Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kambing Makan Rumput,Khirasuah Makan Suap…… - Putu Mbah Rombiong

Assalamu`alikum wm !
Al Fadhil Ustadz Mohd Nasir Hj Joyo,
Sekolah Kebangsaan Dato Manan,
45500 Tanjong Karang , Selangor Darul Ehsan.

Semoga sampeyan (saudara) sentiasa waras-waras dan berbahagia bersama famili dan tugas seharian.

Sebagai rakyat Malaysia,mau tak mau,seluruh warga turut merasai kemeriahan sambutan Tahun Kambing yang di rayakan oleh rakyat berketurunan Cina dinegara kita.. Haiwan ternakan yang kurang selesa dengan hujan membawa maksud yang agak baik menurut kepercayaan kaum itu.Jika kambing begitu sinonim dengan rumput sebagai bahan utama makanannya,begitu jualah Khirasuah Kepala Negeri Selangor yang begitu berselera dengan makan suap sebagai menu yang paling digemarinya.

Kebetulan Insya Allah tidak berapa hari lagi seluruh umat Islam pula akan merayakan sambutan Bodho Besar ( Hari Raya `Eidul Adha).Sekali lagi ,bagi yang berkemampuan akan menjalani ibadah korban sebagai tanda kesediaan kita untuk melaksanakan perintah Allah swt didalam apa situasi pun.

Kambing adalah diantara haiwan ternakan yang turut dijadikan sembelihan korban disamping lembu dan kerbau ditanahair kita. Mungkin ada juga unta yang turut dikorbankan,meskipun haiwan itu kerapkali digunakan Umno BN didalam beberapa pilihanraya kecil untuk merasuah pengundi-pengundi Melayu Islam yang otak mereka pun lebih kurang unta,supaya mengundi Umno BN.

Apa pun ,ternyata kambing meskipun seperkus-perkus (sehapak-hapak) baunya dan takut mandi itu ternyata lebih baik dari segolongan makhluk yang bergelar manusia. Kaum Cina yang tersohor dengan ketamadunannya telah meletakkan haiwan itu didalam salah satu dari tahun-tahun baru yang mereka sambut saban tahun sejak zaman purbakala.

Begitu jua sejarah perjuangan Nabi Ibrahim as yang begitu patuh dengan perintah Maha Pencipta agar menyembelih putera kesayangannya,menyaksikan penggantian dibuat oleh Allah swt dengan seekor kibas (kambing) yang besar disaat pisau penyembelih mencecah leher Nabi Ismail as .Hanya insan yang berjiwa agung yang dipasak dengan keimanan mutlak sahaja mampu menjalani ujian sehebat itu.

Manakala manusia yang berjiwa tikus terpasak pula dengan kedurhakaan dan kemaksiatan terhadap Tuhannya,hanya akan meletakkan diri mereka lebih sesat dari haiwan ternakan.Apa saja haiwan ternakan termasuklah celeng (babi). Al Quran sendiri telah merakamkan betapa golongan yang punyai mata tetapi tiada mahu memandang,punya hati dan minda tetapi tiada mahu berfikir,punya telinga tetapi tiada mahu mendengar ayat-ayat Allah swt,darjat mereka lebih hina dari haiwan ternakan tadi.

Kambing yang memakan rumput tumbuh melata,kadangkala merembat pula cucuk tanaman jika berkesempatan atau tidak dijagai oleh sang gembala (tuan punya),masih terlalu banyak manfaat yang bisa diperolehi dari haiwan itu.Selain dari yang tersebut diatas,kulitnya bisa dibikin kompang,bulunya pula (biri-biri) bisa dibikin baju sejuk susunya pula amat berkhasiat, malahan najisnya bisa dibikin baja.Namun manusia yang makan suap seperti kakang sampeyan dan antek-antek (barua-baruanya) ,hanya berguna buat segelintir yang sealiran dengan nafsu rakus mereka.

