SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Perjumpaan Pelajar UK dengan Datuk NohA'kum Panas betul meeting dengan Datuk Noh kelmarin, nampaknya cara yang digunakan beliau tak mungkin mampu menyekat gerakan pelajar. Jelas cara ugutan hanya menambahkan kebencian pelajar, apatah lagi dengan wujudnya double-standard dalam penakrifan aktiviti berpolitik. Malah sebilangan pengarah biasiswa yang hadir jelas tidak bersetuju dengan tindak-tanduk Datuk Noh, tetapi terpaksa menjadi 'pak turut' kerana arahan orang atas, hal ini disampaikan terus kepada pelajar dalam perjumpaan peribadi selepas majlis. Kerajaan (read UMNO) perlu mencari jalan lain untuk menarik kembali sokongan orang Melayu amnya dan pelajar2 Melayu di UK ini khususnya. Cara yang digunakan sekarang, seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pelajar yang bangun bercakap, tidak mungkin akan menyelesaikan 'masalah' kerajaan (read UMNO). Sebagai pelajar di UK yang mengamalkan dasar terbuka dari segi media, kami tidak boleh lagi dikongkong dengan sekatan2 seperti yang dikenakan di Malaysia. Kerajaan tidak sepatutnya melihat tentangan daripada pelajar ini sebagai anti-kerajaan kerana para pelajar cuma mencari ruang keadilan dan sedikit kebebasan. Kalaupun parti PAS yang memerintah dan menggunakan ugutan-ugutan seperti ini untuk meluaskan pengaruh, maka kami tidak akan teragak-agak untuk menentang. Saya juga tertarik dengan keangkuhan Datuk Noh apabila meminta pelajar berterima kasih kepada kerajaan (read UMNO) kerana tanpa kerajaan sekarang, kami sudah tentu tidak berpeluang untuk belajar di UK. Betapa ucapan beliau itu seolah-olah beliau lupa bahawa kuasa Allah adalah melebihi segala-galanya. Kejayaan kami untuk datang ke UK bukan lah ditentukan secara mutlak oleh kerajaan UMNO. Ini semua hanyalah sebahagian dari qada' dan qadar dalam perancangan Allah yang Maha Agung. Siapa tahu seandainya PAS yang memerintah maka lebih ramai pelajar yang dihantar ke luar negara? Mungkin seandainya PAS yang memenangi pilihanraya 1955 maka Malaysia sekarang sudah setanding Amerika Syarikat dari segi kuasa politik? Mungkin kedengaran keterlaluan tetapi kita mesti sentiasa ingat yang semuanya adalah di atas kehendak Allah yang Maha Kuasa. Apa yang saya cuba sampaikan ialah kerajaan tidak sepatutnya berasa megah dengan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia yang kononnya hanya dicapai kerana diperintah oleh kerajaan UMNO. Perjumpaan selama lebih 3 jam itu diwarnai dengan pendapat2 dan soalan2 daripada para pelajar yang tampak begitu berani dan bersemangat. Pendapat2 yang dikemukakan amat berisi dan disulami dengan unsur2 humor untuk meredakan ketegangan. Tetapi idea yang disampaikan cukup jelas dan kelihatan menyebabkan Datuk Noh agak kurang selesa. Seorang demi seorang bangkit dalam nada yang sama, semuanya tidak bersetuju dengan langkah kerajaan. Tepukan yang diberikan kepada para pelajar yang bangun menunjukkan mereka mendapat sokongan pelajar2 lain yang mungkin tidak seberani mereka ataupun mungkin disekat oleh kesuntukan masa. Diharapkan majlis tersebut berjaya membuka mata kerajaan (atau sekurang2nya mata Datuk Noh) yang politik mengongkong dan menyekat yang diamalkan UMNO tidak lagi akan membantu survival mereka. Antara langkah terbaru kerajaan dalam meneruskan agenda politik mengongkong adalah dengan mengarahkan pelajar menandatangani surat Akujanji dan menjadikan pasangan pelajar yang tidak belajar supaya tertakluk kepada kontrak pasangan masing-masing. Datuk Noh juga dengan terus-terang mengugut pelajar supaya tidak terlibat dengan aktiviti2 Hizbi tetapi menggalakkan pelajar menyertai Kelab UMNO. Kami melihat ini adalah kemuncak kepada kongkongan kepada pelajar luar negara dalam usaha UMNO untuk meraih kembali populariti yang kini telah jatuh ke tangga ke-3 dalam carta populariti parti politik di kalangan orang Melayu. Kami sebagai pelajar agak terkejut dengan langkah ini kerana ianya menunjukkan pemikiran sempit di kalangan para pemimpin UMNO. Ini kerana langkah2 ini jelas merupakan kesinambungan idea kurang matang daripada sesetengah ahli Kelab Umno UK seperti yang pernah disuarakan oleh saudara Verd. Kami menjangka kerajaan akan dapat melahirkan idea yang lebih bernas tetapi nampaknya jangkaan kami meleset. Masa membataskan saya untuk menulis lebih panjang. Namun apa yang paling penting yang ingin saya sampaikan ialah gerakan pelajar takkan mati dengan langkah kerajaan yang 'backwards' ini. Pelajar yakin mereka berada di pihak yang benar maka mereka sanggup berkorban apa saja demi perjuangan. Manakala kerajaan seolah-olah berada di pihak yang salah apabila sanggup melakukan apa saja untuk membunuh gerakan pelajar dengan cara yang amat kotor dan tidak adil. Ini mengingatkan kita kepada peristiwa Perang Badar di mana pihak yang benar cuma seramai 313 orang dan tidak mempunyai kelengkapan yang baik, manakala pihak yang batil berjumlah seribu orang dan lengkap bersenjata. Tetapi keyakinan akan kebenaran perjuangan dan janji2 Allah di samping bantuan dari Allah sendiri memberikan kemenangan yang bermakna kepada pihak yang hak. Ingatlah bahawa pejuang Islam tidak takut untuk mati kerana perjuangan! Wassalam Pelajar UK
Diterbitkan oleh : |