SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Lebih 30,000 sertai Munajat Perdana
KUALA TERENGGANU, 18/02/2003:Lebih 30,000 orang menyertai program Munajat Perdana anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri yang diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi. Majlis tersebut dimulakan dengan solat Isyak berjamaah yang diimamkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, diikuti solat hajat berjamaah yang disertai oleh hampir 10,000 umat Islam. Selepas itu, pada hadirin yang semakin bertambah memenuhi stadium berpeluang mendengar penjelasan isu semasa seperti tindakan kerajaan Pusat menghentikan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat (SAR), kehadiran MB Terengganu di Makasar, tindakan Amerika mahu menyerang Iraq dan lain-lain daripada penceramah jemputan.
Para penceramah terdiri daripada Ustaz Abdul Hadi, Ahli Parlimen Kuala Kedah, Haji Mohamad Sabu, Adun Lunas, Saifudin Nasution Ismail, Pengerusi Gerakan Bertindak Umat Selamatkan SAR (Gegar), Azmi Abdul Hamid dan pengerusi jawatankuasa sambutan, Haji Yahaya Ali. Program itu diadakan bagi memohon kepada Allah supaya melindungi umat Islam dan pihak yang mahu melaksanakan syariat Allah daripada tindakan jahat musuh-musuh Islam yang sedang berlaku di seluruh dunia termasuk di negara ini.
Berbagai sepanduk turut dipasang di dalam stadium, antaranya berbunyi: Amerika Pengganas No. 1 Dunia; Kami Menyokong Perjuangan Rakyat Iraq; Serang Iraq, Senjata Atau Minyak; Serang Iraq, Israel Bagaimana dan No War, We Want Peace. Antara sepanduk yang berkaitan dengan SAR pula berbunyi: Bersama Pertahankan SAR; Selamatkan SAR, Kembalikan Wang Perkapita SAR; Tutup SAR, Bukti Umno Lawan Islam; Tutup SAR, Umno Takut Islam Bangkit dan Pengkhianatan Umno, Bahasa Melayu Terpinggir, Tulisan Jawi Dihapuskan, Sekolah Agama Ditekan.
Diterbitkan oleh : |