Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kenyataan Rasmi Tranung Kite

Assalamuaikum wrm wbrt.
Salam Sejahtera.

Pertama, saya ingin memohon kemaafan atas ketidakmenentuan kemaskini laman beberapa hari terkemudian ini.

Kedua, saya juga ingin memohon maaf kepada beberapa individu yang datang daripada beberapa pelusuk negara seperti Perak, Negeri Sembilan, yang begitu prihatin menelefon pejabat Pas Kawasan Dungun, bertanyakan khabar tentang saya.

Pembabitan saya dengan Tranung Kite, laman ini adalah bersifat sementara sahaja, iaitu membantu laman ini ketika webmaster tidak ada yaitu ketika beliau berada di Mekah. Saya sendiri sebenarnya begitu terikat dengan kerja utama saya yang sentiasa memerlukan saya berada di luar kawasan (out-station). Ini cukup menyukarnya saya untuk mengendalikan satu laman yang mempunyai email antara 20-30 sehari.

Sepatutnya saya tidak mengambil alih tugas yang berat ini, tetapi atas dasar ini adalah arahan tugas Jamaah, saya akur dan cuba sedaya upaya untuk memastikan ada kesinambungan dalam tugas-tugas amal ma'aruf dan nafi mungkar supaya akan cita-cita tertegaknya daulah Islamiah tercapai dalam negara kita.

Salah anggapan bahawa Laman ini mengalami kelesuan. Anggapan ini adalah hasil tindak tanduk manusia yang iri hati, berfikiran sempit dan ada penyakit hati dalam diri yang sentiasa membuat tuduhan fitnah agar manusia akan beranggapan salah sesama sendiri.

Manusia seperti ini juga yang menjadi perosak bangsa. Bangsa Melayu sebenar adalah bangsa yang agung tetapi malangnya wujud segelintir manusia Melayu yang berpenyakit, yang menjadi racun dalam masyarakat. Manusia Melayu seperti ini sentiasa wujud semenjak keagunan kesultanan Melaka lagi.

Lagi malang manusia Melayu yang berpenyakit ini, menerajui kepimpinan masyarakat Melayu. Mereka seperti inilah yang membuat porak peranda dan perpecahan dalam umat Melayu.

Saya rasa, jika pengunjung meneliti perjalanan laman ini daripada awal sehingga sekarang, sudah lebih daripada tiga tahun beroperasi, laman ini sentisa membuat kenyataan dan makluman jika apa-apa berlaku. Misalnya jika webmaster nak berhenti ada kenyataan yang dimaklumkan sebelum itu. Apakah dengan kenyataan-kenyataan dan makluman ini tidak cukup hendak difahami?

Inilah yang saya katakan mereka yang membuat tuduhan dan fitnah ini, adalah manusia yang singkat akal fikiran serta busuk hati perutnya. Lagi malang jika ada pulu segelintir pengjung yang terikut-ikut denga rentak fitnah yang ditaburkan.

Saya memohon ampun kemaafan jika sebarang ungkapan saya menyingong perasaan mana-mana pengunjung. Anggaplah itu semua kelemahan diri saya.

Linux Pro
Pembantu Webmaster.






______________________
Terbitan : 24 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com