SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Apa Harapan BA di Parlimen Padang Serai ?Kawasan parlimen Padang Serai di Kedah Darul Aman adalah kawasan yang terdiri daripada dua DUN ekoan daripada persempadanan semula kawasan pilihanraya oleh SPR yang bakal digazetkan oleh parlimen sedikit hari lagi. Dua DUN yang dimaksudkan tadi adalah N. 33 Merbau Pulas dan N. 34 Lunas. Satu DUN telah dipindahkan ke kawasan Baling adalah N. 32 Kuala Ketil. Dalam pilihanraya umum ke 10, 1999 yang lalu calon BA Saifuddin Nasution Ismail telah di tewaskan oleh Lim Bee Kau calon BN dengan majoriti 9000 undi. Pecahan undinya adalah seperti berikut :
Kuala Ketil : 2600 undi Pada ketika itu Parti Keadilan Nasional hanya mempunyai 3 cawangan sahaja di bahagian Padang Serai ini dengan jentera pilihanraya yang tidak tersusun dan serba kekurangan dalam segala segi . Namun demikian kita berjaya juga mengurangkan majority BN sebanyak 7000 undi berbanding pilihan raya umum 1995 yang lalu daripada 16,000 kepada 9,000. Pilihanraya kecil Lunas menyaksikan kita melakukan kejutan dengan memenangi kerusi Lunas sekali gus menafikan majority 2/3 BN di DUN Negeri Kedah. Apa yang menari di sini untuk diperkatakan ialah peralihan sokongan engundi Cina kepada keADILan amat ketara sekali lantaran isu Sekolah Wawasan dan Suqiu.Kita menyangka bahawa sokongan Masyarakat Cina Lunas kepada keADILan adalah bermusim sahaja. Rupa – rupanya sokongan itu adalah sokongan padu dan tidak bersyarat . Ini jelas sekali apabila tinjauan yang dilakukan menunjukkan pengundi Cina Lunas masih setia dengan keADILan. Kemenangan kita di Lunas dengan majority 530 undi menterbalikkan kemenangan BN dengan majority 4700 bermakna peralihan sebanyak 5230 undi. Kejayaan keADILan menubuhkan banyak cawangan – cawangan baru dari ketiga – tiga kaum terbesar di Padang Serai ini sesungguhnya memberikan kita harapan yang cukup cerah untuk menawan ketiga – tiga kerusi P. Serai, Lunas dan Merbau Pulas. Pada bulan Mac, 2001, kita telah menubuhkan 2 caw. Serentak yag keseluruhan ahlinya terdiri dari Masyarakat Cina iaitu Caw. Pekan Pdg. Serai dan Sg. Karangan. UPU Pekan Pdg. Serai dan UPU Jln. Baling adalah 90 % Masyarakat Cina dan jumlah pengundi di kedua – dua UPU itu adalah 2500 pengundi. 1999, Saifuddin hanya mendapat 300 undi sahaja di sini tetapi dengan sambutan hangat dan permohonan menjadi ahli oleh Masyarakat Cina yang ramai itu di anggarkan 60% pengundi Cina di sini akan memberikan undi kepada keADILan . Pada akhir 2002, jumlah cawangan Parti KeADILan di bahagian Padang Serai sahaja telah menjangkau 33 cawangan . Ia adalah dalam landasan yang betul yang menepati target kita untuk menubuhkan 41 cawangan menjelang PRU akan datang kerana jumlah UPU dalam Padang Serai ini adalah 41. Pada 9 Mac yang lalu kita telah melancarkan 5 cawangan serentak yang mana kesemua ahli – ahli cawangan – cawangan ini adalah bekas ahli MIC . 5 cawangan tersebut adalah Tmn. Bunga Raya , Pdg. Meiha, Tmn. Kenangan, Bukit Karangan dan Tmn. Bkt. Karangan . Jumlah keahlian di 5 cawangan ini melebihi 420 orang. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Dr. Xavier Jayakumar ahli MPT KeADILan , semasa pelancaran tersebut kita telah menerima satu lagi permohonan daripada Masyarakat India di Tmn. Nesa untuk menubuhkan satu lagi cawangan di sana dan InsyaAllah akan kita usahakan secepat mungkin untuk menjadikannya cawangan yang ke 39. Sayugia diingatkan bahawa Tmn. Bunga Raya terletak dalam UPU Victoria, DUN Lunas semasa PRK Lunas yang lalu YB Saifuddin hanya mendapat 117 undi sahaja di UPU itutetapi dengan kemasukkan lebih 200 bekas ahli MIC ke dalam keADILan …. Yakin dan percayalah UPU Victoria akan menjadi kubur tak bertanda MIC dan BN di Pdg. Serai ini. Setelah dicongak sebelum pelancaran 5 + 1 cawangan KeADILan dari Masyarakat India ini, kita menjangkakan kita akan menghadapi tentangan sengit dari BN untuk kita tawan DUN Merbau Pulas dan P. Pdg. Serai ini, kedudukan masih lagi pada tahap 50 – 50 tetapi dengan terlancarnya cawangan – cawangan ini kemenangan BA untuk memerintah Negeri Kedah sudah diambang pintu. Yakin dan percayalah teori domino sedang memainkan peranan kerana peralihan sokongan masyarakat India ini yang merupakan 22% jumlah pengundi bagi Pdg. Serai atau 10,500 pengundi daripada 51,000 pengundi bukanlah satu jumlah yang kecil. Kalau kemenangan kita di Lunas menggunakan formula 60 – 60 – 10 dengan sokongan 60 % Melayu, 60% Cina dan 10% India kita menang dengan majority 530 : Bagaimana kalau 10 % sokongan India bertambah menjadi 40 % atau 50% ? Kemana BN mahu kita hanyutkan ?????????????????/ Salam Reformasi Daulat Raja Kambir ………
Diterbitkan oleh : |