkan perkataan "Keadilan", tetapi dalam bentuk ringkas dengan mengunakan perkataan "ADIL" hendaklah dikekalkan. Sekian, terima kasih.Wassalam.
Diterbitkan oleh : |