Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Mereka terus berpesta selepas di Bukit Jalil

Hanya sebulan yang lalu, 200,000 (?) rakyat Malaysia bersama para pemimpin mereka berhimpun dan berpesta di Bulkit Jalil. Mereka bersorak gempita berjogek gembira demi untuk keamanan dunia. Walhal orang yang mereka perjuangkan menderita segala kegelisahan dan ketakutan.

Kini telah tiba masa untuk rakyat Malaysia yang perihatin tersebut untuk menerima berita bahawa hasil sorakan “we want peace” mereka itu langsung tidak diendah oleh Bush dan rangkaian Dajjalnya.

Iraq dibedil dan tetap diserang. Kata putus diberi walaupun tanpa kelulusan Majlis Keselamatan PBB. Orang-orang yang mereka perjuangkan tetap dideritai akibat serangan pakatan Dajjal itu.

Apakah yang dilakukan mereka dalam menunggu berita atau setelah menerima berita yang gusar didengar dan sedih diterima ini?

Rakyat perihatin Malaysia ini berpesta lagi. Mereka terus berpesta.

Bulan lepas mereka berpesta mengingati rakyat Iraq. Kini bila rakyat Iraq diserang mereka yang sama ini berpesta lupa sudah rakyat Iraq.

Entah ke mana pergi yang berdoa dan ke mana pergi pimpinan yang berdegar-degar ucapan mereka?

Mereka semua kini telah lupa laungan “we want peace” kerana ghairah dengan kegamatan deruan enjin F1 yang bakal diadakan di Sepang. Dan sempena pesta 3 hari berturut di SIC mereka berpesta pula setiap malam di segala cerok bandaraya. Di Jalan P. Ramlee, Jalan Telawi (Bangsar), Bintang Walk dan pelbagai lagi.

Tidak cukup dengan pesta maksiat di merata pub hingga larut malam itu, pelbagai pihak turut ghairah menganjur bermacam pesta dengan para pimpinan di atas pentas di Bukit Jalil kini turut merasmi majlis-majlis itu. Satu peraduan ratu turut dirasmikan oleh Sharizat sendiri. Menteri Hal Ehwal Wanita ini telah memperaga tubuh badan mereka secara murahan. Bagaimana Sharizat hendak menanamkan nilai-nilai murni untuk anak muda lain terutama anak-anak gadis.

Malah selepas pesta F1, mereka ingin membawa pesta di Bukit Jalil ke Dataran Merdeka pula (secara kebetulan atau memang dirancang ianya akan diadakan pada hari yang sama rayuan kes DSAI). Yang anehnya, Polis pada hari ini telah mengeluar kenyataan akan mengharamkan segala bentuk perhimpunan untuk membantah perang tetapi yang ini di bolehkan pula.

Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia yang perihatin dengan penderitaan nasib rakyat Iraq tetapi makin rancak berpesta bila mereka semakin derita.

Sekian.
Ibrahim Baba
20 Mac 2003






______________________
Terbitan : 21 Mac 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com