SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ulasan:Antara sihir, doa dan jampiAssalamulaikum,Saudara Astora, Alhamdulillah dapat saya meluangkan masa membaca Mingguan Malaysia hari ini (2/3/2003) khususnya ruangan Bicara Agama yang seingat saya sudah tidak lagi dikendalikan oleh saudara setelah saudara menjadi editor Majalah Al-Islam. Membaca tajuk atikel ini saya pada mulanya menyangka saudara akan memperkatakan tentang perbezaan antara sihir, doa dan jampi.Nampaknya saya hampa kerana kandungannya hanyalah suatu dakyah semata-mata. Sebelum memasukkan atikel ini ke dalam recycle-bin, elok rasanya saya mengulas apa yang saya rasa tak kena pada penulisan saudara sebagai orang yang telah lama menulis dalam ruangan popular dan kontoversi ini. Tidak cukup dengan laman web saudara menggunakan media akhbar pula untuk meluahkan perasaan. Untunglah saudara punyai banyak peluang mempengaruhi fikiran rakyat, lebih beruntung jika saudara sentiasa sedar bahawa setiap apa yang saudara tulis jika niatnya baik, kandungannya bermanfaat tentu saudara mendapat pulangan lumayan di akhirat dan malaikat di kanan saudara letih menulis amal jariah saudara. Sebaliknya jika niat busuk dan kandungan tulisan saudara sentiasa mengandungi dakyah dan bertujuan menjatuhkan air muka sesama mukmin, apalagi cuba memperlekehkan agama sendiri tentu saudara tahu habuan saudara di akhirat, na'uzubillah. Sebelum membaca dakyah saudara ini saya telah maklum akan keadaan en. Lutfi dan Sdr Shahnon Ahmad tetapi saya tidak arif mengenai jenis penyakitnya sehinggalah saudara mewar-warkan dan menghebahkannya melalui media rakyat yang terulung membawa fitnah ini. Sesungguhnya tiada siapa dapat mengawal dan menentukan email siapa yang saudara nak keluarkan sebagai rencah dalam penulisan saudara, tetapi dengan mengambil dua email (Yusuf daud dan Qassim baba) jelas seolah-olah saudara cuba menonjolkan spekulasi terhadap penyakit Sdr Lutfi disamping saudara cuba memperlekeh cara perubatan Islam. Sebagai seorang penulis tidak sepatutnya saudara hanya berharap kepada tulisan orang lain dan menciplak secara 'cut n paste' untuk menjadi sebahagian dari atikel saudara (penuh semuka). Ini cara mudah dan cara orang malas berfikir dan cara mudah menghabiskan kerja wartawan. Sepatutnya saudara memberikan input berkaitan tajuk atau saudara menganalisa input dari pembaca dan memberi ulasan bernas bukan mengapi-ngapikan. Saya ingin mengulas dan menjawap pertanyaan sdr yang berikut: " Akhir sekali penulis ingin minta tolong siapa saja yang kenal bomoh-bomoh hebat yang boleh menjampi dan menyihirkan orang memperkenalkan mereka kepada penulis untuk digunakan mereka menjampi dan menyihirkan Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon dan Presiden George W. Bush supaya masing-masing tidak bertindak ganas terhadap bangsa Palestin dan Iraq". Dari permintaan saudara di atas nampak jelas beberapa perkara seperti berikut:- 1) Saudara tidak tahu membeza antara jampi, sihir dan doa 2) Saudara membodohkan diri untuk menjampi dan menyihir Menteri Israel, Ariel Sharon dan Presiden George W. Bush. walaupun sebenarnya saudara mungkin bermaksud untuk mengatakan bahawa jika jampi dan sihir itu mujarap kenapa tak sihir orang itu, orang ini untuk lindungi orang islam? Tak perlu saya terangkan beza jampi, sihir dan doa kerana saudara boleh tanya kepada orang yang lebih arif yang saudara yakini. Saya cuma ingin saudara jawap sendiri soalan berikut:- a) Doa siapakah yang paling makbul? Jawapan saya 'doa para anbiya.' jawapan saudara saya tak tahu. b) Mengapa Firaun tidak sakit walaupun dia menentang Allah swt? c)Mengapa anak dan Isteri nabi Nuh a.s tidak ikut ajaran Nabi Nuh a.s? d) Kenapa seorang Nabi (Nabi Ayub a.s) juga ditimpa sakit, adakah semuanya kerana kifarah? e) Kenapa Nabi Muhammad s.a.w tidak jampi semua orang kafir sezamannya supaya semua boleh masuk islam tanpa soal jawap dan tidak perlu jihad? Banyak lagi soalan yang boleh diajukan untuk saudara tetapi soalan di atas sudah memadai untuk mengelat soalan saudara yang berbaur dakyah. Saudara boleh rujuk terjemahan al_qur'an iaitu peristiwa semasa Allah swt ingin mencipta manusia dan malaikat bertanya mengapa Allah swt ingin mencipta manusia yang akan menentang-Nya. Tak perlulah saya bersusah menaip semula, terpulang kepada saudara ingin menghayati agama atau mengkhianatinya. Akhir kata andainya saya boleh menjampi, ingin saya jampi astora jabat jadi ulama yang sebenar, yang tidak cinta dunia dan tak takut mati. Sekian,oleh kerana saya tak tau jampi apalagi sihir maka saya hanya mampu berdoa agar Allah swt memberi saudara taufik dan hidayah-Nya
wassalam.
Diterbitkan oleh : |