Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

AKAN ADA BERJUTA SADDAM DAN OSAMA MESKI DIBUNUH

ismaily bungsu
0138511903
kota kinabalu
sabah-malaysia

mahu menghapuskan Saddam? mahu membunuh Osama? Adanya Saddam dan Osama menjadikan Bush/Blair dan lain-lain huruhara, apa lagi mahu menghapuskannya.

Dibunuhnya seorang Osama akan lahir berpuluh, beribu, berjuta Osama. Dibunuhnya seorang Saddam akan lahir/ada beribu, malah berjuta Saddam.

Pengganas tidak akan punah kalau dilawan dengan keganasan, pengganas harus dilawan dengan cara mencari puncanya kenapa mereka mengganas.

Wajah Saddam dan wajah Osama adalah wajah yang tahan menderita/sanggup menderita demi bangsa, negara dan agamanya. Itulah namanya perjuangan meski ada antara kita mengatakan Saddam dan Osama bukan sebenarnya. Itu kenyataan barat yang memburukkan pejuang.

Osama terkenal sebagai jutawan, tetapi anih bin ajaib, dia sendiri memilih untuk hidup di gua/gunung dan segala macam demi memperjuangkan/kemanusiaan yang selalu ditindas oleh Amerika yang berhati setan.

Yang saya perhatikan Amerika sebenarnya bukan memerangi keganasan dan bukan memerangi Osama atau Saddam, tetapi mahu merampas hak orang kerana Iraq negara terkaya kerana minyak dan air yang nantinya bakal dirampas oleh Israel/anak emas Amerika yang keparat dan sharon yang laknat. Tuhan pasti mendatangkan bala kepada mereka yang berhati binatang jalang.

Kita mahu dunia ini amat dan bahagia. Kita mahu hidup penuh kasih sayang tanpa memilih agama, keturunan, kepercayaan dan segala macam seperti yang berlaku di Sabah. Kita mahu orang Islam sayang sama orang kristen, orang kristen sayang sama orang Islam, orang kadazan sayang sama orang brunei dan orang brunei sayang sama orang murut dan orang murut pula sayang sama orang rungus dan macam-macam.

Kita mahu sama-sama meraikan pesta menuai, sama-sama meraikan tahun baru cina dan sama-sama meraikan hari raya kerana keharmonian dan kedamaian adalah ajaran semua agama untuk maksud berbaik-baik kerana kita sama saja yang asalnya daripada keturunan Adam. Jadi, untuk apa perang harus ada. Untuk apa?

Apapun, saya cukup senang melihat keadaan kita di Sabah dan keadaan semacam inilah harus kita pelihara dan jaga baik-baik agar jangan sampai menjadi api yang bisa membakar diri kita sendiri dan tentu saja kita benci sangat akan peperangan yang ditiupkan oleh Amerika pimpin Bush dan Blair yang menjadi kuda tunggangannya.

Apapun/rupanya hati kita kian berdebar dan berdebar bukan kerana perang di Iraq, tetapi berdebar menunggu hari esok yang kata orang akan diketahui siapa yang bakal menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah.

Salam damai dan berbahagia






______________________
Terbitan : 28 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com