Lihat saja,betapa pembangunan yang dibina melalui penyelewengan sama ada dari segi kos atau perlaksanaannya,menyaksikan pembaziran yang amat ketara.Semakin paip utama bekalan air ditukar,semakin pula bekalan air sukar diperolehi ,sedangkan rakyat terpaksa membayar bil bulanan yang berlipat ganda.Kualitinya pula amat diragui,sehinggakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terpaksa membuat kajian terhadap tahap kebersihan bekalan air tersebut.

Apakah sampeyan selaku seorang Ustadz,tidak memikirkan bahawa barakah (berkat) dari Allah swt itu senantiasa disuwun (dipohon) pada setiap kerja buat manusia.Tanpa keberkatan semuanya akan hanya mengundang musibah.Lihat sahajalah semakin canggih lebuhraya dibina,semakin banyak korban akibat kecelakaan.Kerana apa? Jawabnya keberkatan telah ditarik oleh Allah swt,lantaran pembinaan lebuhraya tadi berpunca dari penyelewengan dan kegelojohan nafsu segelintir manusia yang tidak meletakkan Taqwa sebagai asas kehidupan mereka.

Apakah sampeyan masih bisa berbangga dengan kemurahan hati Dr Khirasuah yang ditunjuk-tunjukkinya.Umpamanya menjelang musim persekolahan 2003 baru-baru ini,khabarnya pemimpin yang kedua dibenci rakyat selepas Mahadhir Anak Aren (Ke****) itu telah berbelanja besar menyediakan pakaian,beg-beg sekolah,basikal dan macam-macam lagi peralatan kepada pelajar-pelajar dikawasannya.Sehinggakan ramai murid-murid yang memperolehi keperluan sekolah melebehi dari sewajarnya.

Sesungguhnya kemurahan hati kakang sampeyan itu hanyalah sebagai helah untuk menyembunyikan kebejatannya. Kemurahan hatinya itu sebenarnya menyamai aksi Mahadhir memberi pinjaman RM1.145 billion kepada Kerajaan Lebanon,yang diambil dari wang rompakan Royalti Petroleum Rakyat Terengganu,semata-mata untuk memperagakan dirinya sebagai tokoh Islam terbaik meskipun perangainya persis Firaun.

Kakang sampeyan pula mempamirkan kemurahan hatinya kepada para pelajar dengan menggunakan ongkos yang sepatutnya diberikan sebagai peruntukan tahunan berjumlah RM 300 ribu kepada Wakil Rakyat Pembangkang. Bayangkanlah berapa jumlahnya peruntukan YB Dato Hassan Ali dan YB Ustadz Salihin yang telah dinafikan ,sejak dipilih oleh rakyat mewakili mereka.

Bukankah kerja itu merampok namanya,walau bagaimanapun para pengundi Dun Sungai Besar dan Sungai Burung,seharusnya berterima kasih kepada Dr Hassan Ali dan Ustadz Salihin,kerana tanpa mereka Dr Khirasuah tidak akan bersusah payah menunjuk-nunjuki kemurahan palsunya.

Yang berilmu Ustadz Nasir !

Baru-baru ini ketika kulo (saya) medhang (minum) kopi di Simpang Lima bersama-sama Wak Parman,kami berdua telah ditanyai secara berseloroh oleh wong (orang) Umno yang kebetulan pula rakan baik kami. Dia bertanya siapakah yang layak untuk mengimami solat Jumaat sekiranya Dr Khirasuah dan Dato Hassan Ali berada di masjid yang sama,sekiranya Imam tidak hadir ? Kami kata tentulah Dato Hassan Ali. Katanya lagi "Apakah Khir Toyo tidak layak ?" Kami jawab secara spontan " Memang dia kurang layak kerana bacaan Fathehahnya lintang pukang dan suka makan suap " Akhirnya kami termasuk orang Umno itu ketawa panjang.Mungkin dia bersetuju dengan jawaban kami,kerana rakan kami itu pernah belajar pengajian pondok di Sijangkang dengan Almarhum Kiyai Kusen (Hussin)

Begitulah persepsi ahli Umno biasa terhadap kakang sampeyan.Sememangnya kebanyakan ahli-ahli Umno dan para pemimpinnya termasuk Wakil-wakil Rakyat secara diam-diam mengakui kakang sampeyang itu adalah umpama mencawak (biawak) hidup yang mereka dokong.

