Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tergamak Raden MaS (Makan Suap) Merasuahi Ibunya Sendiri……

Assalaamu`alaikum wm !
Sahabat kulo Nyi Roro Kidul !

Moga-moga sampeyan seisi famili diparengi (dianugerahi) Allah swt kerahmatan yang berpanjangan ! Amiin !

Sudah menjadi resam dunia
Hidup manusia memandang harta
Buruk dan baik tiada bezanya
Emas suasa jadi nilainya
Ha ! Ha ! Ha ! Ha !
Ha ! Hai ! Ketawalah lagi….

Begitulah lebih kurang lirik lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Zainuddin Mohd Dom,sekitar dekad enam puluhan dulu. Sengaja kulo putarkan kembali buat menggamit kenangan silam ,jua sebagai penterjemahan betapa pesona dunia itu begitu menambat sehingga insan yang bagus (baik) bila-bila masa bisa bertukar watak dan sifat yang bertentangan.

Meskipun kulo, Wak Parman dan sekelian rakan taulan wong-wong Jowo (orang-orang Jawa) agak kaget dengan layanan acuh tak acuh yang sampeyan terima dari Mbok Kaji Siti Aminah tatkala menghadiri kondangan (undangan) walimatul urus keluarga Kepala Negeri Selangor itu,namun ia bukanlah perkara luar biasa jika dikaitkan dengan resam dunia akhir zaman.

Mbok Kaji Siti Aminah pada saat itu,mungkin terlalu sibuk meladeni (melayani) tetamu lain yang becek`annya ( hadiahnya) lebih besar nilainya,jika dibandingkan becek`an sampeyan yang kulo kira paling banyak pun RM 10 sahaja. Manakala bojo-bojo (isteri-isteri) orang kuat Raden MaS Dr Khirasuah,termasuk isteri-isteri Dato Dr Kar(asuah)im Kaji Sumadi,Selamat Dullah,Jemingan,Pua Kim Ann dan lain-lain lagi tonto-tonto terhormat ,paling kurang pun menghulur RM 1000 setiap seorang.

Maklumlah semuanya sudah sugeh-sugeh (kaya raya) belaka…..apalah ertinya RM 1000 jika dibandingkan dengan jumlah wang makan suap yang telah mereka rembat sejak bernaung dibawah payung kebesaran Raden MaS. Jelasnya RM 10 yang coba sampeyan becek (hadiah) itu persis melukut ditepi gantang sahaja,jika diterima pun nggak menambah,jika Mbok Kaji Siti Aminah tolak pun nggak kalong (kurang) kuantiti becek`an yang di terimanya.

Usahlah berkecil hati aduhai sahabatku,anggaplah itu sebagai seditik mimpi didalam tidurmu yang nyenyak semalaman. Sesungguhnya kita semua nggak seharusnya menyalahkan Mbok Kaji Siti Aminah,kerana usianya yang telah larut Asar itu,memudahkan dia jadi keliru lantaran dakyah anak lanangnya (lelakinya) yang mempersona ditambahi pula dengan rasuah berupa emas permata mebaluti sekujur tubuh,yang mungkin nggak pernah dirasai oleh ibu tua itu sebelum ini.

Membahagia dan menyenangkan hati ibu bapa sememangnya suatu amalan mulia yang dituntut agama.Jika itulah niat Raden MaS,maka amat baik sekali pekertinya,namun jika bersumberkan hasil sisa toksid wang makan suap,kebaikannya itu hanya terhenti didunia sahaja. Silap-silap perhitungan pula,akan menjerumuskan kedua-kedua insan yang sudah dimamah usia itu kekancah anggak (sombong) dan tamak haloba tanpa titik penamat.

Kalau ya sekali pun sudah terjebak dengan amalan makan suap,Raden MaS Dr Khirasuah nggak perlu repot-repot (sibuk-sibuk) memperdaya ibu bapanya,dengan cerita-cerita yang mengasyikkan untuk menghalalkan kerja kotornya itu. Cobalah sampeyan bayangkan betapa bobroknya pekerti MB yang satu rumpun turunan dengan kita,sehingga mbok bapak (emak bapak) sendiri sanggup dirasuahi.

