SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun AMAERIKA SERANG IRAQ
Kolumnis Borneo Mail-Sabah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh/salam bahagia AMAERIKA SERANG IRAQ IRAQ sudahpun diserang. Penyerangnya ialah bajigan Amerika yang berhati setan. Tuhan pasti menghukumnya. Dia Dajjal yang tak berperikemanusiaan itu. Binatang!. Binatang telah menguasai pusat TV Iraq. Konco-konconya telah merampok. Membinasakan dan membunuh orang Islam di Iraq. Itu kenyataannya. Iya, perangitu neraka. Perang itu gaduh. Gaduh itu setan. Perang itu api. Perang itu bangsat. Perang itu kebinatangan kata Leonardo Da Vinci. Perang itu ilmu memusnahbinasakan. Perang itu penghancuran katanya John J.C. Abbot. Perang itu mala petaka tambah Martin Luther dan Alidin bilang perang itu perbuatan orang gila alias tak siuman atau “rosak otaknya”. Gagal dibunuhnya Osama yang bakal lahir berjuta Osama, dicarinya pula Saddam dan tanpa diketahuinya berjuta Saddam akan wujud dan mengganggu tidur malamnya yang selama ini tenang. Begitulah hakikatnya bahawa keganasan tidak akan hapus dengan cara keganasan, tetapi keganasan akan berkurangan dengan cara mencari punca kenapa mereka mengganas dan berusaha menyelesaikan masalah pengganas. Iya, perang itu memangnya setan . Setan ada di mana-mana. Perang itu sengketa. Perang itu kemusnahan. Perang itu perang. Perang itu kebodohan. Perang itu ketololan. Perang itu anjing. Maaf, bukan anjing tetapi anjing gila yang menyusahkan orang. Nah, makanya Pythagoras kata jangan sekali-kali memulai peperangan. Kapan dimulai perang, semua orang akan susah. Iraq akan menderita, malah Amerika sendiri juga akan menerima kesannya termasuk Sepanyol, rakyat Blair dan Australia yang sombong, takbur dan angkuh. Setan! Darus Saadah yang jayakan KONSERT HIJRAH juga tak suka perang Perang sudahpun terjadi. Maksudnya Amerika sudah memerangi Iraq. Apa kesudahannya?Siapa yang yang bakal menang dan siapa pula yang bakal kalah alias susah? Tak ada yang menang dan tak ada yang kalah. Yang menang jadi arang dan yang kalah pasti jadi abu dan akhirnya sengketa pula bakal terus menjadi. Pengganas semakin mengganas. Akan ada perbuatan balas dendam. Huruhara akan terus berlanjutan. Tiada siapayang untung dan tiada siapa yang rugi. Semuanya untung dan semuanya rugi alias sama-sama rugi atau tidak mungkin untung. Itulah kenyataannya. Itulah hakikatnya. Jadi, untuk apa berperang, kalau jelas perang itu kerja setan atau kerja binatang gila? George Petton pernah berkata bahawa hanya ada tiga perkara untuk memenangkan perang. Apa dia? Tiga perkara yang dimaksudkan itu iaitu keberanian, keberanian dan keberanian. Tapi Krisnnamuri menyatakan bahawa jika manusia masih menganggap dirinya lebih tinggi daripada makhluk lain tetapi masih tetap timbul peperangan, maka peperangan itu tidaklah berbeda dengan peperangan batin manusia itu sendiri. Peperangan batin lebih hebat jika dibanding dengan peperangan nyata kerana kekadang peperangan batin menjadikan orang mudah gila atau tidak siuman dan kapan tidak siuman atau gila/tentu kerjanya mahu menghirup darah manusia macam cerita Raja Bersiung. Martin Luther pernah berkata perang malapetaka yang paling hebat yang menimpa umat manusia. Lihat saja perang dunia pertama dan kedua. Sekali perang dunia hampir 30 juta manusia jadi korban. Bayangkanlah. Tulang-tulang berserakan/kata Usman Awang. Bukankah itu kerja setan? Bukan saja itu, malah perang menghancurkan agama, menghancurkan negara dan menghancurkan keluarga dan ia juga merupakan penyakit yang telah merobek diri kita menjadi ribuan kepingan-kepingan kata Voltire, tetapi Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa peperangan itu sebenarnya tipu daya dan bila tipu daya, maka itu tak dikehendaki oleh Allah. Allah benci tipu daya, apa lagi membunuh tanpa alasan. Pelajar Indonesia tunjuk perasaan tanda benci perang. Barangkali kita juga bisa melakunya dengan cara berkumpul di mana-mana dan baca puisi anti perang alias anti keganasan Bagi saya perang atau perang-perangan kerja bodoh dan kerja setan kerana yang melakukannya memperlihatkan sikap kebinatangan dan kebuasan yang tidak disukai ramai orang kerana Harry Emerson Fosdick bilang bahawa tragedi perang ialah menyuruh orang yang paling baik melakukan perbuatan yang paling buruk. Lagi pula Winston Churchill pernah menyatakan bahawa tidak ada yang dijamin berhasil dalam perang, yang ada adalah menerima ganjaran masing-masing. Disamping itu kenyataan di atas diperkuatkan pula oleh Benjamin Franklin yang menjelaskan bahawa tidak ada perang yang baik dan perdamaian yang buruk dan bagi William Tecumseh Sherman bahawa perang ialah neraka katanya. “Perang kerja setan” kata Aishah selaku aktivis Teater Sandakan dan disokong pula oleh Sante yang baru saja menerima anugerahwartawan dari Ketua Menteri. Jadi, sekali lagi saya bertanya bahawa untuk apa Amerika memerangi Iraq setelah membunuh tiga juta rakyat Kemboja, Vietnam dan laos. Lalu bakal membunuh dan menyusahkan 20 juta rakyat Iraq yang tidak berdosa lagi setelah menghirup darah rakyat Islam Afghnistan yang memang sudah lama menderita akibat diperangi oleh tentera Russia bertahun-tahun lamanya? Fikirlah siapa sebenarnya kepala pengganas? Negara manakah di dunia ini yang paling ramai membunuh manusia dan mengalakkan orang berperang? Tak perlu saya jawab. Sobat tentunya tahu. nota: catatan ini diizin siar semula tanpa kelulusan penulis
Diterbitkan oleh : |