SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kartika Sari mangsa politik ibubapanyaMIN AINA ILA AINA Oleh Subky Latif KES perceraian Tun Ghafar Baba dan isteri keduanya Heryati A. Rahim menjadi topik yang menarik beberapa minggu lalu walaupun ia tidak sehebat isu Anwar Ibrahim beberapa tahun lalu. Kes pasangan suami tua dan isteri muda ini adalah pada asasnya kes rumah tangga atau keluarga. Beratus-ratus kes seperti itu yang sepatutnya selesai tanpa sensasi. Kes ini mungkin besar dan serius kepada keluarga Ghafar tetapi ia seolah-olah menjadi satu sensasi politik. Memang Tun Ghafar orang politik yang gerak gerinya sentiasa menjadi perhatian politik. Politik kes ini bukan kerana Ghafar tokoh politik yang digembar gembur oleh musuh politiknya, tetapi cara kes itu dikendalikan oleh keluarga itu seolah-olah ia berjalan seperti satu gelombang politik juga. Perkelahian rumah tangga dan perceraian bukan sekadar melibatkan remaja dan orang biasa saja. Yang tua dan tokoh politik dunia pun tidak terkecuali. Nelson Mandela yang dilihat begitu romantis sepanjang Mandela berpuluh-tahun di penjara dan isterinya di luar, berakhir dengan perceraian apabila kedua tinggal sebumbung di luar penjara. Fujimuri, bekas Presiden Peru keturunan Jepun juga bercerai ketika dalam kemuncak kekuasaannya. Tidak ada orang luar memberi perhatian kepada kes isteri Ghafar dan rakan-rakan muda Bosnianya. Mahkamah sendiri nampaknya mahu kes itu berjalan dalam sunyi sepi dan seolah-olah mahu ia segera lenyap dibawa angin deras. Dan biasanya pasangan bercerai tidak cerewet dan remeh. Masyarakat baru saja mempolemikkan supaya pasangan yang sudah tidak sehaluan permudahkan perceraian - jangan ada gantung tak bertali berpanjangan. Tetapi perceraian Ghafar dan Heryati ini nampaknya seolah-olah suatu yang payah; seolah-olah payahnya dua kekasih yang hendak berpisah. Orang lain bercerai memadai memberi tahu kadi. Dan tidak dilihat begitu sulit. Bagi kes Ghafar ini nampaknya liat; terpaksa Tun Ghafar yang uzur itu ke mahkamah membuat keterangan 25 minit menyatakan hasrat hendak bercerai. Masing-masing membuat laporan ke balai polis. Heryati membuat aduan. Ghafar dan anaknya Tamrin pun membuat aduan polis. Masing-masing mengemukakan afidavit. Jarang sangat kita bertemu payah seperti itu hendak bercerai. Seperti drama atau satu kisah sandiwara pula. Maka segala karenah itu dilihat satu politik Ghafar yang sudah lama tidak muncul dalam pentas politik tanah air. Adakah itu tujuan Ghafar atau ia suatu yang sememangnya sulit tidak dipastikan. Tetapi dengan segala perkembangan itu ia terasa sebagai satu komidi politik dan tragidi rumah tangga. Kes itu sepatutnya tidak perlu diribut. Iagi diselesaikan secara senyap lagi baik dan lagi bijak. Mungkin Ghafar tidak merasa perlu menyorokkan apa disekitar perceraiannya. Mungkin kecil dan tidak apa-apa menelanjangkan antara satu sama lain kepada khalayak ramai. Kekuatan peribadi dan kehebatan politik Ghafar mungkin tidak memberi apa-apa gangguan kepadanya dan kepada watak heroin Heryati. Tetapi bukan kerukunan hidup Ghafar, Tamrin dan Heryati perlu difikirkan di sini. Mereka faham akan natijah dan mungkin dalam keadaan yang bersedia menghadapi risiko dari tindakan masing-masing. Yang kesiannya ialah kanak-kanak perempuan Kartika Sari yang sama nama dengan anak pasangan Sukarno-Ratna Seri Dewi. Kebahagian dan masa depan anak yang tidak tahu apa-apa yang perlu diperhatikan. Hidupnya mungkin tidak terlantar memandangkan pasangan yang hendak bercerai itu dipercayai berada. Siapa pun yang akan memiliki rumah mewah di Jalan Duta itu tidak penting kerana sebahagiannya akan menjadi hak Kartika juga. Tetapi anak kecil yang dibesarkan dari rumah tangga yang runtuh selalu memberi kesan dan pengaruh saikologi yang ketara. Apa lagi kalau terlalu banyak hal yang tidak tergamak diketahui dibongkar dan dirakam untuk tatapan umum. Dan bagaimana anak ini hendak menghadapi segala karenah itu pada tahun 2020 apabila dia berusia 23 tahun. Apabila dia terbaca dan rakan-rakannya terbaca, maka apa pula gerangan reaksinya untuk menghadapi dunianya. Tamrin ketika itu adalah setua Ghafar sekarang. Heryatinya menjangkau 60an. Tidak dapat dibayang tentang Ghafar. Kartika akan menghadapi dunianya sendiri. Dia tidak sepatutnya tahu segala-gala yang diperbalahkan sekarang. Tidak siapa dapat menangkis suratan, tetapi ia boleh ditangani secara 'benang dalam tepung' demi Kartika Sari yang belum tahu politik.
Diterbitkan oleh : |