SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Cerita Allah menempelak hamba-hambanyaKadang-kadang apabila Allah SWT menempelak atau memberi peringatan kepada hambanya terdapat yang begitu sesat sehingga tidak sedar bahawa Allah SWT sedang menempelak atau memberi peringatan kepadanya. Biasanya musibah seperti sakit pening, jatuh miskin, bencana dan pelbagai bala lagi yang menimpa seorang hamba Allah atau sekumpulan hamba Allah sepatutnya membuat mereka berfikir tentang tindakan-tindakan mereka di atas muka bumi ini. Pada 16 Feb lepas polis Ampang telah mengepung majlis makan malam PAS di Taman Dagang Jaya. Ratusan anggota polis termasuk LSF ( Pasukan Penggempur Ringan / Light Strike Force ) telah dikerahkan untuk mengawal satu majlis makan malam yang berjalan dengan aman. Dengan angkuh mereka enggan memberi penjelasan apabila ditanya oleh pemimpin-pemimpin PAS. Mereka yang hadir merungut kerana polis Ampang dikerahkan seolah-olah untuk menangkap sekumpulan penjenayah yang merbahaya. Tak taulah kumpulan penjenayah mana yang dimaksudkan oleh mereka, mungkin geng Mamak atau geng M16. Nampaknya masin juga mulut mereka yang membuat komentar itu. Dengan takdir Allah, pada 10 Mac memang benar kumpulan penjenayah yang merbahaya telah turun ke Ampang. Geng M16 telah membuat rompakan di dua buah kedai emas di Pekan Ampang. Tapi mana dia roadblock dan mana dia LSF? Tidak kelihatan! Kenapa tak kepung geng M16 macam kepung majlis PAS? Kenapa tidak dapat maklumat awal tentang rompakan tersebut? Kalau SB-SB boleh dikerahkan untuk menakut-nakutkan Ketua Cawangan PAS, menyusup ke dalam AJK Masjid dan AJK PAS Cawangan maka macam mana dengan kumpulan-kumpulan penjenayah? Dan yang paling memalukan rompakan berlaku lebih-kurang 80 meter dari Balai Polis Trafik Ampang! Itulah Allah SWT telah memberikan peringatan dan menempelak polis Ampang, kalau tak faham juga tak tahulah apa nak jadi! BEN KWALEIGH
Diterbitkan oleh : |