SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun MemoKampus - Laman Terbaru Mahasiswa NegaraKelahiran MemoKampus adalah manifestasi daripada azam sekumpulan aktivis mahasiswa negara dari pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan untuk bersama-sama memberi sumbangan ke arah pembinaan negara Malaysia yang lebih adil dan demokratis. Secara berterus-terang, Pergerakan Mahasiswa Alternatif ingin menyatakan bahawa MemoKampus adalah sebuah laman yang mengumpul pelbagai infomasi daripada mahasiswa untuk di hebahkan kepada rakyat. Hasrat besar kami ialah untuk mengajak mahasiswa supaya memberi penekanan terhadap soal keadilan, keamanan dan kebenaran. Jauh daripada itu, kami mahu mahasiswa menjadi lebih berani, jujur dan sedia berjuang bagi mencapai cita-cita utama - Malaysia yang lebih adil dan demokratis. Disamping itu, dengan asas universalisme kami turut memberi tumpuan terhadap isu-isu global yang berkaitan dengan gerakan mahasiswa di atas kesedaran untuk membentuk mahasiswa yang bersifat sejagat. Tidak hanya terkepompong dalam isu nasional semata-mata! Elemen ini di ambil daripada aspirasi perjuangan mahasiswa Korea Selatan yangmana ia dilihat begitu peka terhadap sebarang krisis yang mengugat keamanan dunia. Mereka menzahir bantahan dan sokongan mereka dalam bentuk yang signifikan serta menghasilkan impak. Juga perlu di tegaskan di awal lagi bahawa kami akan menilai setiap isu menurut perspektif kebenaran - kebenaran yang bersandarkan kepada wahyu dan akal. Sebagai mahasiswa kami mahu menjadi lebih objektif, berfakta dan independen. Kenyataan ini sudah tentu membawa maksud bahawa kami sedia untuk mengkritik sesiapa sahaja kendatipun kritikan tersebut tidak popular pada perspektif rakyat tetapi ia tepat pada perspektif kebenaran - asalkan ada fakta yang boleh dimajukan. Inilah pendirian tegas yang diputuskan oleh pergerakan kami. Justeru itu, dengan penuh azam, kami ingin mengajak seluruh warga mahasiswa negara yang cintakan keadilan, keamanan dan kebenaran untuk turut berusaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih adil dan demokratis. Antara inisiatif yang amat dialu-alukan ialah dengan memeriahkan MemoKampus dengan pengkongsian pelbagai maklumat yang menarik dan berupaya untuk mencetus momentum baru arah gerakan mahasiswa negara. Dan akhir sekali, du'akan semoga usaha kami ini akan berterusan dan mencapai matlamatnya. Sekian, sambutlah salam perjuangan dari kami. Tegakkan Keadilan!
Aliy Nasrallah
Diterbitkan oleh : |