SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun BUKAN SEMUA POLIS JAHATMemang tidak dapat di nafikan bahawa banyak salah laku polis berlaku selama ini. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besarnya. dan ini telah banyak menghakis kepercayaan rakyat terhadap polis selama ini. Namun, rakyat seharusnya sedar bukan semua anggota polis dari kalangan sedemikian. Dengan persekitaran saya dari kecil hingga besar di kalangan suasana kepolisan, saya dapat menilai terdapat juga polis yang boleh dikategorikan sebagai orang baik dan beriman. malah kebanyakan antaranya adalah penyokong kuat pembangkang. Lantaran jawatan mereka sebagai anggota polis yang tidak boleh memberatkan mana-mana pihak dan pendirian 'bos' mereka yang menyokong kerajaan, sokongan kepada pembangkang disimpan dalam hati sahaja. Tetapi penilaian boleh dibuat di mana amalan mereka seharian boleh dijadikan rujukan. Banyak anggota polis yang mengimarahkan masjid yang berhampiran dan aktif dlm kegiatan dalam masyarakat sekitar, secara lansung atau tidak. Sokongan ketara anggota polis ini terhadap pembangkang dapat dilihat apabila mereka pencen. Setelah pencen, mereka bebas untuk menyokong mana-mana pihak. Dan ini adalah realiti. Begitu juga dengan anggota tentera. Kebanyakan mereka takut untuk menyokong BA secara terang-terangan kerana bimbangkan hukuman yang bakal di terima daripada pihak atasan. Telah banyak saya saksikan dan dengar anggota polis yang dikenakan tindakan yang tidak patut dengan kesalahan yang dilakukan. Bayangkan jika mereka dibuang kerja lantaran kesalahan tersebut, bagaimana mereka hendak menanggung keluarga dan mak ayah dikampung. Rata-rata anggota polis pangkat rendah tidak mempunyai kelulusan tinggi. Dengan ini adalah di harapkan rakyat tidak melihat salah laku polis dari satu sudut sahaja. Polis takkan 'bersih' selagi ketua dan pihak atasan mereka masih bermaharajalela. - Kustem Student
Diterbitkan oleh : |