SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun TANDA-TANDA DAN SIFAT MATI HUSNUL KHATIMAH (V)Tazkirah 117 …bersambung 2. TANDA-TANDA DAN SIFAT MATI HUSNUL KHATIMAH 7. Mati Kerana Sakit Perut Walaupun sakit perut pada anggapan kita sebagai sakit biasa, tetapi sekiranya orang yang menghadapi sakit perut dengan penuh redha dan sabar menahan sakitnya sehingga membawa kepada mati, maka matinya dikira mati syahid atau husnul khatimah. Terdapat hadith yang menegaskan tentang hal ini, maksudnya : “…barangsiapa yang mati sakit perut, maka matinya dikira mati syahid” (Muslim) Terdapat dalam sebuah riwayat bahawa Abdullah bin Yasar berkata : “Ketika aku bersama Sulaiman bin Surdi dan Khalid bin Urfutah sambil bercerita. Salah seorang daripada keduanya berkata; ada seorang lelaki meninggal dunia kerana sakit perut. Kedua-duanya memang bersaksi bahawa lelaki itu mati. Salah seorang berkata pada seorang yang lain; tidakkah engkau pernah mendengar bahawa Rasulullah saw pernah bersabda : “Barangsiapa yang mati kerana sakit perut, maka sekali-kali ia tidak diazab di dalam kuburnya”. Salah seorang keduanya menjawab; “betul”. Dalam riwayat lain disebut bahawa salah seorang daripada berkata; “benarlah engkau” (Riwayat An-Nasai, At-Tirmizi dan Ibnu Hibban dalam sahihnya). 8. Mati Kerana Tertimbus Runtuhan Bangunan Atau Tenggelam Dalam Air Orang mukmin yang mati kerana tertimbus oleh runtuhan bangunan atau tanah dan juga mati kerana lemas di air dikira termasuk mati husnul khatimah. Terdapat hadith mengenai perkara tersebut. Hadith riwayat oleh Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi, bahawa Rasulullahs aw bersabda yang maksudnya : “Orang-orang yang dikira mati syahid ada lima (5) golongan :- a) mati kerana taun b) mati kerana sakit perut c) mati kerana tenggelam di air d) mati kerana runtuhan bangunan dan tanah e) mati kerana membela agama Allah (jihad fisabilillah).” 9. Mati Hamil atau Mati Beranak Apabila seseorang wanita hamil hasil daripada perkahwinan yang sah, ketika ia melahirkan anak, anaknya tidak dapat keluar dan menyebabkan ia mati, maka matinya dikira mati syahid atau mati husnul khatimah. Terdapat keterangan hadith bahawa Rasulullah saw pernah ditanya tentang apakah ada lagi jenis kematian selain mati di emdan perang yang termasuk syahid, lalu Rasulullah saw menjawab; “Mati seorang perempuan kerana mengandung (tak dapat atau susah melahirkan anak) juga dikira mati syahid dan di akhirat ia ditarik oleh anaknya masuk ke dalam syurga”. (Riwayat Imam Ahmad, Dairami dan Thayalisi dan sanadnya sahihnya). …bersambung Kitab rujukan : Lambaian Wajah-Wajah Kematian oleh Ustaz Jaafar Salleh (terbitan Al-Hidayah Publisher)
Diterbitkan oleh : |