Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SALURAN BETUL

Mahasiswa dilarang membuat kenyataan akhbar kerana ia akan merosakkan nama universiti. Maka AUKU digunakan untuk mengongkong mahasiswa dari menyatakan pendapat dan ketidakpuasanhati kami. Kerajaan kata kalau nak bantah, ikut SALURAN YG BETUL.

Begitulah juga apa yg berlaku pada kakitangan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, badan-badan dan organisasi-organisasi tak kira kerajaan atau swasta. Contoh yg terbaru dan paling mudah ialah kes pemain badminton negara, Ong Ewe Hock. Gara-gara keceluparannya mengkritik pegawai atasan maka beliau telah digugurkan dari BAM walaupun rankingnya adalah yg kedua terbaik dikalangan pemain Malaysia iaitu kesembilan dunia. Saluran akhbar dipersalahkan.

Tapi apa yg kita belajar dari UMNO sendiri adalah berlainan dan bertentangan. Contohnya semua isu kununnya tentang kepincangan kerajaan Terengganu disiarkan dalam akhbar dulu. Contohnya isu tanah dan isu zakat yg cuba diperbesarkan oleh media, tetapi berjaya ditangkis oleh kerajaan Terengganu.

Tetapi apa yg hairan ialah, apakah saluran betul yg kerajaan selalu katakana tu? Kalau saluran UMNO yg selalu dilakukan ialah pertama siaran akhbar walaupun tanpa bukti malah menfitnah lagi. Lepas tu kena cucuk sikit, adalah individu atau yg paling kuat mengadu ialah Pemuda ala Pemudi UMNO, yg akan buat report polis. Selalunya kes-kes tersebut senyap dan tutup macam tu saja. Contohnya kes Tuan Guru Nik Aziz yg dituduh mengatakan Allah itu "samseng". Tapi dalam sesetengah kes tu, sepantas anjing polis bertindak. Contoh terdekat ialah kes Malaysiakini.com. Habis semua komputer telah dipenjarakan.Tak sebagai mana report yg begitu banyak telah dibuat oleh BA terhadap salah laku pemimpin kerajaan. Satu pun tak diambil tindakan. Malah ada yg terdapat bukti kukuh telah ditutup begitu sahaja tanpa sebarang alasan munasabah.

Jadi kesimpulannya, saluran media adalah saluran yg sah untuk kita sebarkan kepincangan kerajaan sekarang agar rakyat dapat melihat sendiri keburukan perangan pemimpin BN dalam memastikan rakyat memilih calon yg terbaik dalam pilihanraya yg akan datang. Jadi sebarkan maklumat kepincangan kerajaan bersama bukti yg kukuh dan logik.

Majlis Perguruan Bermotif Politik

Seperti biasa dan buat ke sekian kalinya Kementerian Pendidikan membuat pengumuman mengejut untuk mewujudkan Majlis Perguruan. Seperti biasa juga keputusan yg dibuat tidak merujuk kepada persatuan guru atau mendapatkan pandangan dari guru-guru sendiri. Ia berlaku secara tiba-tiba. Tiada cadangan, kajian atau perbincangan yg dijalan sebelum pengumuman ini dibuat. Idea siapa, kita pun tak tau.

Selain itu semua guru juga diwajibkan mendaftar dalam Majlis Perguruan sebagai syarat mendapat pengiktirafan sebagai guru. Adakah tidak cukup dengan kelulusan Ijazah atau Diploma yg dimiliki oleh para selain kursus khas yg perlu diduduki untuk mendapat pengiktirafan sebagai seorang guru?

Antara alasan lain selain dari pengiktirafan yg diberi adalah bagi memastikan guru yg benar-benar layak sahaja boleh mengajar. Adakah dengan hanya mendaftar menjadi ahli majlis, kita seseorang guru itu layak mengajar? Adakah selama ini khidmat guru adalah tidak professional dan adakah guru yg ada sekarang tidak layak mengajar?

Jelas sekali tindakan ini telah mencemarkan imej perguruan seluruh negara. Ini kerana profesion perguruan telah mencapai tahap profesional sejak dulu lagi. Guru adalah satu KEPERLUAN kepada negara dalam melahirkan cerdik pandai. Ia tidak perlu disamakan dengan bidang seperti perguaman, jurutera dan kedoktoran yg telah mempunyai Majlis mereka sendiri. Semua orang memerlukan guru bagi tujuan pendidikan, tapi tak semua orang perlukan peguam, jurutera atau doktor dalam hidup seharian. Peguam, jurutera atau doktor lahir daripada usaha guru. Maka tidak wajar kementerian mempertikaikan kewibawaan para guru.

Sebenarnya tujuan sebenarnya penubuhan Majlis Perguruan ini adalah salah satu lagi cara untuk menindas Sekolah Agama Rakyat. Selain itu demokrasi juga akan hilang apabila majlis ini akan diberi kuasa untuk mengambil tindakan disiplin oleh ahli lembaga yg dilantik. Tentu sahaja ia bermotif politik. Apa yg pasti, guru-guru yg menyokong pembangkang akan ditindas. Mungkin lepas ni, semua guru adalah mereka yg menyokong kerajaan sahaja. Itulah yg sebenarnya mereka mahu.

Sokong Tuan Guru Hj. Hadi Buat Penjelasan Dalam TV

Pelik bin hairan. Bila Najib Tun Razak meminta Tuan Guru Hj. Hadi menjelaskan pendiriannya secepat mungkin kepada umum bagi menjelaskan isu kaitannya dengan gerakan militan dan apabila Tuan Guru Hj. Hadi menyahut cabaran itu untuk membuat penjelasan dalam TV dan dibuat secara langsung, mereka tiba-tiba mengatakan yg pimimpin PAS kalut. Apa yg bodoh sangat TV3 ni. Siapa yg kalut. Kalau orang tuduh personaliti TV3 buat pesta seks, kau orang kalut tak? Apa yg kau orang akan buat? Duduk ajer kat Sri Pentas tu kot? So, kalau orang tuduh kita, kita kenalah jawab tuduhan tu. Faham tak? Kalau masih tak tau lagi, masuk semula sekolah darjah satu. Lain kali kalau tak reti nak tulis berita tu, jangan nak tunjuk hebat pulak.

Langkah Tuan Guru Hj. Hadi dan PAS amat saya puji. Kerana kalau kerajaan benar, mereka akan siarkan penjelasan sebagai membalas kritikan dan tohmahan yg selalu dilemparkan media. Kalau media ikhlas, benarkan Tuan Guru Hj. Hadi memberi penjelasan kat TV. Jangan hanya tahu menghentam orang saja. Kalau tak kasi tu, maknanya isu tersebut hanya diputar belit sahaja untuk kepentingan kerajaan yg zalim. Sesungguhnya rakyat dapat menilai mana yg baik dan buruk.

Pejuang kebebasan






______________________
Terbitan : 16 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com