Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Cadangan mengenai forum

Assalamualaikum,

Saya adalah merupakan antara pengunjung tranungkite yang mengikuti perkembangan tranungkite dari zaman free hosting sehinggalah sekarang.

Hari ini saya terdetik untuk masuk ke forum Isu Semasa
(http://disc.server.com/Indices/117576.html). Pada saya forum ini baik. Dan saya ingin mengemukakan dua pandangan yg mungkin boleh mempertingkatkan lagi mutu forum tersebut :

1. Penggunaan background (bgforum.gif) - saya dapati agak sukar membaca mesej-mesej berwarna hitam yang berlatarbelakangkan bgforum.gif. Ini kerana background tersebut mempunyai banyak elemen clutter yang bersaing dengan mesej yang hendak disampaikan.

Saya cadangkan supaya background ini dipertingkatkan kepada background yang lebih menampilkan contrast tulisan hitam mesej-mesej forum. Jika kita lihat laman-laman yang berorientasikan teks, majoritinya menggunakan background putih atau sekiranya ada elemen warna, warna tersebut adalah lembut.

2. saya perhatikan dalam satu muka forun tersebut, seorang bergelar "webMaster" menyebut : "BAGI PIHAK WEB, TIADA DAYA DAN KUASA NYA UNTUK MANAPIS DAN MEMBUANG SEGALA TULISAN NYA, KERANA WEB INI MENGUNAKAN ONLINE215545.9089NUYI.GDSH889,XJH8// JADI TERLALU PAYAH UNTUK DI DELETE,"
(rujuk http://disc.server.com/discussion.cgi?id=117576;article=5886;date_query=1044958825)

Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan forum yang menggunakan khidmat server.com, saya rasa pendapat di atas adalah kurang tepat. Ini ialah kerana orang yang mempunyai password untuk buat tugasan administration laman forum Isu Semasa ini mempunyai kuasa untuk menyunting atau membuang terus mesej yang dihantar oleh sesiapa sahaja.

Yang tidak boleh ialah menghalang orang dari menggunakan sesuatu nickname secara otomatik. Ini ialah satu daripada kelemahan forum yang dihoskan di server percuma seperti server.com.

Jika sdr inginkan forum yang lebih terkawal, forum itu perlu dihoskan di server berbayar. Terdapat program forum yang bagus yang boleh didapati percuma, antaranya ialah phpBB.

Wassalam

...aliff...

1. Forum phpBB yang saya kendalikan (http://bicaramuslim.com)

2. Forum Komputer Ketua Perusuh - saya biasa menulis di sini
(http://disc.server.com/Indices/52878.html)

3. Laman web "peribadi" (http://cenderai.tripod.com/pgp/)

................................
Atas cadangan ini, saya rasa saudara Linux Pro telah mengubah sebahagian lay out Forum tersebut. Insya Allah saya akan mengubahnya lagi jika ada kesempatan nanti. Pihak kami boleh membuang artikal dalam farum berkenaan, malah kami boleh blok IP pengunjung yang tidak disenangi, tetapi buat masa ini kami masih mengekalkan sifat keterbukaan kecuali yang melampaui batas. - Tok Penghulu






______________________
Terbitan : 19 Mac 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com