SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Pendatang tanpa izin anggotai pasukan tenteraRoy Rasul KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Wakil kerajaan, Dato' Seri Joseph Pairin Ketingan (BN - Keningau) mendakwa Pendatang Tanpa Izin (PTI) khususnya di Sabah dapat menganggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Semasa mengusulkan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini, beliau berkata selain memasuki ATM, PTI juga menjadi pengundi dalam pilihan raya dan memiliki 'Mykad'. "Memandangkan masih ramai lagi PTI di Sabah dan sebagaimana diketahui kerajaan, PTI mendaftar sebagai pemilih dalam pilihanraya umum dan mereka juga memasuki pasukan ketenteraan dan Mykad, apakah operasi bersepadu akan diteruskan," soalnya. Bagaimanapun ketika memberi reaksi terhadap soalan beliau itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Zainal Abidin Zain menafikan dakwaan tersebut.
Diterbitkan oleh : |