Kebejatan kakang sampeyan dengan hobi makan suapnya amat menyulitkan mereka untuk berdepan dengan rakyat. Yang kenyang ngasek (sampai) kembung weteng (perut) adalah Khirasuah dan kroni-kroninya,tetapi segala jawaban terpaksa dibuat oleh mereka untuk membohongi rakyat.

Mereka amat khuatir,terutamanya yang baru sahaja sepenggal dua menjadi ADUN akan disingkirkan rakyat jika mencawak urep (biawak hidup) Khirasuah terus didokong.Lantas usaha keras sedang mereka buat untuk mempastikan mencawak urep (biawak hidup) itu tidak lagi mengepalai Selangor pada pemilu akan datang.kerana kata mereka peluang Umno BN untuk terus kekal berkuasa adalah tipis sekiranya Khirasuah terus menjadi MB.

Di perutusan lepas ,kulo telah khabarkan kepada sampeyan. Dr Khirasuah adalah pemimpin yang kedua dibenci rakyat selepas Mahadhir Anak Aren.Jika situa kerepot itu adalah liabiliti (biawak hidup) kepada Umno begitu jualah Khirasuah.

Sebenarnya,seperti yang kulo pernah beri makluman kepada sampeyan,bahawa Dr Khirasuah tidak takutkan sesiapa pun,termasuklah Mahadhir Anak Aren,kerana watak perompak dan pemakan suap jempolan (nombor satu) sama-sama mereka miliki,apalagi Pak Lah yang lembik serba serbinya itu ! Yang ditakuti Khirasuah hanyalah rakyat. Lantaran itu apabila kulo,Wak Parman dan sekelian rakan taulan katakan bahawa warkah ini adalah perutusan rakyat maka menggelabah beruklah Khirasuah dan kroninya untuk membikin penafian.

Harus diingat ketika masih lagi fresh (segar) Khirasuah hanya memenangi kerusi Dun Sungai Panjang menewaskan Ustadz Fadzlin calon Pas dengan majoriti kurang dua ratus undi sahaja.Inikan pula setelah dibaluti dengan isu makan suap,meskipun dia MB adalah terlalu sulit untuk meramalkan nasibnya.

Rakyat dewasa ini wes orak bodo goblok (bukan lagi bangang).Mereka sudah dapat merumuskan betapa DS Anwar Ibrahim yang menentang penyelewengan dan salah guna kuasa Mahadhir ,berada dipihak yang benar.Begitu jua Ezam Mohd Noor,Ketua Pemuda keADILan yang dihukum jel kerana mendedahkan kes makan suap Rafidah Aziz,Rahim Tambi Chik dan Daim Zainuddin yang terang dan nyata.Perasuah hidup bebas,pembongkarnya terhukum semua atas kemahuan Mahadhir.Rakyat amat bersimpati dengan pejuang-pejuang kebenaran itu.

Kulo,Wak Parman dan sekelian rakan taulan nggak ada hasrat langsung untuk mendesak agar Khirasuah meletak jawatan sepertimana Dato Abu Hassan tempuh hari.Khabarnya perletakan jawatan DS Abu Hassan itu pun berpunca dari konspirasi dalaman Umno Selangor sendiri,tiada kaitan langsung dengan parti pembangkang.

