Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hadi di Indonesia = Mahathir di NYC/Washington?

Haji Hadi dikatakan menghadiri suatu perhimpunan di sebuah universiti di Indonesia memberi ucapan pengalaman beliau dalam mentadbir sebuah negeri di Malaysia.

Mahathir ke New York menghadiri perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Di perhimpunan yang dihadiri Hadi, dikatakan turut dihadiri oleh golongan radikal Islam.

Di perhimpunan PBB yang dihadiri Mahathir, turut dihadiri pemimpin pengganas Israel, pemimpin pengganas Yugoslavia dan pemimpin pengganas Amerika.

Golongan radikal Islam yang katakan hadir dalam perhimpunan yang Hadi hadiri, dituduh terlibat dengan keganasan – yang masih belum dapat dibuktikan.

Para pemimpin pengganas yang bersama Mahathir menghadiri perhimpunan PBB telah terbukti membunuh ribuan rakyat Palestin, ribuan orang Islam Bosnia dan ribuan kanak-kanak di Iraq. Â Kini mereka mahu membunuh lagi umat Islam dan mengganas lagi sebaik sahaja umat Islam menyambut Hari Akbar.

Yang lebih teruk, Mahathir bertemu berkali-kali dengan ketua pengganas Amerika, Bush, dalam beberapa sesi peribadi. Â Apa rancangan yang dibisik?

Siapa yang patut disiasat?

Sekian

Ibrahim Baba
8 Februari 2003






______________________
Terbitan : 9 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com