Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Dedahkan Penyelewengan Polis

Assalamualaikum wbt..

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kepada REFORMIS MUDA yang mencadangkan supaya segala penyelewengan pihak polis didedahkan untuk tatapan semua. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut amatlah tidak sesuai untuk dilakukan pada masa sekarang. Kita perlu mengambil iktibar dari pengalaman yang terjadi kepada MALAYSIAKINI.COM. Nanti ... tranungkite pula dituduh menyebarkan berita-berita palsu seterusnya segala harta benda akan dirampas serta ditutup operasi. Akibatnya ... kita akan ketandusan maklumat-maklumat yang tulen dan terkini. Nak harap surat khabar harian .... hanya layak dibakul sampahkan saja. Nak harap berita di TV .... hanya layak tontonan bagi mereka yang mempunyai sakit mental. Asyik-asyik cerita mengenai KETAM yang berjaya membetulkan keturunan dan suku sakatnya berjalan dengan betul (berjalan menghala kehadapan dan tidak mengiring). Realitinya ... habuk pun tarak .. Kemudian memfitnah pula orang lain semua tak betul ... Hasil angkara si KAYU ARANG yang tak sedar diri.

Oleh itu ... saya harap cadangan tersebut ditangguhkan buat sementara sehingga ke suatu waktu yang sesuai.

Wasalam

SURIANI SHUKOR






______________________
Terbitan : 6 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com