Persoalannya jika Khirasuah meletak jawatan pun,masalah nggak juga selesai,kerana penggantinya sehingga pemilu akan datang jua terdiri dari Umno BN yang telah membudayakan makan suap didalam parti mereka.Segala ka-ngelan (susah payah) kami mengutus ini bukan untuk memaksa Khirasuah meletak jawatan MB,tetapi sekadar memberitahu sampeyan agar menasehatinya bertaubat sebelum terlambat,tak lebih dari itu.

Sekali lagi kulo,Wak Parman dan sekelian rakan taulan tegaskan tekad kami hanyalah satu,iaitu untuk menyingkirkan Umno BN dari terus menindas rakyat di negeri Selangor ini khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya,barulah segala masalah bisa dirungkai,negara makmur rakyat bisa hidup aman damai.

Al Fadhil Ustadz yang kulo kasehi !

Sebelum warkah ini diutus kulo telah pun memaparkan empat kes besar yang disyakki melibatkan makan suap Dr Khirasuah. Jika dicongak secara kasar wang makan suap yang dirembatnya hampir RM 130 juta,itu tidak termasuk konsesi membekal peralatan paip air untuk PUAS selama tiga puluh tahun yang diberikan kepada JAKS Sdn Berhad milik Jemingan Naib Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang yang akan mengaut untung hampir 1.5 bilion RM.

Bayangkanlah wang makan suap begitu besar yang baru melibatkan empat projek dari puluhan projek yang telah diluluskan oleh Khirasuah sejak mula dia menjawat MB. Jika 60 peratus dari wang makan suap itu sebagai habuan buat kakang sampeyan,sudah tentu ketika ini dia dan DS Zaharah Kecik telah memiliki lebih RM 100 juta.Kaya raya sungguh kakang sampeyan itu ! Mungkin dia adalah diantara MB termuda yang terkaya di Malaysia , kaya kerana operasi makan suap…………

Seperti biasa sekali lagi kulo paparkan,biar pun berulangkali,satu lagi kes yang disyakki melibatkan kes makan suap kakang sampeyan iaitu: Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78,Hutan Simpan Hulu Langat seluas lebih 1200 ekar.

Kelulusan diberi kepada Syarikat Fungsi Mewah milik Pua Kim Seng,iaitu abang bekas tuan rumah yang pernah disewa Khirasuah di Sekincahan.Keluarga Pua ini juga bertindak selaku Sub Kontraktor kepada Meram Holdings,kontraktor yang dikurniakan Khirasuah kontrak membina jalan termahal (RM 4.6 juta 1 km) merentasi bendang. Kawasan balak yang diluluskan tadi sangat hampir dengan kawasan perumahan di Ampang. Khabarnya sebagai habuan sejumlah RM 3.8 juta telah diberi oleh seorang taukeh Cina kepada kroni Khirasuah sebagai ganjaran kelulusan tersebut

Tidak hairanlah sekiranya pada tahun ini kakang sampeyan akan menaja untuk mengorbankan seratus ekor lembu,sepertimana yang dibuatnya tahun lepas.Meskipun ketika itu 70 ekor lembu yang dijadual untuk dikorbankan hilang disaat-saat akhir, sekelip mata sahaja Khirasuah menggantikan semula.Harap-harap tahun ini lembu-lembu yang bakal dikorbankan itu tak hilang lagi,jika hilang pun kulo pasti Khirasuah tidak hairan,kerana bila-bila masa bisa mengundang Pua Kim Seng atau siapa sahaja kroninya untuk mencari lembu baru buat dikorbankan bagi mengaburi mata segolongan Melayu Islam yang otak mereka lebih kurang lembu atau kambing yang dikorbankan itu kerana berketuakan manusia yang lebih sesat dari haiwan ternakan tersebut.

Fikir-fikirkan ya Ustadz ! Kambing makan rumput,Khirasuah makan suap…..siapa yang lebih baik? Sekian nyuwun ngapuro (mohon maaf) dan Selamat Menyambut Eidul Adha. Wassalam.

Putu Mbah Rombiong.






______________________
Terbitan : 7 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com