Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Alasan menteri tutup SAR tak logik langsung

UKM
5:25pm Wed Mar 19th, 2003

Mengikut laporan akbar, Kementerian Pendidikan mengambil langkah tegas terhadap sekolah agama rakyat (SAR) kerana ia merupakan ‘sarang pembiakan militan dan pengganas’. Menurut menteri tersebut, Tan Sri Musa Mohamed, 19 daripada 25 tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pada tahun 2001 terlibat dalam SAR sebagai pelajar ataupun pengajar.

Jika kenyataan di atas adalah benar, maka menteri pendidikan juga perlu mengambil langkah yang sama terhadap sekolah-sekolah kebangsaan. Menurut laporan AFP pada Februari 26, setakat ini terdapat lebih kurang 80 tahanan ISA termasuk 25 militan yang disebut di atas, yang didakwa oleh kerajaan terlibat dalam aktiviti-aktiviti militan atau keganasan dan hanya 19 atau hanya 7.5 peratus daripada mereka adalah hasil daripada SAR, maka lebih kurang 61 atau sejumlah besar 76 percent tahanan ISA yang berkenaan sudah tentunya datang daripada sekolah kebangsaan!

Ini berdasarkan kepada dua jenis sekolah yang terdapat di Malaysia iaitu sekolah kebangsaan dan SAR sahaja yang boleh dikatakan mengajar tahanan-tahanan ini.

Sudah tertentu, menteri pendidikan yang prihatin ini akan juga mengambil langkah untuk menutup sekolah-sekolah kebangsaan atau setidak-tidaknya mengambil langkah yang sama untuk menberhentikan bantuan per kapita kepada semua sekolah kebangsaaan kerana sekolah-sekolah kebangsaan ini akan menjadi sarang pembiakan penjenayah.

Satu lagi sebab mengapa SAR diberhentikan bantuan per kapitanya adalah kerana prestasi sekolah-sekolah ini dikatakan oleh menteri pendidikan sebagai tidak memuaskan. Jika ini dakwaannya, menteri pendidikan diminta untuk menerangkan mengapa sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil, yang sudah diketahui ramai bahawa prestasi sekolah ini adalah cukup lembab tetapi masih terus diberi bantuan per kapita. Bukan sahaja sekolah jenis kebangsaan Tamil sahaja yang perlu diberhentikan bantuan per kapita atas sebab yang sama dengan SAR tetapi juga kebanyakan sekolah kebangsaan di pendalaman atau di luar bandar yang mana prestasinya juga tidak baik perlu diambil tindakan yang sama.

Sebagai seorang akademik yang professional, menteri pendidikan disyorkan supaya mengumumkan data-data mengenai sekolah-sekolah kebangsaan yang mempunyai prestasi yang lemah supaya rakyat dapat menentukan sama ada tindakan kementerian beliau adalah berlandaskan keadilan sejagat ataupun tindakan samseng kerajaan BN.

Jika menteri pendidikan ini tidak dapat mengumumkan data-data ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap sekolah kebangsaan yang mana bekas muridnya juga terlibat dalam kes-kes militan, rogol, rompakan, bunuh-menbunuh dan lain-lain jenayah, maka si menteri ini diminta mengundur diri daripada memegang jawatan tersebut supaya nama baik bangsa Melayu tidak dimalukan oleh beliau.






______________________
Terbitan : 20 Mac 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com