Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

KETUA PELAJAR PEREMPUAN ISKANDARIAH DIUGUT OLEH PEMIMPIN NADI (KELAB) UMNO

Semalam (10 Zulhijjah) umat Islam seluruh dunia sibuk menyambut hari raya haji dengan solat sunat raya, ibadah kurban dan pelbagai amal ibadat yang lain. Tetapi di Iskandariah, Mesir, lain pula halnya. Lima orang kuat Nadi (Kelab) Umno telah pergi ke pejabat Dewan Perwakilan Mahasiswa Iskandariah (DPMI) dan mengugut untuk memukul pengerusinya. Untuk pengetahuan, pengerusi DPMI adalah seorang pelajar perempuan kerana semua pelajar Universiti Al Azhar di sana yang berjumlah lebih kurang 800 orang adalah perempuan.

Orang kuat Kelab Umno itu dikenali sebagai Wahid atau Wahiduddin (Kedah) dan Azhar (Kelantan / Pengerusi Biro Agama Kelab Umno Mesir) serta tiga orang puteri Umno. Mereka dengan bangganya memperkenalkan diri bahawa mereka adalah daripada Kelab Umno. Ketua kumpulan samseng ini, Wahid, meminta supaya nama seorang ahli Umno (perempuan) dipotong daripada senarai yang akan menghadiri Ijtimak PMRAM kerana menurutnya dia kini sudah ahli Umno dan bukan lagi PMRAM.

PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) adalah persatuan induk mahasiswa Al Azhar sejak 72 tahun lalu. PMRAM sering dihentam oleh pimpinan kerajaan BN dan sering dikaitkan sebagai persatuan yang mengkaderkan aktivis PAS.

Pengerusi DPMI tidak dapat berbuat apa yang diminta kerana ia perlu dilakukan menerusi prosedur yang betul dan PMRAM bukanlah pertubuhan main-main, boleh potong ikut suka hati. Ia adalah sebuah pertubuhan yang besar, mewakili ribuan pelajar, bergabung di bawahnya berbagai-bagai pertubuhan dan persatuan pelajar serta berdaftar dengan kerajaan Mesir.

Jawapan pengerusi berkenaan menyebabkan Wahid marah dan memaki pengerusi berkenaan serta mengugut dengan katanya (lebih kurang): "Hang ni mujur perempuan. Kalau lelaki lama dah aku boh penampaq."

Ini bukan kali pertama Nadi Umno mengugut pengerusi DPMI. Bahkan pengerusi yang dahulupun diugut dengan kaedah yang hampir sama.

Dalam kekecohan itu, pimpinan DPMI sempat menghubungi Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) dan beberapa orang ahli UMI segera bergegas ke pejabat berkenaan. Malangnya sebaik sahaja mereka tiba, samseng2 berkenaan telah pergi. Kalau tidak...

Seorang ahli UMI berkata, "Jika hendak bergocoh, jangan bergocoh dengan perempuan."

Terjemahannya: "Kalau hendak berkelahi atau bergaduh atau mengugut, jangan ugut orang perempuan. Mentang-mentanglah pengerusi DPMI tu perempuan, kau berani ugut dia. Kalau berani datang jumpa kami, org2 lelaki macam kamu."

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa dan keselamatan sedang menyiasat dan tindakan segera akan diambil.






______________________
Terbitan : 16 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com