Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

"Terima kasih Menteri Besar Perlis……."

Assalamua'laikum wbt
Salam Sejahtera dan Salam Reformasi dari Indera Kayangan

"TERIMA KASIH MENTERI BESAR PERLIS……."

Satu ungkapan banner dihadapan Majlis Perbandaran Kangar……
"Kami masih memerlukan kepimpinanmu…." Sambungan pada ayat…

Shahidan dalam kelemasan….dia akan menggapai apa saja yang terdekat dengannya untuk survival politik yang kian menyungkur jesteru ditalkin bersama Mahathir yang berpermergian.

Terkenang pada suatu ketika …..tatkala Mahathir mahu semahunya meletak jawatan, puak diatas pentas bersandiwara dengan teriak tangis meraung, akan kehilangan Tokoh Political celeberity mereka. Shahidan dengan gahnya mengisytiharkan "kalau PM letak jawatan kami pun akan letak sama!!!" Nah sekarang telah sampai masa untuk dia nyah dari takhta rekaannya sendiri

Beliau akan mencipta berbagai isu isu yang panas supaya mendapat highlight umum melalui media. Dengan isu isu tersebut maka beliau berharap dapatlah memulihkan popularitinya semula Isu isu yang dihotlinekan banyak menjurus pada masalah remaja dan pelajar yang menampakkan kejujuran keikhlasan dan bertapa perihatinnya beliau keatas Pendidikan pada Rakyat M@rhaen . Alangkah baiknya Isu Pendidikan dilaksanakan semasa beliau mula memegang tampuk kepimpinan tetapi apa boleh buat Melayu Mudah Lupa ….bila dia diatas Aku berkuasa …aku terkaya dan segala galanya aku ….aku…dan .aku……………. ikut suka aku !!!!!!!.Bila mula berkuasa beliau banyak bertindak menjurus kearah rasuah dan penyelewengan kuasa, membiakkan kekayaaan dikalangan "kroni terpilih" (untuk memudahkan agenda komisyen bersiri) dan membela saudara mara yang terdekat Beliau banyak bermusuh dengan orang kampung termasuk mengenakan cukai keatas hasil tanaman dusun..Para kontraktor mengeluh resah kerana didiskriminasikan dan dilabel sebagai pembangkang Tidak lupa juga dari ingatan pernah mengugut mengenakan tindak memindah malahan memberi notis alternatif kerja atau berhenti dikalangan kakitangan kerajaan. Lihatlah bertapa samsengnya Shahidan Kassim ketika itu!!!!! Nah….sekarang dia dalam dilema keadaannya seperti bengkang atau kuih bingka untuk memasaknya perlu api dibawah dan diatas.Kita tunggu apa PakLah nak kata!!!

Hari makin mampir, kepanasan kerusi terasa sekali,jiwanya kacau kadang kadang meracau, perlu mengambil ubat berwarna warni untuk mententeramkan fikiran yang semakin menegang siang malam dihantui olih igauan buruk... padah yang bakal di terima.

Hinggakan kera dihutan tercengang mengejut kerana disusukan anak dikampung kempis kebuluran dek angkara Shahidan Kassim. Baru baru ini dimedia, Shahidan dengan manjanya memberi sumbangan RM 100,000.00 kepada Madrasah Madrasah diSelatan Thailand. Sumbangan demikian merupakan suatu tamparan sinis untuk bangsa Melayu Islam Rakyat M@rhaen Perlis !!!Tetapi bagi Shahidan ia tidak memperdulikan itu semua yang penting budi perlu ditabur hasil baktinya akan dituai pada PEMILU 11 akan datang. Sebagai balasan tiap yang dihulurnya kelingking mestilah berkait ye!!! Kemenangan beliau pada PEMILU yang lalu dengan majority 800 lebih pengundi adalah sumbangan dari pengundi HANTU tetamu Shahidan yang datang dari Selatan Thailand dan penduduk Warga Burma di penempatan Kuala Perlis.

Tersedia maklum SAR Perlis akan tertutup jua dengan sendirinya apabila Kerajaan Pusat mengadakan sekatan kewangan keatas semua SAR seluruh Malaysia. Dengan alasan berunsur fitnah keatas ISLAM yang kita cintai…, "Anak anak Melayu Islam dilatih menjadi pengganas Islam dan penentang Kerajaan UMNO @BN" (Barisan Najis) Bagi Shahidan pucuk dicita ulam mendatang!!! Clear card sudah masuk masa untuk cuci tangan sudah sampai Sekolah YAYASAN ISLAM di Abi Tok Hashim tidak perlu disiapkan…… hi..hi..hi..wow… wow.

Isu Sekolah Yayasan Islam merupakan satu Isu panas ketika PEMILU ke 10 yang lalu kedudukan Shahidan agak tergugat ketika itu kerana Shahidan telah "memperkosa dan merogol" Yayasan Islam dan mengguna hampir keseluruhan sumber tabung tersebut untuk membeli saham BERNAS demi kepentingan diri dan keluarganya sendiri.

ALLAH Maha Mengetahui,ALLAH Maha Kaya dan ALLAH ingin memperlihatkan kerosakan keatas ISLAM yang telah Shahidan lakukan sehingga kini bangunan sekolah tersebut belum siap dan tidak boleh diguna pakai ….. "TERIMA KASIH MENTERI BESAR…"Kami Masih Memerlukan Khidmatmu…………SAYANG!!!!

Satu lagi isu yang memeningkan kepala Pak Lah ialah menambah masa sekolah hingga ke 4.30 petang yang bermula pada 1hb Mac 2003.Ini bukan apa apa Pak Lah cuma "benang dicucuk dulu jarum ikut belakang".Usahlah dirisau usahlah digundah PakLah!! Abu Nawas memang suka melawak diistana…. Sebagai imbuhan…perlulah diberi peruntukan!!!!.

RM 2 juta sebulan pembiayaan untuk sessi tambahan masa belum tentu cukup Pak Lah!!! Abu Nawas nii…memang bijak & bestari dalam saring dan menjaring duit peruntukan kerajaan… kalau tidak mana boleh buat kenduri besaq!!! makan besaq!!! hamper besaq!!! ….contohnya tengoklah peruntukan gerai berbentuk SANGKAR Burung (yang penuh glamour dan kontroversi), telah siap yang masih belum berpenghuni… bernilai RM20,000.00 berbanding dengan Rumah PPRT yang penghuni nya pasti berkeluarga miskin, nilainya tidak mencecah RM 5,000 pun!!!!. Bukan kaaa…ini belanjawan songsang namanya

Diringkaskan..Pada 18 Februari 2003 8.30 malam satu acara keramaian akan berlangsung di Kangar Water Front dimana pihak Majlis Perbandaran Kangar sebagai pengajur. Shahidan akan meraikan dengan band tempatan berserta tembakan bunga api akan diadakan sebagai tanda terima kasih pada Shahidan. Acara ini merupakan acara self promotion dan self campaign yang menonjol bagi Shahidan Kassim. Dia dah gila….dia akan ajak kita tumpang gila…..dan yang menjadi lebih gila ialah staff staff MPK. Meraka akan terkinjaa kinja,melaung raung tidak tentu hala…. nak tunjuk kasih pada MAHARAJAGILA!!!! Duit siapa hangpa belanja tuuuuu!!!!!!!

Mengape!!!!!Tak Percaya..kaaaa!!!!

Sila datang kePerlis saksi sendiri

Sekian wassalam

Sorayanii.Com
Perlis Indera Kayangan
18 Februari 2003

DJ2@RMP:Nii bukan MAMI JARUM Laaaa!!!






______________________
Terbitan : 22 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com