Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Guna ID nabi_muhammaad untuk hina Islam

Oleh: Myient

Dalam keghairahan rakyat Malaysia yang menyaksikan Rancangan Nona di TV3 yang mengadakan siaran langsung dari Dataran Johor Bahru hari ini dan semalam, penulis dikejutkan pula dengan suatu penemuan tidak sengaja di dalam Yahoo Chat Room Malaysia 1, dengan ID pengguna yang pada pendapat penulis bertujuan untuk menghina Islam bahkan Rasulullah khasnya kerana ID yang digunakan ialah "nabi_muhammaad".

Sebelum itu, penulis sedang memikirkan kesungguhan pihak kerajaan mempromosikan karnival di JB sesuai dengan tahun melawat Johor 2003 secara langsung di TV3. Kesungguhan itu bertujuan untuk menunjukkan negeri Johor adalah terbaik dan boleh dicontohi demi mempertahankan kubu kuat kerajaan (UMNO) di negeri itu. Penulis beranggapan begitu, kerana cara dan pendekatan yang diambil oleh media begitu berbeza sekali apabila Johor buat tahun melawat Johor dengan Tahun Melawat Kelantan atau Terengganu, mahupun sambutan lain di negeri Kelantan dan Terengganu sekalipun sambutan dan program itu bertaraf antarabangsa.

Bertolak dari siaran TV3 tentang tahun melawat Johor, penulis berpendapat bahawa Johor adalah satu-satunya negeri dalam semenanjung Malaysia yang bakal kekal dikuasai oleh umno/bn berbanding dengan negeri-negeri lain yang sudah semakin terserlah kemerosotan menjelang pilihanraya 2003/2004 ini. Cuma andaian penulis, bukan berdasarkan akta politik. Sebab penulis tidak minat dan bukan orang politik.

Siapa ?
Berbalik kepada topik asal, user Yahoo ID "nabi_muhammaad" yang dimaksudkan itu, tidak diketahui latar belakangnya. Saya tulis di sini supaya pakar-pakar yang ada dapat siasat dan kalau dapat diperbetulkan sikap individu berkenaan.

Penulis percaya bahawa individu itu ialah orang Asia, dan mungkin juga dari Malaysia. Banyak lagi nama lain yang boleh digunakan. Memilih nama "nabi_muhammaad" secara jelas begitu, nampak benar hendak menghina dan sekiranya dia seorang Islam, perlu bertaubat dan delete / padam kan ID tersebut. Bertukarlah kepada ID lain. Saya sememangnya tiada kemampuan untuk menjejak individu berkenaan, terserahlah kepada pembaca yang budiman.






______________________
Terbitan : 7 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com