Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kezaliman Bush bukan selimut menutupi kezaliman Mahathir.

Tiada apa yang luarbiasa apabila Diktator Tua didalam percutian,membentangkan usul di Dewan Rakyat menentang dan mengutuk kekejaman serta keangkuhan Bush bersama sekutunya menyerang Iraq sesuka hati mereka.

Diktator Tua itu bukanlah pemimpin yang pertama berbuat begitu,kerana dia sememangnya sudah amat terkenal dengan sikap opurtunis didalam mengeksploitasi sesuatu isu demi kepentingan dirinya sahaja.

Lihat sahaja,ketika dunia sibuk untuk menta`rifkan pengertian keganasan pasca peristiwa September 11 2001,maka dia tidak ragu-ragu menyokong penuh takrifan keganasan versi Bush. Sehinggakan tanpa ragu ,dia rela sehati sejiwa dengan takrifan Bush bahawa pejuang Intifadah Palestin yang melibatkan Pengebom Berani Mati sebagai pengganas sama tarafnya dengan Pengganas Tamil Elam dan Pengganas Serbia.

Meskipun kebanyakan ulama muktabar tatkala itu memfatwakan Pejuang Intifadah (pengebom Berani Mati) sebagai Syahid,dan disokong pula oleh ramai pemimpin gerakan Islam serta pemimpin negara Muslim yang lain,Mahathir tetap menafikan semata-mata untuk meletakkan dirinya agar dilihat sebagai pemimpin Islam yang memenuhi citarasa Bush.

Dengan sikap sedemikian, Diktator Tua itu berharap agar Bush sudi menghulurkan bantuan untuk memulihkan ekonomi Malaysia dan terlebih penting kezaliman yang dilakukan terhadap bekas Timbalannya DS Anwar Ibrahim jangan diungkit-ungkit.

Hajat Mahathir tidak kesampaian.Kunjungannya ke USA tatkala itu dilihat sekadar meletakkan dirinya sebagai barua kelas 3 kepada Bush selepas Parvez Musharraf,Presiden Pakistan.

Episod tersebut hanyalah sebagai salah satu contoh betapa sikap oportunis dan hipokrit PM tua itu.Dia sebenarnya hanya konsisten dengan keoportunisan dan kehipokiritannya sahaja. Kebenaran baginya adalah kesalahan sekiranya menggugat kedudukannya,begitu jua sebaliknya.

Jangan sesekali kita,khususnya para pendokong kebenaran dan keadilan terperangkap dengan kelincahan Diktator Tua itu bersandiwara.Memadailah badut-badut Umno sahaja yang terpukau dengan linangan airmata buayanya,kita usah sesekali terpedaya.

Penzalim agung seperti Mahathir,sebenarnya tidak layak untuk mengutuk dan menyanggah kezaliman orang lain. Tindakannya beria-ia mengutuk kezaliman Bush tidak lebih dari gelagat sipemabuk memaki hamun pemabuk yang lain.

Black 14 adalah simbol kepada kemuncak kerakusan dan kezaliman Mahathir terhadap Islam,bangsa dan negara. Penganiayaan terhadap Anwar melalui suatu konspirasi paling keji adalah sebahagian dari kekejaman Mahathir yang terus segar dihati rakyat.

Bush dikutuk kerana keangkuhannya tidak mempeduli dan menghormati suara terbanyak warga dunia yang disalurkan sama ada melalui PBB,Nam,OIC,Liga Arab dan EU agar tidak meneruskan niat jahatnya menyerang Iraq.Kutuk dan sanggahlah seberapa banyak yang dunia mahu Bush tetap dengan kejahatannya.Kerana sepertimana Firaun,Bush menganggap dirinya sahajalah yang paling berkuasa dari kalangan kesemua umat manusia.

Apa bezanya dengan Diktator Tua ? Demi mempertahankan ego kefiraunnnya itu,dia bukan setakat tidak menghormati kemanusiaan,keagamaan,kesusilaan,institusi kenegaraan malahan meletakkan kesemuanya dibawah telapak kakinya sahaja.

Apakah tidak cukup lagi bukti kezaliman Mahathir,sehingga kita terbawa-bawa dengan sintimen yang cuba ditiupkannya bagi memesongkan minda dan semangat kita buat seketika terhadap perjuangan bagi mempastikan DS Anwar Ibrahim mendapat keadilan yang wajar pada 14 April nanti.

Sesungguhnya Diktator Tua dan Umno BN disaat ini sedang bergelut dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang amat mencemaskan mereka.Perebutan kuasa didalam Umno menjelang persaraan Mahathir Oktober nanti,adalah sesuatu yang hampir pasti tidak dapat dielakkan kerana kewibawaan Dolah Badawi sebagai bakal pengganti amat diragui.

Pertarungan kongsi gelap didalam MCA,tidak mungkin terlerai diwaktu yang terdekat.Sementara isu pemberhentian bantuan perkapita kearah penutupan Sekolah Agama Rakyat terus menjadi isu utama untuk mengikis saki baki sokongan orang Melayu terhadap Umno.

Kesimpulannya,jika dilihat dari yang tersurat memang wujud persamaan sikap didalam menghadapi isu kekejaman ketua pengganas dunia Bush serta sekutunya terhadap Iraq Kita selaku warga Malaysia seia sekata dengan warga dunia terbanyak mengutuk keganasan Bush dan mendesak agar kekejaman itu segera dihentikan .

Kita amat berharap agar pernyataan sikap itu tidak terhenti setakat kutukan dan kecaman sahaja,tindakan lebih agresif perlu difikirkan bersama untuk menyelamatkan kemanusiaan sejagat.

Walaupun begitu kita tetap menegaskan bahawa kita sentiasa konsisten memperjuangkan keadilan dan kebenaran.Tidak seperti Mahathir Umno BN yang hanya meneriakkan keadilan,keamanan,anti-perang dan berbagai-bagai istilah muluk apabila terdesak atau ketika kebanyakan manusia berbuat begitu.Bagi kita meskipun berseorangan iltizam kita terhadap keadilan dan kebenaran tidak pernah berganjak.

Jika PM Tua serta juru ampunya tidak mahu terus dilabelkan sebagai hipokrit dan pelawak-pelawak murahan,maka tiada sebab mengapa Anwar tidak dikembalikan semula kepangkuan rakyat pada 14 April nanti. Jika tidak ! semua pihak harus bersedia melangkah lebih jauh untuk memerangi habis-habisan kezaliman Diktator Tua yang sedang berkira-kira untuk terus berkuasa sampai mati !

Samada perang jalanraya atau perang pilihanraya hanya masa dan rakyat sahaja yang akan menentukannya !

Inderaloka.






______________________
Terbitan : 29 Mac 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com