Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Astora Melalak, menulis dengan fakta yang menyeleweng

Oleh : TOK AYAH

Setelah lama berehat, tak menulis di alam siber, tak ber'perang' dengan kunco-konco Khir Toyo apabila puak-puak ini melarikan diri, tiba-tiba saya dikejutkan dengan pangilan telefon seorang sahabat semasa belajar dahulu daripada Kedah dengan ucapan Syabas, hang dah masuk akhbar!

Terima kasih kepada Astora Jabat dengan tulisan beliau ini, maka pecah tembelang beliau penulis yang suka memutar belit fakta termasuk memutar belit ayat-ayat Al Quran dan Hadis.

Saya sedikit pun tak malu dengan manusia seperti ini, kalau dengan Allah s.w.t. pun dia sanggup berputar belit, mencari rezeki dengan cara yang ditengah oleh Allah s.w.t. apatah lagi dengan manusia kerdil seperti saya.

Saya nak menyebut di sini, bukan saya yang menulis artikal itu. Maklumat dalam artikal itu sebenarnya berasal daripada email satu e-groups yang akhirnya dihantar kepada laman Tranung Kite oleh seorang penulis dengan nama pena Salmah A. (sila rujuk laman Tranung Kite)

Penafian saya bukan bermakna artikal tersebut mempunyai maklumat yang salah, tetapi saya nak beritahu perkara yang sebenarnya.

Sebelum Ahmad Lutfi balik ke kampung berubat, saya di antara orang yang awal mengetahui akan hasratnya. Saya juga menyebut kepada beliau bahawa saya akan menulis mengenai kepulangannya ke kampung untuk berubat. Beliau bersetuju, tetapi, sebelah malamnya beliau menalifon saya meminta saya rashiakan kepulangannya ke kampung untuk berubat atas dasar tak mahu 'pemuja roh' mengetahui di mana beliau berada. Saya akur.

Kemudian ada budak bodoh dalam laman Selangorkini dengan nama pane Badarsila membuat cerita kononnya ada beberapa orang sahabat ziarah Lutfi sakit, tak boleh bangun di rumahnya di KL. Saya tak boleh nafikan berita ini, sebab saya berjanji dengan Lutfi untuk rashiakan kepulangannya. Sedangkan ini perluang paling baik saya nak bagi KO kepada budak hingusan Khir Toyo yang selalu menabur fitnah dengan cerita-cerita dongeng.

Saya juga terkejut penyiaran artikal Salmah A. ini kerana setahu saya webmaster Tranung Kite juga dimaklumkan bahawa kepulangan Ahmad Lutfi berubat tidak perlu diumum sangat. (Mungkin Linux Pro tak mendapat maklumat daripada Tok Penghulu tentang hal ini - andaian saya)

Saya juga hairan bagaimana seorang penulis kolumnis boleh menulis satu artikal dalam akhbar Utusan Malaysia, memberi fokus kepada tulisan yang dikatakan tulisan saya sedangkan semua orang mengetahui itu bukan tulisan saya, hatta budak sekolah rendah pun tahu (ayat TepakBersulam).

Bertapa lemahnya cara berfikir atau memang beliau ini telah dirasuk satu pemikiran suka membuat andaian dan memutar belit fakta. Saya akan tunggu keluaran minggu hadapan apakah putar belit beliau untuk menjawab tentang kekeliruan yang tak sepatutnya dibuat. Apakah tulisan ini sekadar nak memburuk-buruk saya setelah mendapat 'upah' daripada geng Khir Toyo? Jangan sampai nanti orang akan labelkan kita dengan gelaran penulis penjilat yang mencari sesuap rezeki hasil daripada tulisan fitnah seperti penulis-penulis laman di laman Selangordaily.

Habis dahulu bahagian saya. Saya nak sentuh bahagian Ahmad Lutfi pula.

Saya cukup sedih, dengan gelagat Astora yang hanya berani menulis ketika Ahmad Lutfi sedang sakit yang dia tahu Ahmad Lutfi tak boleh menjawab tulisan beliau. Tidak seperti Fathi. Tunggulah komen Lufti bila dia baik daripada sakit nanti.

Kepada ketua editor Utusan Malaysia, tolong berhati-hati tulisan dalam akhbar saudara, walaupun tulisan daripada kolumnis. Utusan Malaysia dalam proses nak mengembalikan imej dengan memberi tumpuan kepada berita sebenar dan mengurang pengaruh politik jadi amalkan slogan yang anda bersama telah persetujui itu.






______________________
Terbitan : 25 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com