SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Speaker tegur Setiausaha ParlimenKUALA LUMPUR, 12 Mac (Hrkh)- Speaker Dewan Rakyat, Tun Mohd Zahir Ismail, hari ini menegur Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, S. Sothinathan, kerana mendakwa Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Kuala Terengganu) berniat jahat ketika mengemukakan soalan tambahan berhubung kementerian terbabit. Perbuatan Setiausaha Parlimen tersebut menimbulkan kekecohan dan bantahan ramai wakil pembangkang kerana beliau tidak menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Syed Azman, sebaliknya membuat dakwaan melulu mengenainya. Sebelum itu Syed Azman mengemukakan soalan mengenai mutu perkhidmatan wad di hospital-hospital kerajaan yang masih ditahap tidak memuaskan. Wakil PAS itu mengemukakan beberapa fakta mengenai kedaifan wad bersalin yang menyukarkan ibu-ibu, terutama yang beragama Islam, untuk menyusukan bayi mereka. Katanya, beliau sendiri berkesempatan melawat ke beberapa buah hospital kerajaan yang mempunyai mutu perkhidmatan yang sangat rendah berbanding tahap kemajuan sistem perubatan negara yang agak baik. Bagaimanapun Sothinathan tetap mendakwa Syed Azman berniat jahat dan tidak mempunyai bukti atas soalan yang dibangkitkan. Syed Azman bangkit membantah kenyataan beliau sehingga memaksa Tun Zahir menegur Sothinathan dan menghentikan 'pertikaman lidah' tersebut. Beliau berkata jika itulah persepsi pihak kerajaan terhadap wakil pembangkang, maka semua daripada mereka akan dianggap berniat jahat. Speaker bagaimanapun mengesahkan wakil PAS itu tidak berniat jahat seperti yang dituduh Sothinathan.
Diterbitkan oleh : |