SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Banteras Dulu Penjualan Vcd Lucah Di Ampang Jaya…Baru-baru ini Khir Toyo sibuk dengan mengenalpasti beberapa masjid yang dikatakan menyampaikan khutbah mengutuk kerajaan dan menjalankan aktiviti yang menentang kerajaan. Antaranya adalah di Subang, Subang Jaya dan Taman Kosas. (Sumber Utusan Malaysia) Walau bagaimanapun, apa yang sepatutnya Khir Toyo dan kerajaan negeri Selangor buat dahulu adalah menangani penjualan vcd lucah (bukannya vcd cetak rompak biasa) yang memang sudah melarat terutamanya di kawasan Ampang Jaya. Untuk perhatian pihak MPAJ (pimpinan Ahmad Kabit), kawasan yang menjadi sarang penjualan vcd lucah ini adalah di PASAR MALAM TAMAN SERAYA pada setiap HARI JUMAAT (MALAM SABTU). Mereka yang tinggal di kawasan ini boleh mengesahkannya atau kalau tak percaya boleh datang ke kawasan ini iaitu bersebelahan dengan stesen minyak Petronas dan berhampiran dengan Taman Putra, Taman Muda, Taman Bukit Teratai serta Taman Bukit Permai. Di pasar malam ini, terdapat dua bahagian iaitu satu bahagian yang majoritinya terdiri daripada peniaga melayu dan bahagian yang satu lagi terdiri daripada peniaga cina. Vcd lucah ini di jual kawasan peniaga cina iaitu di sebuah jalan oleh antara 6 HINGGA LEBIH DARIPADA 10 peniaga cina tersebut. Manakala di hujung jalan ini terdapat antara 3 hingga 4 orang yang berjaga-jaga dengan masing-masing memegang walkie-talkie dan setiap penjual vcd lucah ini juga memegang walkie-talkie setiap seorang. Selain itu, terdapat juga vcd-vcd lucah yang dijual di kedai-kedai sebelah stesen minyak petronas di Taman Seraya (BERHAMPIRAN DENGAN KOMPLEKS MEMBELI-BELAH PARAGONT POINT) yang hanya beroperasi pada waktu malam iaitu selepas jam 6 atau 7 petang. Penjual vcd lucah ini hanya menggunakan meja yang diletak di laluan pejalan kaki dan berhadapan dengan Maybank dan Bumiputra of Commerce. Saya amat meminta perhatian dari Khir Toyo, Ismail Kijo (adun lembah jaya yang hanya bakal menjadi bekas adun pada pilihan raya akan datang) dan pihak MPAJ. Untuk pengetahuan semua, bangunan atau menara MPAJ yang besar dan indah ini hanya terletak dalam lingkungan 5 kilometer sahaja dari kawasan penjualan vcd lucah ini. Janganlah MPAJ ini hanya sibuk dengan kerja menunda kereta dan mengganggu ceramah-ceramah politik. Juga kepada pihak Khir Toyo yang sibuk dan berani mengganggu urusan-urusan di masjid tetapi penakut terhadap penjual vcd lucah. Cepatlah bertindak hasil daripada pendedahan dan maklumat ini. Juga saya harap pihak Pas bahagian Ampang Jaya untuk berbuat sesuatu kerana menyedari Khir toyo dan kuncu-kuncunya bacul dan penakut…… Pejuang Muda
Diterbitkan oleh : |