SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun KELANTAN GERHANA, TERENGGANU KITE, KEDAH SELEPAS INI?Rakyat telahpun disuapkan dengan cerita-cerita karut dan basi oleh RTM melalui siaran berita dengan slot KELANTAN GERHANA. Setelah melihat tiada kesan langsung ke atas rakyat Kelantan malahan menampakkan kebodohan Zainudin Maideen, maka slot tersebut dimatikan begitu saja. Kini, RTM mengalih perhatian dengan membawa `makanan basi' yang tak diusik langsung oleh rakyat Kelantan itu ke Terengganu pula. Maka, disiarkan slot TERENGGANU KITE. Kita tidak mahu menyatakan terus terang bahawa Zainudin Maideen ini sebenarnya bukanlah cerdik orangnya. Sebab itu, percayalah, beliau takkan dicalonkan bertanding dalam Pilihanraya Umum akan datang kerana pemimpin UMNO sendiri tahu Zainudin Maideen tidak layak jadi Wakil Rakyat mewakili UMNO bahkan sebagai Ketua Cawangan pun tidak layak samasekali. Ini disebabkan oleh percaturan politik beliau dan propaganda beliau bagi menghancurkan Parti Pembangkang semuanya gagal dan menampakkan kebodohan beliau. Pilihanraya Umum tidak berapa lama lagi, dan nampaknya setakat ini Kedah punyai harapan yang amat besar untuk ditawan oleh Parti Pembangkang. Sudah tentu Zainudin Maideen sekarang sedang sibuk menyiapkan slot KEDAH GERHANA pula apabila Kedah nanti ditawan oleh Parti Pembangkang. Sekarang ini, Kedah dilihat baik semua. Paling kita seronok lihat nanti apabila Selangor yang dikatakan negeri termaju di Malaysia sekarang akan dikatakan GERHANA juga apabila Selangor ditawan oleh Parti Pembangkang. Sama-samalah kita lihat selepas Pilihanraya nanti, insyaallah. Begitulah tahap kecerdikan manusia bernama Zainudin Maideen. Sebab itulah ramai pemimpin UMNO sendiri yang semakin muak dan benci dengan gelagat Zainudin Maideen kerana hasil tindakan bodoh beliaulah maka bertambah susah untuk UMNO mendampingi rakyat khususnya orang-orang Melayu. Kita akan tengok nanti sehebat manakah Zainudin Maideen mengampu Mahathir, apakah boleh menandingi kehebatan Datuk Ibrahim Al-Kataki yang kini telah dibalas jasa oleh Mahathir dengan melantik beliau sebagai Gurkha UMNO di Kelantan dan duduk di bawah ketiak Mustapha Muhamad. Gurkha Umno kini ada Presidennya iaitu Tengku Razaliegh, Ketua Pemudanya Ibrahim Al-Kataki, Ketua Wanitanya pula Dr Zahrah Sulaiman, dan nanti Zainuddin Maideen boleh jadi Setiausaha atau Ketua Penerangan Gurkha UMNO. Selamat Berjaya Zainuddin. ZULHAZMI NS
Diterbitkan oleh : |