Dilah yang sebenarnya menjatuhkan maruah orang Jawa.Bukan Dato Hassan Ali yang hanya mengingatkan betapa bahasa Jawa telah dipasari kegunaannya,kerna penutur-penuturnya gagal untuk memartabatkan bahasa yang mampat dengan seni itu sebagai bahasa ilmu.

Sebagai menyahut saranan Dato Hassan itulah,kulo coba menghidupkan kembali bahasa leluhur kita sikit sebanyak didalam penulisan yang tujuan utamanya mengingatkan Raden MaS dan kaum keluarganya serta seluruh rakyat baik Jawa mau pun bukan bahawa kerja makan suap itu adalah perbuatan terkutuk lagi terlaknat.

Kanjeng Rasul saw telah besabda yang maksudnya " Penerima rasuah dan pemberi rasuah masuk neraka ." Apakah pendokong-pendokong amalan keji itu nggak percoyo (yakin) dengan maksud hadist soheh itu ! Jelasnya,risiko amalan makan suap itu amat besar buat pengamalnya.

Bermula didunia,sipengamal makan suap akan tego (sanggup) membikin apa sahaja untuk mempastikan kerja busuk itu terselindung dari pengetahuan umum.Jika ada sesiapa coba-coba membongkarnya,komplotan makan suap tadi akan memujuk pembongkarnya,andai nggak makan pujuk lalu diugut,jika masih mbatek (degil) jua tamatkan saja riwayatnya,sama ada jalan kasar atau dengan jalan halus (sihir).

Lihat sajalah,peristiwa kehilangan RM 2.5 billion BMF (Bumiputera Malaysia Finance) di Hong Kong pada dekad lapan puluhan yang lalu. Walaupun kononnya kertas putih telah dibentangkan di parlimen untuk memutihkan kerja bejat itu,tetapi ia belum bisa lagi mengobati luka hati orang Melayu hingga kesaat ini.

Tatkala perang Mahadhir Anak Aren (ke****) - Ku Li dulu,masing-masing saling tuduh menuduh menyonglap RM 2.5 billion tadi,namun kesudahannya BMF bankrap dan ada jiwa-jiwa yang terkorban termasuklah seorang anak Melayu yang amat berdidikasi dan jujur Allahyarham Abd Jalil Ibrahim.Beliau dibunuh di Hong Kong ketika diarahkan menjalani penyiasatan bagi pihak BMF. Jika Allahyarham tidak dibunuh maka akan terbongkarlah dalang sebenar dibelakang kasus BMF itu.

Memang Raden MaS Khirasuah dan konco-konco serampokannya belum lagi sampai ketahap membunuh secara terang - terangan,namun pembunuhan secara simbolik telah pun lama dilakukan semenjak kasus makan suapnya terbongkar. Lihat sahaja Ahmad Lutfi Othman,pejuang yang berhati waja itu,betapa dia terpaksa berdepan dengan kebintangan Khirasuah. Bukan sahaja terbitan akhbar tak berkalanya yang berpuluh ribu naskah pernah dirampas,malahan kantornya,karya-karyawannya termasuk dirinya sendiri pernah di serbu dan diperlakukan sesuka hati oleh anggota polisi.

Semuanya atas arahan dan kemahuan Raden MaS Khirasuah yang terlalu gementar dengan ketajaman pena Ahmad Lutfi Othman melakarkan kisah benar penyelewengan seorang anak turunan Jawa yang lupa daratan bergelar MB Selangor.

