SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun SUARA ANAK WATAN TERENGGANU
Semakin hari semakin banyak berita atau lebih tepat cerita yang dimainkan oleh media seperti TV dan akbar mengenai Terengganu. Seolah-olah tiada yang baik mengenai kerajaan Terengganu yang dipilih secara sah oleh rakyat Terengganu. Umno selalu bercakap pasal sistem demokrasi tapi yang nyata merekalah yang mencabul sistem tersebut. Rakyat diberi hak memilih kerajaan yang mereka inginkan tapi apabila pilihan telah dibuat rakyat ditindas dengan berbagai cara. Kerajaan yang dipilih dihina dengan pelbagai tohmahan seolah-olah kuasa yang diperolehi adalah secara rampas kuasa. Kalau soal pembangunan yang dijadikan pengukur maka amat bodoh sekali kerana ianya menunjukkan kelemahan orang yang terdahului iaitu regim Wan Mokhtar. Selama 25 tahun dengan hasil royalti yang melebihi 7 billion ringgit, apakah hasilnya. Sepatutnya Terengganu sudah ada lebuhraya percuma dari Cukai hingg ke sempadan Kelantan. Pelabuhan dagangan , lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Tapi cuba perhatikan yang ada hasil duit minyak hanyalah jambatan sultan mahmud. Itupun kalau betul dari duit minyak, entak-entah duit hutang dari kerajaan pusat. Kalau free oklah ini tak kena bayar tol, mula-mula sehala lepas tu pergi balik alasannya sebab banyak berlaku kemalangan atas jambatan maka kena bayar tol pergi balik supaya orang tak memandu laju. Lojikke alasan tu. Yang nyata dia dak buat kira-kira, kalau sehala dah boleh kutip juta-juta, bila pergi balik maka kutipan lagi banyak. Antara pembangunan lain yang tidak beri faedah kepada rakyat projek air terjun buatan di simpang empat sebelah rumah menteri besar, cogankata di lereng bukit “Allah peliharakanlah Terengganu. Lagun Kuala Ibai, dan beberapa lagi projek untuk sedapkan mata. Projek untuk kepentingan rakyat tidak diutamakan seperti jeti untuk nelayan di Marang, Kemaman, Besut, Dungun dan sebagainya. Sepatutnya jeti yang lebih besar dan selesa dibina sejajar dengan bilangan bot. Muka kuala yang cetek seperti Muara sungai Marang yang dibenteng hanya setelah banyak bot karam dan banyak nyawa terkorban. Cuba kerajaan pusat maklumkan kepada rakyat berapa banyak cukai yang dikutip setiap dari rakyat Terengganu dan Kelantan setiap tahun dari bayaran cukai pendapatan, lesen, duti stem, cukai jalan, cukai khidmat telefon, dan berbagai lagi bayaran yang kena dibayar kepada jabatan dibawah kerajaan pusat. Kalau marahkan rakyat negeri ini kerana memilih PAS sebagai kerajaan maka logiknya duit cukai tersebut hendaklah diberi kepada kerajaan negeri tersebut kerana itu kerajaan pilihan mereka. Ini tidak cukai sapu perutukkan wajib sekat lepas tu kutuk kerajaan PAS tak ada duit nak buat pembangunan macam mana. Tak ke bangang namanya tu. Sebagai anak jati Terengganu saya tahu setakat mana jasa Wan Mokhtar dan gengnya semasa perintah Terengganu. Kalau nak tahu jenguklah rumah bekas MB ni dan juga exconya judu. Bukan main mewah lagi. Datanglah melawat jangan terima dari TV dan akhbar. Cerdiklah sikit kita ni diberi akal oleh Allah jangan jadi lembu dicucuk hidung.
Diterbitkan oleh : |