Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kerajaan perlu lebih bertanggungjawab kendali isu alam sekitar

Baru-baru ini kita digemparkan dengan peristiwa jerubu yang kononnya semata-mata disebabkan oleh kebakaran hutan di negara jiran. Jerubu merupakan masalah yang seperti tiada penghujungnya.

Apa yang dipertikaikan dan menimbulkan persoalan ialah keikhlasan dan kesungguhan penuh tanggungjawab regim pemerintah dalam menangani masalah jerubu yang berlarutan ini.

Semenjak 1997 satu arahan telah dikeluarkan melarang pengkaji dari Institusi pengajian tinggi mahupun kementerian berkenaan dari mengeluarkan kenyataan media berkenaan hasil kajian mereka tentang kualiti udara negara. Regim pemerintah cuba menyembunyikan dengan mengunci media dari melaporkan mengenai jerubu. Maklumat mengenai indeks kualiti udara atau air pollitants index - API telah diharamkan dari pengetahuan umum sebagai bukti laman web rasmi kementerian berkenaan telah memadamkan maklumat statistik mengenai API.

Ini semua kononnya untuk memelihara kadar kemasukan pelancong ke dalam negara sedangkan pelancong asing tidak mudah tertipu dengan taktik bodoh regim pemerintah kerana mereka masih boleh merujuk laporan indeks kualiti udara negara jiran yang lebih ikhlas dan prihatin terhadap kesan jerubu terhadap rakyat mereka. Kita seolah seperti dijajah kerana rejim pemerintah sanggup meletakkan rakyat dalam bahaya semata-mata demi menjaga hati orang asing.

Dengan merahsiakan API seluruh rakyat diletakkan dalam bahaya. Sepatutnya kerajaan memberi tahu maklumat sebenar keadaan kualiti udara negara dan bertanggungjawab untuk memaklumkan persiapan menghadapi krisis ini. Semua ini agar tidak ada lagi rakyat yang berjogging di tasik Titiwangsa pagi dan petang kerana menjaga kesihatan tetapi sebenarnya sedang membunuh diri ataupun tentunya ibu bapa tidak mahu melihat sekumpulan anak-anak dikumpulkan diwaktu pagi di padang sekolah sambil membunuh diri dengan diarahkan oleh guru menarik udara segar yang kotor terus kedalam rongga paru-paru mereka. sesungguhnya tindakan regim pemerintah amat zalim.

Kita tidak menafikan kuasa tuhan atau faktor luar kawal kita sebagai penyebab jerubu. tetapi regim pemerintah seharusnya tidak menjadikan alasan tersebut sebagai afidavit penuh menyelamatkan diri. Faktor pembangunan yang tidak terancang juga menjadi faktor jerubu.

Ribuan undang-undang boleh digubal sebagai retorik kononnya untuk menyelamatkan kualiti alam sekitar khususnya udara. tetapi menjadi persoalan bagaimana dengan penguatkuasaannya. Adakah penguatkuasa terbabit mampu mengatakan bahawa tidak dapat mengesan begitu banyak kilang pinggir KL yang mengeluarkan asap melebihi had atau kenderaan perdagangan yang menggila mengeluarkan asap....sedangkan seluruh pemandu di kl boleh mengesannya. Adakah penguatkuasa ingin menafikan berapa banyak pihak berkuasa tempatan yang masih melakukan pembakaran terbuka sebagai cara mudah melupuskan sampah ? ...... kita mensyaki terdapat aktiviti tumbuk rusuk untuk melindungi semua itu. Berita membohongi rakyat dengan menyatakan kualiti udara terkawal tetapi bagaimana ingin menjelaskan dengan beberapa penerbangan yang tertunda khususnya ke Malaysia Timur kerana juruterbang tidak dapat melihat dengan jelas landasan.?

Pembangunan yang tidak terancang gagal memastikan kehadiran pohon-pohon hijau yang secukupnya juga menjadi punca kerana Pokok memainkan peranan sebagai perangkap habuk semula jadi untuk memastikan udara kekal bersih.

maklumkan rakyat semua masalah negara maka rakyat boleh bersatu menghadapinya....jika pemerintah merahsiakan sesuatu untuk melindungi kepentingan sesetengah pihak rakyat akan muak.

cikgu badrul
b_lack14@hotmail.com






______________________
Terbitan : 3 Mac 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com