Mungkin sampeyan sudah dimaklumi oleh para sahabat,tahap kesihatan Ahmad Lutfi sekarang amatlah menyayat hati. Beliau hampir nggak bisa ngawey opo-opo (berbuat apa-apa) melainkan terlantar bertarung dengan sakit yang amat luar biasa.Tabib morden mengesahkan dia nggak dihinggapi apa-apa penyakit,meskipun beliau pernah mengidap penyakit kencing manis suatu ketika dulu tetapi tidak pula dikaitkan dengan itu lagi. Perawat-perawat tradisional rata-rata mengesahkan kemungkinan pejuang dan penulis berhati waja itu terkena sihir.

Semuanya serba mungkin ! Jika dilihat dari gelagat yang ngawosi (padan muka) Lutfi oleh tonto-tonto Raden MaS Khirasuah,seolah-olah mereka sedang berpesta meraikan sebuah kejayaan.Berpestalah kamu sepuas-puasnya,buatlah apa sahaja…….tetapi ingat Ahmad Lutfi Othman tidak pernah keseorangan didalam perjuangannya membenteras makan suap Khirasuah atau siapa sahaja. Rakyat tetap bersama dengannya.Allah swt tetap melindunginya.Mari sama-sama kita doakan agar beliau segera sembuh seperti sediakala untuk kita rempuh dan runtuhkan benteng batil bikinan Khirasuah,sekaligus melumurkan dengan dakwat hitam kesekujur tubuhnya dari pena hikmat Ahmad Lutfi.

Nyi Roro Kidul yang kulo hormati!

Begitulah kira-kiranya,tindak tanduk pengamal makan suap demi mempertahankan status kesyaitanan mereka.Yang lain-lain tak perlu kulo khabarkan,kerana di perutusan rakyat jembel terdahulu kulo telah sentuh betapa demokrasi itu sendiri pun turut dibunuh perlahan-lahan.Kebebasan bersuara disekat,kebebasan media dibendung,ceramah dilarang,tazkirah diharamkan serta macam-macam lagi onar diperbuat untuk menghalang penyelewengan para penguasa dari tersebar.

Nanun sekali lagi kulo,Wak Parman dan sekelian rakan tegaskan,pada kesemua kerakusan itu kami masih bisa bersabar,tetapi pabila Khirasuah begitu biadap meruntuhkan surau (masjid) di Bangi,kesabaran kami seakan-akan telah lenyap,lantas tiadalah lagi gelaran yang layak buat dia melainkan Persis Komunis,dan gelaran itu akan terus melekat kepadanya tanpa memperdulikan kemarahannya.

Alasannya, Masjid baru telah dibina,nggak boleh diterima,kerana pembinaan sebuah masjid baru bukanlah sebagai suatu tiket untuk meruntuhkan surau (masjid) yang lama.Hujah untuk menyanggah kebiadapan Khirasuah itu telah kami kemukakan pada warkah terdahulu,ngak perlu diulang-ulangi.

Dengarkan ini wahai Khirasuah ! kerja meruntuhkan surau (masjid) adalah kerja Stalin,Kruschoff,Mao Tze Tong,Menahim Begin,Khiew Samphan dan Pol Pot,kesemua mereka bapak Yahudi dan Komunis. Kebanyakan mereka pula mampus ,terutamanya Pol Pot penuh kehinaan dan kekejian.Apa kah kamu mahu mengakhiri hayat persis mereka ?

Wahai Raden MaS (Makan Suap) Khirasuah Peruntuh Surau( Masjid) tidakkah kamu takut akan azab Allah,mahukah kamu ketika hidup yang tak berapa lama ini dibenci,manakala mati nanti terus dikeji. Jika nggak mahu , segera kembalikanlah semula kedaulatan surau (masjid) yang telah kamu runtuhkan itu sebelum terlambat……opo kowey orak samar kualat ( tak takut ketulah ke ?)

Kulo diberitahu oleh rakan Umno yang rapat dengan Selamat Dulah (urang Banjar),bahawa dia (Selamat Dullah) pernah mendengar Dr Khirasuah mengeluh : " MB-MB yang terdahulu dari aku pun ,terutamanya Mat Taib,mengumpul harta ratusan juta,mengapa bila tiba giliran ku, semua orang menyerang habis-habisan,seolah-olah aku sahaja yang tamak membolot kekayaan Selangor."

