Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PENUTUPAN SAR --- JABATAN AGAMA (JOHOR) “MAJU” SETAPAK KE-HADAPAN

Kalau di-amati dengan seteliti-teliti-nya Jabatan Agama (JOHOR) telah di-peralat oleh kerajaan Negeri umNO/BN untuk menutup SAR bagi memuaskan nafsu serakah umNO/BN yang masih di-beri mandat oleh rakyat JOHOR yang berkarat biru umNO-nya. INI adalah bagi memastikan yang umNO/BN akan terus berkuasa walau pun banyak terdapat kepincangan dan salah urus di-dalam pentadbiran-nya. Bukti nyata ia-lah hutang dengan kerjaan pusat yang tinggi mengunung dan merudum-nya Amanah Saham Johor.

Apa yang hendak di-takutkan dengan SAR hingga di-paksa TUTUP kalau umNO/BN optimis dengan kekuatan dan pengaruh-nya di-JOHOR. Melalui debat pada hari ahad lepas Dato Nazri Aziz ada menyatakan yang kerajaan pusat tidak mempunyai hasrat untuk menutup SAR, hanya bantuan perkapita-nya saja di-berhentikan. Bukankah ini bercanggah dengan tindakan yang telah di-ambil oleh kerajaan negeri.

Selama ini rakyat Johor yang belum celik dengan “ISLAM” boleh berbangga dengan ujud-nya sekolah AGAMA JOHOR yang mengadakan pembelajaran pada dua sessi pagi dan petang. Maka dengan itu tersiar-lah satu artikal di-akhbar berita harian bertarikh 17/2/03 bertajuk “GURU AGAMA SOKONG TUTUP SAR”. Satu kenyataan yang tidak sepatut-nya di-keluarkan kalau mereka benar-benar faham ISLAM dan dapat membezakan ISLAM yang di-ajar di-SAR dengan yang di-ajar di-sekolah agama (JOHOR).

Saya tidak berhasrat untuk mengulas kenyataan pengerusi, Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Agama Malaysia Barat (KKGUMB) cawangan Johor, Mohd Maulan Asmuni. Ini

kerana sebagai rakyat sebuah negara demokrasi beliau bebas mengeluarkan pendapat.

Apa yang ingin saya perkatakan ia-lah, saya ada-lah salah seorang bekas penuntut sekolah Agama (JOHOR) di-tahun 60an. Sepanjang pembelajaran saya hingga tamat kelas khas ilmu agama (ISLAM) yang saya perolehi tidak lengkap. Contoh mudah ia-lah saya tidak pernah di-ajar bab batal-nya syahadat dan segala hukum hakam (HUDUD dan KISAS) saperti yang terkandung di-dalam Al-Qur’an dan sunnah walau pun bab tersebut terdapat di-dalam kitab muta’albadrin yang di-guna pakai pada masa itu, kerana tidak di-ajar hingga tamat walau pun di-kelas khas.

Jangan-lah hendak di-bangga yang konon-nya kaedah pembelajaran sekolah agama (JOHOR) turut di-jadikan model oleh negeri Sabah, Sarawak dan Berunai. Saya pernah pergi ke-dua-dua negeri tersebut kecuali Berunai dan saya tahu tahap pegangan penduduk setempat. Ini kerana saya rajin bertanya. Tak payah-lah saya ceritakan pengalaman yang kebetulan saya sendiri saksikan berkaitan dengan penghormatan terhadap jenazah orang Islam. Di-Berunai apa yang saya tahu hanya mereka yang berkelulusan Al-Azhar saja yang di-terima bertugas, bukan setakat kelas khas.

Pada saya, dengan memiliki sijil kelas khas sekolah agama (JOHOR) tidak menjanjikan apa-apa. Lain-lah kalau ada sekurang-kurang-nya SRP boleh mohon jawatan askar Timbalan Setia (JMF).

Cuba Tanya mereka yang menjawat jawatan tinggi di-Jabatan Agama (JOHOR) (Segamat local) kelulusan dari mana yang membolehklan mereka melanjutkan pelajaran hingga ke-universiti Al-Azhar. Bukan sekadar sijil kelas khas tetapi bermula dari sijil Sekolah Arab (ALL SUBJECTS IN ARABIC) yang terletak di-kampung GUBAH SEGAMAT.

Saya juga pernah belajar di-sekolah tersebut selama tiga tahun. Malang-nya saya terpaksa berhenti kerana konon-nya lulus (dari sekolah Melayu) untuk menyambung pelajaran ke-Special Malay Class (SMC) sekolah orang putih. Kalau tidak mungkin juga saya akan menjadi lebai malang (kalau hendak berkerja dengan kerjaan) kerana tidak mendapat menjalankan tugas mengikut apa yang di-perintah oleh ALLAH.

