SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun AWAS ! Anda mungkin kena saman...Assalamualaikum dan Salam Perjuangan! 1) Dewasa ini banyak kejadian rompakan nekad para penjanayah yang berlaku di seluruh negara. Ironinya, kebanyakan daripada mereka menggunakan kenderaan curi bagi mengkaburi pihak berkuasa. Kenderaan curi tersebut pula sudah tentu telah ditukar nombor pendaftarannya dengan nombor plat palsu yang diambil secara rawak (agak-agak sahaja)dan berkemungkinan besar nombor plat anda telah NAIK ! (digunakan mereka secara kebetulan) 2) Anak-anak muda kaki racing motor dan juga mereka yang suka memandu laju dan melanggar kesalahan jalan raya, banyak yang menggunakan kaedah yang sama. Terutamanya bagi mengelakkan SAMAN EKOR !. Mereka telah menukar nombor plat mereka dengan nombor plat palsu... sekali lagi mungkin juga terkena nombor plat anda ! 3) Anda orang kuat PAS/ADIL. Anda sangat aktif dan bersemangat berjuang. Tanpa anda sedari ada orang yang bencik atau berdendam dengan anda. Mudah sahaja, kenderaan mereka yang sedia kemek mereka kata anda yang langgar dan terus menghilang (langgar lari)tetapi mereka mendakwa sempat mencatat nombor plat kereta anda. Kena lagi... 4) Rakan anda atau saudara mara anda selalu meminjam atau menyewa kereta atau motor anda atas keperluan mereka. Atas rasa prihatin dan belas kasihan anda, anda dengan rela hati bersetuju meminjamkan atau menyewakannya. Mereka mungkin nampak baik, tapi bila dah pegang stereng kereta atau handle motor dan tanpa pengetahuan anda macam-macam boleh jadi ? Kena saman... mereka senyap jer. Sehinggalah tiba masa anda ingin renew roadtax. Tau-tau dah kena blacklist JPJ! So, apa tindakan yang harus anda buat ? Check lah status kenderaan anda sekarang. Ada saman ataupun tidak dengan mengunjungi Laman Web JPJ atau KLIK sahaja di : http://www.geocities.com/fikirlah2002/paskgbukithijau.html
Ikhlas tapi jauh,
Diterbitkan oleh : |