Jika benarlah itu keluhan Khirasuah,kulo nggak mau komen apa-apa,sekadar menyatakan bahawa zaman Mat Taib,kesedaran rakyat masih ditahap rendah, BA pula belum wujud, tambahan pula setelah dua penggal berkuasa barulah Mike Tyson menampakkan belangnya.Dia pun tak terlalu tamak,ramai anak buahnya yang turut merasai nikmat hasil kerja bejatnya itu.Abu Hassan pula,meskipun ada rasuahnya,tetapi dia slow and steady.Tetapi Khirasuah melalui Dato Dr Kar(asuah)im terlalu gelojoh bak orang kebulur. Orang yang kebuluran jika terlalu gelojoh,silap-silap bisa modhar (mati) sebelum sempat kenyang. Apa pun kesemuanya amatlah nggak berguna kepada rakyat agama dan bangsa.

Sebagai satu lagi bukti kegelojohan Raden MaS Khirasuah Peruntuh Surau (masjid) ialah Projek Pembinaan Universiti Industri Selangor (Unisel) di Batang Berjuntai.

Projek yang memang bermenfaat itu rakyat itu telah dianugerahkan kepada Talam Corperation untuk membinanya.Walau pun kerajaan Negeri Selangor nggak perlu keluar satu sen pun untuk mengokosi sejumlah RM 600 juta untuk tujuan itu,tetapi sebagai ganjaran Talam Corp.telah dikurniakan tanah seluas 1300 ekar bagi menjayakan projek berkenaan.

Jika keseluruhan tapak pembinaan tersebut memerlukan keluasan 500 ekar,bererti baki 800 ekar adalah milik Talam Corp. Setelah siap projek itu kelak tanah berkenaan pasti mencanak naik nilainya. Adalah amat mudah bagi Talam Corp. konglomerat yang amat berpengalaman dan berpengaruh itu untuk mearih RM 1 billion dari lebihan tanah tadi.Setelah ditolak dengan kos pembinaan Unisel,maknanya Talam Corp,buta-buta bisa mrembat laba sekurang-kurangnya hampir RM 500 juta.

Khabarnya khirasuah dan kroni-kroninya menerima habuan sebanyak RM 50,000 pada setiap ekar tanah tersebut. Coba-cobalah sampeyan darabkan dengan 800.Jawabnya tentu lah RM 40 juta.Jika dikumpul-kumpul semenjak kulo paparkan kasus terdahulu,wang makan suap yang dirembatnya hampir-hampir RM 250 juta. Untuk makluman sampeyan kasus ini telah dibikin repot kepada BPR oleh Sdr Ahmad Lutfi. Bila ya ! BPR akan bertindak apakah sampai kucing tumbuh tanduk ?

Apa pun,kulo Wak Parman dan sekelian rakan taulan tetap memberi peluang untuk DS Dr Mohammad Khir bin Hj Joyo,untuk membersihkan diri.Pertama jika sekiranya BPR telah sempurna menyiasatinya,seperti yang didakwa olehnya,silalah beritahu rakyat hasilnya.Jika itu pun nggak bisa diperbuat,senang saja…memadai YAB DS Mohammad Khir bin Haji Joyo bersumpah dimana-mana Masjid dengan kalimah Wallahi,Wabillahi,Watallahi,bahawa DS yang mulia nggak pernah makan suap selama menjawat Kepala Negeri Selangor ! Beranikah DS berbuat begitu ?

Cukup setakat ini penulisan kulo buat kali ini untuk tatapan sampeyan dan rakyat jelata,semoga sampeyan jua rajin-rajin menulis,kerana kerja ini adalah sebahagian dari jihad kita membasmi kezaliman.Jangan sia-siakan bakat sampeyan itu.Hingga ketemu lagi………………….Teruskan Perjuangan ! Wassalam.

Putu Mbah Rombiong.






______________________
Terbitan : 28 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com