Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Syabas Salam Pantai Timur

As'kum wbt saya ucapkan kepada semua pembaca dilaman web ini.Tujuan saya taip cerita ni bukannya apa just nak berkongsi pendapat saya berhubung cerita rekaan RTM iaitu Salam Pantai Timur.Sejak akhir2 ini,saya sering mengikuti siaran tersebut,dan saya dapati telah diujudkan satu watak bagi mewakili pembangkang yang dilakunkan oleh Sabri Yunus.Sabri Yunus walaupun memgang watak seorang buta dikampungnya itu namun bermati-matian mempertahankan isu-isu pembangkang.Siaran pada 24.2.03 yang lalu,bagi saya watak yang dibawa olehnya amat memuaskan hati saya.Ini kerana walaupun memegang watak seorang yang buta namun beliau tidak buta hatinya.Dan lagi beliau terpaksa berhujah dengan 4 lagi watak umNO didalam siri tersebut.Antara hujah yang beliau pertahankan adalah mengenai elaun2 wakil rakyat yang terpaksa diambil bagi mengatasi permasalah rakyat dan bukannya demi kepentingan peribadi.Beliau juga berhujah soal poligami,dimana kata beliau,jika tidak dinaikkan elaun sekalipun soal kahwin adalah ketentuan Allah dan bukannya disebabkan oleh duit elaun tersebut.Disamping itu juga,ketika M.Rajoli membacakannya ayat AlQuran mengenai pemimpin yang menzalimi rakyat akan masuk ke neraka,dengan pantas Sabri Yunus menjawab kalau baru setakat sepotong ayat mari duduk belakang aku,boleh aku ajar banyak lagi ayat2 AlQuran kepadamu.Tahniah kepada RTM yang berjaya mencipta satu watak yang mewakili pembangkang,walaupun buta,walaupun satu watak namun sudah cukup untuk menewaskan hujah-hujah 4 watak umNo yang lain.

Hamba Allah






______________________
Terbitan : 26 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com