Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Jawapan Penulisan Selangordaily

Masjid (tempat sujud) Jubli Perak boleh dianggap sebagai sebuah Masjid ad-Dhirar (yang membawa kerosakan dan perpecahan) jika sekiranya negara ini sebuah khilafah Islamiah yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang cukup ciri kepimpinan Islamnya, bukan macam madey si tua kutuk yang kuat berbohong dan memecah-belahkan rakyat. Tiada kata yang keluar daripada mulutnya kecuali bohong jua.

Kalau betul ada perjanjian terdahulu antara penduduk dengan JAIS dan PKNS, sila dakwa penduduk ke mahkamah. Mengapa mendahului mahkamah? Kerana kamu tidak yakin boleh menang kes ini di mahkamah? Di mana surat arahan roboh? Kenapa tidak ada pihak yang berani mengeluarkan surat arahan roboh?

Rasulullah saw merobohkan Masjid Dhirar kerana ia dibina bukan untuk tujuan ibadah kepada Allah tetapi untuk menunjuk-nunjuk dan mengembalikan pengaruh pemimpin lama apabila Nabi saw dipilih menjadi ketua orang Islam. Ciri-ciri masjid Dhirar memang wujud pada Masjid Putrajaya dan seumpamanya yang tiada jumlah makmum sesuai dengan saiz dan kedudukannya. Ia dibina untuk tujuan menunjuk-nunjuk bahawa negara ini Islamlah konon padahal surau yang dhaif di Bangi itu lebih menepati ciri-ciri yang dituntut Allah dengan majlis-majlis pengajiannya yang aktif.

Surau Jubli Perak dikatakan tempat memfitnah ulil-amri yang dipilih rakyat dan jadi sarang memecah-belahkan umat. Tuduhan ini kalau ada asas sudah tentu boleh dibawa ke mahkamah dan mohon satu perintah supaya ianya dirobohkan. Tetapi mengapa tidak berani bawa ke mahkamah? Mengapa guna cara gangster? Sebab kamu semua sudah panik akan pengaruh pembangkang di Selangor dan kamu perlu hapuskan ia dengan segera, tetapi ia akan backfire ke arah kamu dengan lebih hebat lagi. Teruskan meroboh surau lain pula.

HC




______________________
Terbitan : 22 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com