Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

KHIR TOYO RUNTUH MASJID TETAPI BINA KUIL HINDU.

Kebelakangan ini nampaknya kepala hotak MB Selangor yang bernama Dr.Mohd.Khir bin Toyo benar-benar bercelaru.Fikirannya sudah ibarat orang tidak siuman.Tunggu masa nak jadi gila saja lagi.

Kes merobohkan surau /masjid di Bandar Baru Bangi pada 9 Februari 2003 sungguh menyayat hati. Demi untuk mengekalkan kuasa MB Selangor yang terkenal sebagai MB paling rasuah di bumi Malaysia sanggup menggunakan JAIS,polis, FRU dan lain-lain merobohkan rumah Allah.Pada masa yang samaTELAH menahan imam dan ulama masjid berkenaan.

Sepuluh tahun lepas ,tepatnya Disember 1992 ,orang Hindu di India meruntuhkan Masjid Babri.Lebih 2000 orang Islam terbunuh untuk mempertahankanya.Tetapi kini,di bumi Malaysia yang kononnya Negara Islam,pemimpin yang mengaku Islam,Dr.Khir Toyo telah mengarahkan jabatan kerajaan yang meruntuhkan masjid tempat orang Islam mengerjakan ibadat.

Anehnya pada masa yang sama MB Selangor yang kononnya Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno telah memberikan bantuan membina dan menggantikan kuil lama Hindu di Bukit Rotan,Kuala Selangor.Kuil lama Hindu di Bukit Rotan yang terletak ditepi jalan telah diberikan tapak baru yang istimewa iaitu diatas bukit di pekan kecil Bukit Rotan. Penganut Hindu sangat berterima kasih kepada Dr.Khir Toyo.

Barangkali kebelakangan ini MB Selangor yang bernama Dr.Mohd. Khir bin Toyo yang memegang jawatan Pengerusi Biro Agama (Hindu) Pemuda Umno lebih mempercayai kebaikan orang Hindu berbanding Islam yang dikatan militan oleh MB seperti tersiar dalam BH pada 17.2.2003. Lebih-lebih lagi Umno sekarang bukan hanya orang Islam sahaja yang boleh menjadi ahli tetapi orang Cina,India,Kadazan,Siam,Kristian, Buddha, Hindu dll adalah ahli Umno .

Olih: Dlok






______________________
Terbitan : 22 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com