Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Syabas kepada Saudara Tok Ayah, mantapkan lagi tekanan

Sudah lama saya tidak menulis, menghubungi rakan-rakan saya di Malaysia. Apa pun saya tetap bersama mereka, mengikuti perkembangan yang berlaku terutamanya laman yang telah menjadi darah daging saya setahun lebih yang lalu.

Akhir-akhir ini, Sdr Tok Ayah telah menjadi sasaran utama laman-laman pengendalian Dr Karim Mansor (Setpol Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo) yang diamanahkan kepada Khazai Abu Bakar (TepakBersulam). Sebelum ini, sayalah yang mereka serang.

Saya nak ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Sdr Tok Ayah kerana mampu berhadapan dengan empat orang penulis upahan Dr Khir Toyo dengan mantap.

Syabas sekali lagi apabila saudara berhadapan dengan seorang lagi penulis upahan gred A tak lain tak bukan ialah Astora Jabat. Berhati-hati dengan yang ini kerana yang ini adalah penulis yang mampu memutar belit Al Quran dan Hadis.

Atas nama sahabat dan orang yang pernah memberi didikan dan tunjuk ajar kepada saya semasa saya mengendalikan Tranung Kite, saya memohon kepada Allah s.w.t. supaya memberikan kekuatan kepada saudara melawan fitnah dan tidak mustahil saudara akan di serang segenap sudut apabila indentiti saudara dikenali mereka.

Ambillah contoh bagaimana mereka membuat kepada saudara Ahmad Lutfi. Adalah tidak mustahil mereka juga akan membuat kepada saudara. Mereka ini adalah jenis yang tidak mengenal dosa dan pahala.

Walaupun saudara bukan seorang penulis, saya juga mempunyai keyakinan kepada saudara untuk mengendalikan si Astora Jabat, kerana saudara pernah mengendalikan debat di alam siber di antara Ustaz Ali Muda dengan si Astora ini sekitar awal tahun 2000 sebelum saya mengambil alih laman Tranung Kite.

Salam kepada semua pengunjung laman Tranung Kite. Salam juga kepada Khazai yang tak jawab-jawab tulisan saya sampai hari ini dengan ucapan dah tak ada idea ke?

Abu Jihad,
Australia
7 Mac 2003
abujihad98@yahoo.com






______________________
Terbitan : 8 Mac 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com