SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bergabung Dengan Pemeriksa Senjata AntarabangsaAssalamu'alaikum, Rujuk http://www.rootingoutevil.org Kini Amerika sibuk mencanang Iraq mempunyai senjata pemusnah (mass destruction). Kini, sebuah organisasi bernama Rooting Out Evil berpusat di Kanada akan melancarkan misi memeriksa senjata merbahaya di Amerika Kita semua dijemput untuk 'menyertai' mereka dengan menjadi ahli honorari. Menyertai mereka dalam erti kata menjadi 'ahli honorari', bukan dengan pergi bersama mereka ke tempat2 yang ingin diperiksa. Mereka juga menjemput semua pertubuhan2 di mana jua (seperti ABIM, JUST, dan lain-lain) untuk menjadi ahli bersekutu.
Disini saya terjemahkan antara isi web mereka:- Dalam masa lima hari dari 17hb February, mereka akan bertolak ke Amerika untuk memulakan pemeriksaan senjata disana. Mereka telahpun menghantarkan surat kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Donald Rumsfeld bahwa mereka akan menghantar satu pasukan pemeriksa senjata ke Edgewood Chemical Biological Center di Maryland pada Ahad, February 23, 2003 untuk mengenalpasti penglibatan Amerika dalam penciptaan dan penyimpanan senjata kimia dan biologi. Antara yang akan menyertai pasukan pemeriksa tersebut ialah: Libby Davies, Ahli Parlimen (Canada - NDP); Alan Simpson, Ahli Parlimen (United Kingdom - Labour) dan ketua pertubuhan Labour Against the War; Christy Ferguson, Penaja dan Jurucakap, Rooting Out Evil; Deborah Bourque, Presiden Kebangsaan, Canadian Union of Postal Workers; Steven Staples, Defense Analyst, Polaris Institute; Mel Watkins, Professor Emeritus - Economics and Political Science, University of Toronto; Samaa Elibyari, Wakil, Canadian Islamic Congress; Ed Hammond, Pengarah, Sunshine Project; Peter Shorett, Pengarah Program, Council for Responsible Genetics; Francesco Martone, Senator (Italy - Green Party; Graziella Mascia, Ahli Parlimen (Italy - Rifondazione Communista); and Pernille Rosenkrantz, Ahli Parlimen (Denmark - Red-Green Alliance). Mereka akan mengadakan forum umum di Washington D.C. jam 7:30pm, Sabtu 22hb Februaru di First Congregational Church, 945 G Street NW (corner at 10th and G, next to the library). Mereka amat berterimakasih kepada semua yang menyokong usaha mereka dan ahli pemeriksa senjata honorari untuk sokongan moral dan kewangan. Mereka memilih Amerika sebagai keutamaan berdasarkan kriteria2 yang telah digariskan oleh pentadbiran Bush sendiri. Menurut Bush, negara2 yang paling merbahaya ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang: 1) mempunyai simpanan senjata kimia, biologi, dan nuklear yang banyak; 2) tidak mengendahkan ketetapan Bangsa-Bangsa Bersatu; 3) tidak menandatangai dan menghormati perjanjian antarabangsa; dan 4) menjadi pemimpin melalui cara yang tidak halal. Pentadbiran Amerika kini memenuhi semua syarat-syarat tersebut. Justeru, berdasarkan garis panduan Bush sendiri, Rooting Out Evil menuntut pendtadboirannya membenarkan mereka membuat para pemeriksa senjata antarabangsa untuk memeriksa sebarang senjata kimia, biologi, dan nuklear. Pada hujung minggu 22 dan 23 February, mereka akan cuba memasuki Amerika dan akan disambut oleh rakyat Amerika yang menyokong persaudaraan global, mahu memusnahkan senjata pemusnah berbahaya, dan mahu menukar pentadbiran di pilihanraya akan datang. Kemudian, pasukan pemeriksa akan ke tempat-tempat di Amerika yang disyaki menyimpan senjata pemusnah berbahaya. ------------------------- Justeru, saya menyeru semua untuk mendaftar menjadi 'pemeriksa senjata honorari' di http://www.rootingoutevil.org/index.php3/Home Wassalam. Mat Pas
Diterbitkan oleh : |