SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Islam bagaimana yang dikehendaki Dr.Mahathir?Oleh: Utuh Jeram Bagi kebanyakan daripada kita, pandangan dan tanggapan Dr.Mahathir terhadap agama Islam memang mengelirukan. Dr.Mahathir pernah membuat pengisytiharan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Akan tetapi, beliau tidak pernah menunjukkan bahawa beliau berminat untuk melaksanakan hukum syariah di negara ini. Jadi label yang diberi kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam itu mungkin akan tinggal sebagai 'kulit luar' yang tidak memberi sebarang makna. Apabila kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu hendak melaksanakan hukum hudud pula, Dr. Mahathir dan pemimpiin UMNO yang lain dengan cepat mengatakan apa yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan dan Terengganu itu ialah 'hukum hudud PAS'; bukan 'hukum hudud Islam'. Pandangan seperti ini memang anih dan mengelirukan. Bukankah hukum hudud itu satu sahaja. Mana ada hukum hudud PAS dan hukum hudud UMNO? Malangnya pandangan pemimpin UMNO yang mengelirukan tentang hukum hudud ini disokong pula oleh beberapa kerat ulama prokerajaan, yang kita memang tahu tugas utama mereka selama ini adalah 'mengesahkan' atau 'memberi legitimasi' kepada apa sahaja yang diucapkan atau dibuat oleh 'tuan-tuan' mereka. Baharu-baharu ini, mungkin sebagai nostalgia, Dr. Mahathir ada menyatakan bahawa pada zaman beliau bersekolah dahulu budak-budak lelaki berseluar pendek dan budak-budak perempuan memakai skirt. Pada masa dahulu memang betullah begitu. Pada masa itu kita kurang mengambil berat tentang sesetengah hukum Islam. Akan tetapi, sekarang adakah Dr.Mahathir mahu menyarankan supaya kita kembali ke zaman budak-budak sekolah berseluar pendek dan berskirt itu? Tidak lama dahulu Dr. Mahathir juga ada menyebut bahawa sekolah kebangsaan tidak menarik ibu bapa bukan Islam menghantar anak ke sekolah itu, kerana sekolah-sekolah itu terlalu bersifat Islam. Apa yang dikatakan oleh Dr.Mahathir bahawa sekolah-sekolah itu terlalu bersifat Islam pun sebenarnya masih kurang jelas. Mungkin juga kerana budak perempuan Islam sekarang semuanya telah memakai tudung dan budak lelaki pula tidak ada yang berseluar pendek, di samping sesetengah sekolah itu telah mempunyai surau dan sebagainya. Akan tetapi, sebagai pelajar yang beragama Islam dan perlu mematuhi hukum Islam, para pelajar perempuan memang wajar memakai tudung, dan pelajar lelaki pula berseluar panjang. Tak kan mereka hendak kembali ke zaman berseluar pendek dan mendedahkan aurat! Bagaimanapun, di sebalik pandangan dan tanggapan Dr. Mahathir yang mengelirukan itu, pada pendapat saya, pandangan dan tanggapan beliau memang berasaskan satu 'pendirian' tertentu yang jadi pegangan beliau selama ini. Apakah 'pendirian' beliau terhadap Islam? Jika saya boleh menduga, pada pendapat saya di satu pihak beliau melihat Islam itu adalah sebagai 'ibadat khsusus' bagi peringkat peribadi semata-mata. Maknanya Islam itu hanyalah sembahyang, puasa, bayar zakat, dan naik haji sahaja. Kalau sudah melaksanakan itu semua, sudah lengkaplah Islam kita. Bagaimanapun, dalam hal ibadat khusuus ini pun kadang-kadang pegangan Dr.Mahathir kelihatan agak 'longgar' juga. Buktinya ialah bila ada sesuatu perhimpunan atau persidangan atau mesyuarat 'penting', nampaknya sembahyang kadang-kadang ditangguhkan sehingga ke akhir waktu atau pun mungkin boleh terlepas waktu!. Di satu pihak lagi, sebagaimana yang ditegaskan oleh Dr. Hamid Othaman baharu-baharu ini, Islam yang jadi pegangan kerajaan (dan dengan itu pegangan Dr.Mahathir juga ) ialah apa yang diistilahkan oleh beliau sebagai'Islam hadari' atau 'Islam tamadun' iaitu Islam yang lebih mementingkan kemajuan di dunia ini, dan bukan Islam yang mementingkan hukum hakam. Sekiranya demikianlah Islam yang jadi pegangan Dr.Mahathir dan Islam yang dikehendaki oleh Dr.Mahathir, jelaslah Islam beliau sebenarnya bukanlah Islam yang lengkap dan menyeluruh. Islam yang dikehendaki oleh beliau nampaknya ialah Islam yang terbatas dan tidak lengkap, khasnya kerana tidak mahu melaksanakan hukum syariah. Dengan itu, Islam yang dikehendaki oleh Dr.Maharhir itu tentulah akan ditolak oleh orang-orang yang lebih faham tentang Islam, sama ada di Malaysia atau di mana-mana sahaja
Diterbitkan oleh : |