Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

DEBAT SAR

Assalamualaikum...

Saya adalah salah seorang penonton Debat SAR Di Taman Melewar pada hari Ahad yang lalu. Dan sebagai penanti debat PAS-UMNO yang selalu sangat terbatal, saya menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap Salahuddin Ayub untuk memberi pukulan lipat maut kepada Nazri Aziz (walaupun bukan mewakili UMNO!) dalam isu ini. Izinkanlah saya memberi sedikit komentar mengenai debat tersebut.

2 jam setengah debat ini berlangsung saya berpandangan yang ianya seperti tidak berketahuan hujung pangkalnya. Sayangnya Salahuddin berhujah perkara yang sama dan menegaskan berkali-kali yang SAR tempat melahirkan alim-ulama`. Saya akui, Nazri Aziz memang kalah debat malam itu, tapi saya perhatikan persiapan Salahuddin seperti tidak dibuat bersungguh-sungguh. Mana pergi think-tank Pemuda PAS yang patut memikirkan hujah-hujah dan mengeluarkan fakta-fakta mematahkan hujah kerajaan. Statistik, pencapaian, perbandingan antara SAR dan Sekolah Kebangsaan gagal dibentangkan dengan sebaik-baiknya. Hampir sejam ucapan Salahuddin seumpama saya membaca Harakah. Salahuddin pula seperti bergantung sepenuhnya dengan akhbar Minggu yang menyiarkan kenyataan Mahathir mengenai SAR.

Yang paling saya kesalkan, Salahuddin gagal memanfaatkan bola tanggung yang diberikan oleh Nazri ketika Nazri mengatakan yang apabila kerajaan menghentikan bantuan ke atas SAR, SAR sepatutnya sudah bersedia berdikari dan mencari sumber kewangannya sendiri. Salahuddin terlupa (atau tak tahu) kenyataan Mahathir bahawa SIAPA YANG MENCARI DERMA UNTUK SAR DAN MENDERMA KEPADA SAR BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. Ini modal paling besar sekali yang sangat-sangat merugikan apabila Salahuddin gagal memanfaatkannya. Nazri telah menafikan yang kerajaan ingin menutup SAR, cuma disekat bantuan, dan Salahuddin sepatutnya menggunakan hujah di atas yang menegaskan bahawa Mahathir bukan saja mahu menyekat bantuan, tapi menghalang orang yang ingin membantu SAR.

Usah kisahkan tentang Nazri dengan nasyidnya, tarian `exercise`nya dan segala yang karut-marut, tapi Salahuddin sendiri gagal memanfaatkan peluang sebaik-baiknya. Ketika Salahuddin membentangkan 6 buah sekolah agama yang ditutup di Johor, Nazri dengan mudah menjawab, Salahuddin sendiri tahu atau tidak kenapa ianya ditutup. Nazri berpendapat ianya ditutup bukan di atas dasar kerajaan, tetapi kerana masalah lain, dan mengandaikan `pegawai lawan tokey`.

Dalam debat ini, Salahuddin lebih menyerang Nazri sedangkan Nazri jarang sekali menyerang Salahuddin. Tetapi apabila Nazri berjaya menangkis/menjawab serangan Salahuddin (walaupun dengan jawapan yang tak begitu kukuh), ianya dilihat sebagai satu kejayaan bagi Nazri, tapi kegagalan bagi Salahuddin untuk me`mati kutu`kan Nazri.

Terus-terang saya katakan, saya tidak berpuas hati dengan persediaan Salahuddin, sambil bersyukur dengan ke`karut-marut`an Nazri. Bukannya tidak bersyukur, tetapi Salahuddin boleh melakukan JAUH LEBIH BAIK DARIPADA ITU. Puak UMNO sendiri merasakan yang mereka menang, kita sendiri merasakan kita menang. Jadi takde gunanya.

Maafkan saya sekiranya terkasar bahasa, tapi saya memang agak kecewa dengan debat ini. Sekurang-kurang Nazri tidak di`mati kutu`kan (satu kejayaan kepada dia) tetapi kegagalan kepada kita.

Sekian, terima kasih.






______________________
Terbitan : 22 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com