SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PILIHANRAYA KE 11, BAGAIMANA PERSIAPAN KITA ? BHG.KE 3Assamulaikum wr wr, saudara-saudara sekelian! Dalam bahagian pertama tulisan saya yang disiarkan diruangan ini pada 5.3.2003, saya ada menyebut 3 strategi utama yang dilaksanakan oleh UMNO/BN untuk mengekalkan kuasa, iaitu pertama 'menjual ideologi' kepada rakyat secara paksa melalui menguasai seluruh media massa baik eletronik mahupun media cetak mengasak fikiran rakyat bahawa tiada ada parti lain lebih baik dari UMNO/BN untuk rakyat dan negara ini. Pada masa yang sama, semua penerbitan berbentuk menyokong pembangkang terutama PAS dan BA disekat dan dikurangkan terbitannya. Semua bentuk penerangan kepada rakyat seperti ceramah-ceramah dan perhimpunaan di tempat awam [di premis sendiri kadang-kadang itu terpaksa bertempur dengan polis] diharamkan terus, tetapi UMNO/BN terus berkempen dengan mengunakan pelbagai saluran di atas. Kedua, saya ada menyebut dalam tulisan itu bahawa UMNO/BN untuk mengekalkan kuasa telah mengunakan sepenuhnya kuasa yang ada di tangan dan menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Sebagai contoh yang jelas pada pilihanraya kecil parliman Pendang dan Anak Bukit yang diadakan pada 17 Julai 2002. Seluruh jentera kerajaan telah digunakan untuk berkempen bagi pihak UMNO. Begitu juga dengan pilihanraya kecil di Indera Kayangan, Perlis penuh dengan keganasan yang dilakukan oleh UMNO/BN sehingga seorang pemuda Keadilan dan seorang pegawai polis cedera parah akibat ditumbuk dan ditentang oleh penyokong-penyokong UMNO/BN malah mereka bertindak lebih ganas dengan mengepong kumpulan sauadara Mahfoz [ Ketua Pemuda PAS] dan Ketua Pemuda PAS Perlis saudara Zulkarnain yang juga seorang ADUN di Perlis tidak membenarkan mereka masuk ke sebuah kampung untuk berkempen. 10 laporan polis telah dibuat, tetapi tidak satu pun diambil tindakan. Cuba bayangkan perkara seumpama itu dilakukan oleh PAS dan BA, apa akan Ketiga, saya ada menyebut bahawa UMNO/BN mengunakan saluran Undang-undang dan mahkamah untuk mengekalkan kuasanya. Sebagai contoh lagi, berita yang terbaharu mengenai kes Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pihak penjara Sungai Buluh telah mengeluarkan waran untuk membebaskan DSAI pada 14.4.2003 pada pukul 12.00 tengah hari.UMNO telah mengunakan undang-undang dan kuasa yang ada padanya untuk mempercepatkan Mesyuarat Raja-raja kali ke 196 pada 11 - 12.3.2003 bertujuan untuk melantik 3 orang Hakim di Mahkamah Persekutuan [kerana semua hakim-hakim yang ada telahpun mendengar kes DSAI, kecuali Hakim Normah Yaakob dan Hakim Abdul Malik Ahmad] untukmencukupkan korum bagi mendengar kes DSAI menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10.7.2002 yang dijadualkan pada 18.3.2003 ini [ bagi kes pertama] dan pada 24.3.2003 mendengar rayuan kes kedua DSAI di Mahkamah Rayuan. Keputusan rayuan ini akan diputuskan pada 31.3.2003.Kes ini begitu pantas berjalan dan kita semua sebagai yang rakyat Malaysia yang prihatin sudah dapa Pada bahagian kedua tulisan saya yang disiarkan pada 6.3.2003, saya telah telah menjelaskan keputusan pilihanraya tahun 1999 dalam bentuk statistik dan peratusan untuk mengambarkan betapa lemahnya UMNO di kaca mata orang-orang Melayu ketika itu dan sebaliknya PAS menjadi parti alternatif kepada orang-orang Melayu dan mendapat sokongan yang meluas dari rakyat. Apakah trend itu akan berterusan pada pilihanraya ke 11 nanti? Melalui bahagian ke tiga ini, saya akan mengemukakan pendapat dan cadangan yang boleh dilakukan untuk terus mendapat sokongan dari rakyat, walaupun pelbagai tekanan dikenakan. Pertama, peranan Pusat Penyelidikan PAS Pusat [PPPP] yang diketuai oleh saudara Dr.Zulkifli Ahmad perlu ditingkatkan.Ini bukanlah bermakna saudara Dr.Zulkifli tidak buat kerja.PPPP ini banyak membuat penyelidikan dan membentuk dasar yang telah dan sedang dilaksanakan oleh PAS sekarang ini. Saya melihat dari sudut kekurangan bahan-bahan untuk di ketengahkan kepada masyarakat. Sebagai contoh, debat SAR di antara Saudara Salahuddin Ayob dengan Dato' Nazri Aziz.Saya lihat tidak ada peranan yang dilakukan oleh PPPP. Sepatutnya Salahuddin perlu dibekalkan dengan clip video, slide atau mengunakan LCD power point dalam menyampaikan hujah-hujahnya. Ini lebih menyakinkan. Bukan senang untuk mendapatkan peluang seperti ini. Oleh itu, saya mencadangkan PPPP ini menubuhkan sebuah Unit Dokumentasi. Peranan unit ini ialah mengumpulkan semua maklumat dalam bentuk berita dan gambar. Maklumat ini hendaklah diambil dari pelbagai sumber yang menyentuh isu-isu semasa, parti,penyelewengan dan menyalahguna kuasa, rasuah dan berita-berita antarabangsa yang ada kaitan dengan parti PAS/BA. Maklumat-maklumat ini hendaklah disalurkan kepada Badan Perhubungan Negeri dan disebarkan ke kawasan dan cawangan. Bahan-bahan ini boleh dijadikan bahan ceramah,tazkirah,majlis penerangan dan sebagainya. Unit ini akan bertindak sebagai agen pembekal maklumat dalam kempen pilihanraya nanti. Sekian dulu buat kali ini.Saya akan mencadangkan beberapa perkara lagi pada bahagian ke empat [bahagian terakhir] bagi mengukuhkan lagi sokongan rakyat pada kita. Terima kasih.WASSALAM.
Diterbitkan oleh : |