Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Jaga-jaga hati kita

assalamualaikum

pengarang yang dirahmati Allah swt.

di kesempatan ini, saya yang bergelar muslim rakyat malaysia ingin harap dapat menggunakan peluang yang ada ini untuk sama-sama kembali muhasabah tentang sebahagian artikel yang ditulis sebelum ini.

saya tertarik dengan artikel anak jati segamat isnin yang lepas tentang debat antara saudara salahuddin dan nazri. disini, saya tidaklah komen tentang debat tersebut, namun apa yang ingin saya sentuh disini yang perlu dinilai semula adakah kita berhak menggelar seseorang dengan gelaran yang tidak sedap dipandang padahal diri kita tidak mempunyai autoriti untuk menggelar seseorang.

saya berasa sifat begini yang suka menggelar seseorang (islam sederhana/sekular) tidak memberi apa-apa keuntungan kepada umat Islam apatah lagi Islam itu sendiri kerana takut sifat ini menjadi perkara biasa di dalam masyarakat. kalau boleh sifat-sifat menggelar seseorang dengan sesuatu yang tidak manis padahal tidak berautoriti dalam mengeluarkan gelaran itu boleh menimbulkan fitnah seterusnya menggalakkan pergaduhan di kalangan umat islam. umat Islam zaman sekarang hendaklah tidak menyemarakkan api kebencian sesama umat Islam kerana mudah orang kafir ingkar pd Allah mengambil peluang.

rasulullah ketika dahulu tidak memberitahu pada umum bahawa abdullah itu adalah ketua munafik, hanya beritahu pada sahabat yang boleh menyimpannya. sahabat rasulullah juga tidak memberitahu pada sahabat2 yang lain walaupun diberitahu oleh rasulullah. walaupun ketika itu umat islam sudah mempunyai negara islam, kekuatan untuk mempertahankan islam, tetapi amalan menggelar seseorang dengan kata-kata yang tidak elok tidak diharuskan.

jadi, saya minta mudah-mudahan mana-mana individu yang menghantar artikel kepada web ini supaya dapat berhati-hati dalam menulis artikel.

wallahualam.






______________________
Terbitan : 22 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com