Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Perhimpunan Aman Malaysia...

Pada hari ahad lepas, saya telah pi Bukit Jalil untuk tengok apa yg terjadi di perhimpunan aman malaysia disana terutamanya bila dikatakan golongan reformasi akan berkumpul berhampiran stesyen LRT Bukit Jalil. Semasa di Stesyen Masjid Jamek, nampaknya semua ditanggung pada hari itu... tak perlu bayar ke Bukit Jalil... Crowd tak le banyak macam masa Manchester United datang dahulu... dalam train pun tak sesak macam masa sukan SEA/manchester datang...

Bila tiba ke bukit Jalil, agak terlewat dan saya dapati tiada reformis berkumpul... saya ingat mungkin dah habis dan depa dah masuk stadium kut... Orang banyak yang datang.. kebanyakan datang dengan bas dan kebanyakan adalah budak-budak sekolah, IPT serta beberapa persatuan yg buat rombongan... mungkin disuruh datang kut...

Bila masuk saya dapati ada 2 banner besar UMNO Selangor yg nampak memuji Mahathir sebagai wira kononya... kebanyakan banner yang lain hanya berkisar isu peperangan, Iraq dan Palestin... Ada satu banner dari DAP yang bertulis "NO War". Saya mencari kalau-kalau ada banner dari BA... tapi tak nampak pun... mungkin dah kena rampas kut..

Konsert diadakan dari masa saya masuk stadium hingga dekat pukul 8 lebih... sampaikan semasa waktu Maghrib masuk pun tak berenti pun untuk menghormati waktu maghrib masuk... terus saja menyanyi... keadaan macam di Woodstock cuma tak ada seks saja nampaknya... Mungkin deepa tiru konsep woodstock kut yang ada nyanyi dalam perhimpunan tentang peperangan ni... cuma bezanya.. penonton dan penyanyi nampak lebih sopan serta tiada pesta seks bebas saja... konsep sama.. konsert dalam perhimpunan anti perang....

Beberapa ucapan awal oleh Khir Toyo dan Hishamudin nampaknya lebih memuji dan mengipas serta membodek mahathir... nampaknya tujuan utama perhimpunan ini adalah untuk membodek mahathir, bukan sangat nak suarakan anti peperangan... dan ini terbukti dengan 2 banner umno selangor tersebut serta ulasan di RTM yang diulang-ulang semasa berita RTM.

Bila sampai giliran mahathir cakap aje.. saya dapati ramai orang dalam stadium pun berpusu-pusu keluar stadium.. mungkin depa saja mai nak tengok orang nyanyi-nyanyi kut sambil bawak keluarga jalan-jalan tengok orang beramai kat bukit jalil.. ye le tambang free katakan.... Lagipun sebab nak balik awai dan dah muak dedngan ucapoan mahathir tu yang depa pakat keluaq tu kut... kalau tengok gambaq dalam suratkhabar arus perdana.. tempat duduk stadium nampak banyak kosong masa mahathir berucap...

Bila saya keluaq pukui 9:30 aje.. saya tengok ramainya orang tengah nak keluar stadium.. Gate keluar tidak dibuka dan ini menyebabkan pintu keluar di gate masuk penuh sesak dengan orang nak keluar stadium... diluar kawasan stadium.. ramai orang penuh sesak nak balik serta jalan-jalan tengok orang berjual... kat stesyen LRT orang ramai berkumpul untuk masuk tapi tidak dibenarkan lagi kerana pintu hanya akan dibuka pada pukul 10 malam (untuk free ride saja.. so yang nak cepat kena beli tiket lah dan saya dapati ramai yang sanggup beli tiken semata-mata nak balik awai...

Jadi boleh dibuat kesimpulan... jika tujuan perhimpunan nak bantah perang... memang berjaya matlamat tu.. tapi kalau nak menaikkan nama Mahathir sempena NAM ni atau nak tunjuk sokongan rakyat kepada program UMNO/BN atau untuk dengar amanat Mahathir... saya rasa matlamat tersebut gagal....






______________________
Terbitan : 28 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com