Saya kira ada baik-nya buat diri saya, walau pun allahyarham ibu dan bapa saya agak kecewa. Maklumlah allahyarham datuk saya dulu seorang kadi (bukan pegawai takbir Agama). Di-takdirkan saya menjadi hakim mahkamah syariah, terpaksa mempuat sesuatu keputusan bertentangan dengan kata hati dan yang di-ucapkan. Nanti di-hadapan Rabuljalil apa hendak jawab?

Kini kebanyakan rakyat marhaen ramai yang sudah celik agama (ISLAM). Itu yang membuat golongan ini menghantar anak-anak mereka ke-SAR bagi membolehkan mereka memahami ISLAM yang sebenar dan selengkap-nya. Tidak-lah nanti kalau ada dari kalangan mereka yang berjaya menjadi pemimpin, “SURAU ATAU MASJID” pasti tidak akan di-musnahkan, kerana sudah memahami yang perbuatan tersebut ada-lah satu dosa besar. Saperti yang di-lakukan ke-atas sebuah surau di-Flet Jubli Perak, Bandar Baru Bangi. Bukankah surau tersebut sudah beroperasi selama 12 tahun dan di-atas perkenan sultan sendiri. Yang menyedihkan arahan tersebut datang dan di-sempurnakan oleh orang ISLAM? Sendiri.

Andaikata benar yang umNO/BN mengamalkan dasar pemerintahan demokrasi dan sekolah agama (JOHOR) mengajar “ISLAM SEBENAR”, mengapa di-sekat mereka yang sudah SEDAR sumpah janji mereka dengan ALLAH semasa hendak lahir ke-dunia. Takkan lafaz ikrar tersebut saya hendak ajar, bukankah kamu semua orang yang terpelajar. Kalau tidak takkan MB hendak promote sukatan pelajaran sekolah agama (JOHOR) hingga ke-Pahang dengan mengetui satu lagi pameran bergerak. Bukan kah itu satu perkerjaan yang sia-sia dan membuang masa kerana rakyat Pahang sudah di-tinggalkan bekalan agama (ISLAM) yang secukup-nya oleh allahyarham datuk Bahaman dan Mat Kilau. Yang tidak memiliki pusaka tersebut hanya seorang bergelar yang membuat aksi lucah dengan tangan dan menonggeng sambil menepuk ponggong-nya ke-arah orang ramai di-satu pilihan raya kecil di-negeri tersebut.

Wahai rakyat Johor, kalau kita menaiki keretapi dan tahu yang kepala-nya hendak menjunam ke-gaung, ada-kah kita akan ikut sama kalau masih mempunyai masa untuk menyelamatkan diri. Fikirkan-lah.

Sedar-lah, dunia ini ada-lah tumpangan buat sementara. Hadir-nya kita di-atas muka bumi ini ada-lah sebagai pelakon dan lakonan kita itu bakal di-nilai oleh ALLAH, kecuali kalau kita mendapat keampunan dan rahmat-NYA baru-lah adengan-adengan yang menjolok mata di-censor oleh ALLAH selain dosa syirik. Kalau kita tetap dengan kerja mungkar, menjadi munafik dan sebagai-nya, akan kita rasai seksa ALAH yang amat pedih.

Seperkara yang kerap menghantui fikiran saya ia-lah gadis-gadis (ISLAM) seberang yang menjadi amah di-rumah orang bukan islam dan tinggal serumah. Mengapakah pehak yang berautority tidak peka. Tinjau-lah di-taman perumahan, pasti ketemu. Kalau benar Jabatan Agama (JOHOR) begitu perihatin, sekali sekala tinjau juga di-Rock Garden pasti ketemu dengan muda-mudi pelajar/bekas pelajar sekolah agama (JOHOR) buat hal. Lain-lah kalau pegawai penguatkuasa jabatan agama (SEGAMAT) tidak mempunyai kuasa melaksana hanya kuasa pada jawatan.

Jangan-lah kita lupa yang akhirat jua-lah yang kekal abadi. Dengan itu taati-lah ke-semua perintah ALLAH termasuk politik untuk mengilakkan diri dari TERCEBUR ke-dalam “NERAKA”. Biar-lah di-dunia kita hidup bagai di-neraka kalau di-takdirkan tetapi untuk akhirat pohonilah ke-ampunan dan rahmat dari ALLAH dengan mengerjakan segala yang di-perintah dan meninggalkan segala larangan-nya.

Sekian buat renungan dari hamba-NYA.

Anak jati Segamat.






______________________
Terbitan : 22 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com