SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ayuh semarakkan BLACK 14Buat semua aktivis Gerakan Reformasi dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Ayuh semarakkan BLACK 14 14 April bakal menjelang tiba. 14 April tahun ini mungkin berbeza dengan tahun-tahun lepas. Khabar Anwar Ibrahim bebas telah mengubah suasana. Namun itu semua mungkin satu igauan kosong jika rakyat terbanyak hanya memeluk tubuh mengira tarikh menjelang 14 April. Sedangkan satu konspirasi jahat kedua sedang dirancang untuk mengelakkan dari Anwar keluar bersama rakyat sesungguhnya Mahathir tidak mampu menghadapi Anwar diluar penjara walaupun sehari. Semangat 14 April sebagai Black14 – Hari Memperingati Kezaliman Mahathir perlu di tekankan. Rakyat perlu diperingatkan dengan siri kezaliman Mahathir seperti pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Memali. Penindasan dan rompakan wang rakyat dan banyak lagi kezaliman yang tidak henti-henti dilakukan sehingga kini. Untuk itu saya menyeru semua menyemarakkan perjuangan ke arah memperkasa kuasa rakyat. Kibarkan bendera(dikereta , rumah atau mana saja), gantung banner, tampal stiker, cetak maklumat dari laman-laman web dan edarkan kepada teman-teman terutamanya semasa solat Jumaat. Maklumat dan kempen kesedaran perlu diperhebatkan. Tidak kira apa fahaman parti kita. Anjurkan ceramah kelompok sebanyak mungkin dan sebagainya. Kami aktivis reformasi juga sedang mempersiapkan perbagai bahan kempen seperti banner, bendera, stiker, lencana, head band, risalah, handbill dan seumpamanya demi mempertingkatkan semangat kesedaran rakyat. Namun oleh keranan kewangan yang begitu terhad saya merayu untuk semua yang prihatin sama membantu. Kami amat memerlukan dengan segera sumbangan dalam bentuk kertas A4, kain putih (untuk buat banner), dye (perbagai warna), kayu penyapu (untuk pemegang bendera), bendera parti BA atau apa sahaja sumbangan yang dilihat boleh membantu kempen kita. Semua sumbangan boleh disalurkan dengan menghantar sumbangan barangan tersebut ke Pejabat Keadilan Gombak, Desaview, Hulu Kelang. (Pej. Khidmat DUN Hulu Kelang, YB Azmin). Sebarang pertanyaan sila sms kepada 0192671314, 0126544762. Semoga 14 April sebagai hari memperingati kezaliman mahathir dan usaha pembebasan Anwar Ibrahim dapat diperhebatkan. Akhirnya kesedaran rakyat yang dipertingkat dapat memperkasakan suara rakyat menjelang pilihanraya akan datang. Suara Rakyat, Suara Keramat. Bebaskan rakyat dari kezaliman Mahathir, Umno dan Barisan Nasional. http://www.balck14.net
Diterbitkan oleh : |