Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Media.. Apakah telah hilang etika keislaman

Assalamualaikum,

Saya terasa terpanggil untuk memberi ulasan kepada beberapa tayangan iklan dan segmen di dalam media utama di negara kita pada hari ini. Terasa dipanggil untuk berkongsi pendapat sesama ahli adakah hilangnya sensitiviti kita sebagai umat islam bersama pesatnya perkembangan material.

Perang di Iraq - Bilakah Detiknya

Terasa bagai diguris-guris hati ini bila stesen tv3 dengan bangganya berulang2 mengwar-warkan bahawa mereka akan menyampaikan maklumat dengan pantas setiap satu jam sekali apabila bermulanya peperangan Amerika-Iraq. Dan yang paling menghiris-hiris hati saya setiap kali suara penyampai berita yang memang dikenali ramai mengemukakan soalan "Perang Amerika-Iraq,bilakah detiknya". Apakah sudah hilangnya perasaan belas ihsan sesama islam dan saudara kita di Iraq. Segmen ini di ulang-ulang hampir sebulan yang lalu. Saya merasakan sepatutnya iklan ini lebih sensitif terhadap nasib saudara-saudara kita dan sepatutnya bersama-sama berdoa setakat yang mampu kepada Allah taala supaya peperangan ini dapat dihindari dan saudara2 kita tidak menjadi habuan yahudi dan musuh Islam laknatullah. Saya merasakan seolah-olah mereka mendoakan semoga perang segera bermula supaya mereka dapat membuktikan kecekapan dan ketangkasan mereka menyampaikan berita mutakhir? Apakah benar ?

Semarakkan Asmara

Betapa saya tidak menyangka, iklan yang enghairahkan dan tidak bermoral ini dapat disiarkan dan diluluskan untuk tayangan perdana. Apakah berbaloi kita mendedahkan anak2 kita dengan moral seperti ini hanya kerana sebatang aiskrim. Tidak ada alternatif lainkah untuk melariskan dan mempromosikan jualan sehingga terpaksa memasukkan adegan tidak senonoh di atas katil, berciuman, bergaul bebas dan merangsang nafsu. Oh malaysiaku.

Matlamat menghalalkan cara

Carlsberg menjadi pelengkap sukan negara Pelbagai acara sukan dianjurkan di negara kita. Bola Sepak, Badminton,F1, golf, perahu layar,bowling dan sebagainya dianjurkan setiap tahun. Dan setiap acara-acara sukan ini dianjurkan oleh penaja2 atau badan2 tertentu. Namun tahun milenium ini menjadi sejarah kerana buat julung2 kalinya media kita dengan megahnya menayangkan liputan golf di The Mines yang di taja oleh Carlsberg. Secara terang-terang tanpa segan silu media kita menayangkan iklan mengenai acara ini di televisyen dan surat khabar. Ke mana hilangnya sensitiviti kita orang islam sehingga membenarkan arak dipromosikan semata-mata kerana sukan. Tepuk dada tanyalah iman.

Tidak merokok ?

mmm.. tidak merokok. bagus motonya. Tetapi betapa musykilnya hati saya kerana remaja dilarang merokok tetapi dalam masa yang sama di galakkan berpeleseran, bergaul bebas dan berhibur melalui konsert. Apakah agenda di sebalik iklan ini ? Apakah pihak yang menyiapkannya tidak memikirkan akhlak dan etika islam ? Apakah kita ingin anak2 kita berkelakuan seperti di dalam iklan ini. Tidak merokok tetapi bebas. Oh selamatkan anak-anak bangsaku.

-Orang Ganu Juruh-






______________________
Terbitan : 19 Mac 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com