SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun SERBU PUSAT VIDEO HARAM : KHIR TOYO HANGAT-HANGAT TAHI AYAM!Pusat video dan hiburan haram masih berleluasa di Pandan Indah dan di Puchong. Ia sudah diserbu dan beratus-ratus gadis pelacor dan GRO telah ditahan. Tetapi semua telah dibebas satu jam selepas itu. Kenapa mesti ini berlaku? Semua pusat hiburan dan video haram itu kini beroperasi seperti sediakala. Kalau tidak percaya pergi sahaja ke daerah Pandan Indah dan di Puchon dan anda boleh lihat bagaimana pusat-pusat itu beroperasi. Semua gadis yang ditahan telah dibebaskan dan mereka boleh dilihat memasukki pusat itu pada lewat petang untuk bersiap-siap kerja, setelah lewat bangun dan makan tengahari. Gerakan Khir Toyo untuk menyerbu pusat hiburan dan video ini boleh dipuji, tetapi kenapa biar pusat ini beroperasi selepas itu? Apakah maknanya? Pusat hiburan dan video ini semuanya tidak disita dan bekalan air dan elektrinya diputuskan seperti apa yang dikatakan oleh Khir Toyo. Walhal ibupejabat MPAJ terletak tidak lebik 500 meter dari semua pusat hiburan ini, namun demikian mereka tidak dapat memantau kegiatan haram ini yang dijalankan dengan terang-terang. Jadi tindakan yang diambil oleh Khir dan kuncu-kuncunya yang dilihat dalam TV semata-mata untuk menunjukkan yang dia aktif, dan seorang pemimpin yang baik. Adakah ini satu tindakan untuk menaikkan namanya menjelang pilihanraya akan datang? Atau apakah Khir tahu bahawa dia tidak akan bertanding di atas tiket BN dalam pilihanraya akan datang yang membuat dia mahu buat sesuatu untuk menunjukkan yang dia pemimpin baik? Walhal apa yang berlaku ialah semua pusat hiburan dan video ini masih beroperasi. Kalau orang pelancong terlibat dengan kegiatan haram di Beijing dan Negeri Cina, passport mereka akan dicop dan mereka tidak akan dibenar masuk ke negeri itu selama 10 tahu. Sepatutnya tindakan seperti ini juga boleh dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk membatalkan pasport mereka dan mereka yang telibat dengan pelacuran dan kegiatan haram itu diharam juga untuk masuk ke Malaysia selama 10 tahun. Tetapi ini tidak berlaku. Gadis dari negeri Cina kebanyakannya tidak mempunyai wang atau kelayakan untuk menuntut di IPTS di Malaysia tetapi mereka masih diberi visa penuntut di kedutaan Malaysia di Beijing. Sepatutnya pegawai di kedutaan Malaysia di Beijing mesti dipersalahkan sebab mereka benarkan gadis-gadis yang tidak ini diberi visa. Atau apakah pegawai di kedutaan Malaysia di Beijing bersubahat dengan sindiket haram di Beijing sendiri? Akhir sekali saya ingin menarik perhatian kerajaan pusat tentang penglibatan sindiket pusat haram ini di Cheras dan Pandan Indah. Sebuah mesjid indah baru sahaja dibina di Pandan Indah, tetapi tidak jauh dari sini terdapat banyak pusat hiburan. Ada restoran dan kedai cuci kereta yang terletak di hadapan setiap pusat hiburan ini. Dan sesiapa sahaja boleh pergi dan duduk di dalamnya dan berpura-pura minum dan perhati kegiatan yang berlaku. Di mana SB yang asyik mengintip tokoh-tokoh pembangkang tapi gagal untuk mengintip ketua sindiket yang sekali-sekali datang ke pusat hiburan mereka? Susahkah untuk memberkas mereka? Tentu ada akaun bank yang mereka guna untuk menyalur wang yang mereka memperolehi dari setiap pusat hiburan. Saya tidak kagum dengan tindakan Khir dan polis untuk menyerbu pusat hiburan di Cheras, Puchong dan Shahalam, sebab apa yang berlaku ialah sandiwara. Sebabnya semua gadis yang ditahan itu dikeluarkan sejam selepas itu. Saya harap wakil reformasi boleh pergi ke balai polis selepas penyerbuan dan tunggu. Tentu mereka boleh rakam vidio dan tunjuk bagaimana gadis-gadis ini dibawa keluar oleh wakil sindiket. Mereka sendirinya tidak mempunyai wang untuk membayar jamin; mereka cuma dikeluarkan oleh orang lain. Siapa mereka itu? Dan kenapa gadis-gadis ini tidak dihantar ke pusat tahanan di Lenggeng dan lain-lain seperti tahanan Bangladesh, India dan lain-lain? Dan kenapa gadis-gadis ini tidak dihadapkan ke mahkamah? Tentu ada muslihat di sebalik penangkapan itu!
Diterbitkan oleh : |