SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun AHLI UMNO TG.KARANG BEREBUT DAGING DI MASJID PEKAN PASIR PANJANG.Pada 12 Februari 2003 seluruh umat Islam Malaysia menyambut Eidil Adha serentak seluruh negara walau pun umat Islam di Saudi Arabia menyambutnya sehari lebih awal. Disamping solat sunat Eidil Adha,banyak masjid dan surau turut menyembelih hewan untuk korban. Di Masjid Pekan Pasir Panjang tidak ketinggalan turut serta menyembelih lembu dan unta. Sebanyak 13 ekor lembu dan seekor unta yang di hadiahkan atas nama MB Selangor telah dipotong di masjid berkenaan atas nama program Korban Perdana anjuran Umno Bahagian Tg.Karang. Beberapa hari sebelum penyembelihan lembu dan unta di Masjid Pekan Pasir Panjang,Umno Tg.Karang telah mengarahkan semua ahli Umno dalam DUN Sg.Panjang terutama sekitar Pekan Pasir Panjang turun beramai-ramai untuk meraikan dan mengambil daging lembu dan unta .Maka berbondong-bondonglah ahli-ahli Umno tua,muda kecil, besar, jantan dan betina ke Masjid Pekan Pasir Panjang. Penuh sesaklah kawasan masjid pada hari raya tersebut dengan ahli Umno yang sesakkan daging lembu hadiah daripada MB Selangor. Belum pun selesai lembu dan unta dilapah dengan sempurna,maka berebut-rebutlah ahli Umno tua, muda ,jantan dan betina mendapatkan daging .Terkangkang koyaklah mereka berebut daging. Yang kuat dan gagah dapat banyak dan yang lemah dan kurus dapat tulang sahaja.Daging lembu dan unta dicampor aduk. Ada yang dapat banyak lembu dan ada yang dapat berkilo unta. AJK Umno dapat paling banyak curi daging sebab siang-siang mereka menyorokkan daging lembu dan unta hinggakan penuh sesak peti sejuk di rumah masing-masing. Oleh kerana timbul rasa tidak puas hati dari kalangan ahli Umno yang hadir ,maka bergaduhlah mereka sesama ahli Umno di perkarangan masjid.”Buat malu saja “ kata seorang ahli Umno yang agak berusia.”Orang Umno mana ada malu”,bantah ahli Umno yang muda.Tuduh menuduh dan salah -menyalahkan sesama mereka terus berlaku hinggalah daging habis dikebas ahli Umno. Selain masjid Pekan Pasir Panjang mendapat 13 ekor lembu dan seekor unta, tidak kurang 100 ekor lembu dan lebih 10 ekor unta telah dihadiahkan oleh MB Selangor Dr.Khir Toyo kepada seluruh surau dan masjid dalam parlimen Tg.Karang. Dan ada maklumat daripada JAIS mengatakan bahawa tidak kurang daripada 400 ekor lembu dan 40 ekor unta telah dihadiahkan kepada seluruh masjid dan surau seluruh Selangor pada Hari Raya Korban lepas atas nama MB Selangor. Dan kepada pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor , berani-beranikanlah diri untuk menyiasat bagaimana MB Selangor mendapat wang sebegitu banyak untuk membeli lembu dan unta yang dihadiahkan kepada surau dan masjid. Jika seekor lembu berharga RM 2000.00 maka 400 ekor lembu sudah berjumlah RM 800,000.00. Ini tidak termasuk harga unta yang berharga RM 5000.00 seekor. Jika seluruh Selangor mendapat 40 ekor unta maka hampir RM 200,000.00 dibelanjakan oleh MB Selangor untuk membeli unta.Tahun 2003 MB Selangor telah berbelanja sebanyak hampir RM 1 juta untuk lembu dan unta . Jika dikaji sejak Dr.Khir Toyo menjadi MB Selangor tahun 2000 , maka Dr.Khir Toyo telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk membeli telor ayam, ayam, lembu yang dicuri sebanyak 70 ekor tahun lepas dan diganti kemudiannya dan tahun ini pula beratus ekor lembu dan unta. Dari manakah ia mendapat wang sebanyak itu kalau bukan kerana rasuah ?. Harapkan gaji MB Selangor mana mungkin ia mampu berbelanja sedemikian rupa. OLEH: Jemaah
Diterbitkan oleh : |