SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Krisis makin teruk antara Pemuda UMNO dan MCAPemuda Umno desak Ong dedah pemimpin ‘samseng’ Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan Omar Osman SUNGAI PETANI: Pergerakan Pemuda Umno mendesak Ketua Pemuda MCA, Datuk Ong Tee Keat supaya mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa mengamalkan politik kongsi gelap. Ketuanya, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata pendedahan yang dibuat Ong itu amat serius dan pemimpin itu perlu bertanggungjawab dengan menamakan mereka yang didakwa terbabit mengamalkan politik kotor itu. “Saya minta dia (Ong) bertanggungjawab kerana apa yang didedahkan itu adalah perkara serius. Dan beliau perlu memperkukuhkan apa yang dikatakan itu dengan mengemukakan bukti,” katanya. Hishammuddin berkata, kemelut yang melanda MCA itu mampu diselesaikan dengan segera sekiranya Ong sanggup mendedahkan siapa pemimpin yang dimaksudkan itu. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Jentera Pilihan Raya Pemuda Umno Kedah di Pantai Merdeka di sini, semalam. Beliau mengulas kemelut yang melanda MCA ketika ini berikutan dakwaan Ong bahawa gejala politik kongsi gelap dalam parti itu semakin serius sehingga ada sebahagian anggota kumpulan samseng diberi jawatan dan dilindungi sesetengah pemimpin MCA itu sendiri. Ong juga mendakwa pergaduhan pada perhimpunan agung pergerakan itu pada 3 Ogos 2001 juga membabitkan anasir kongsi gelap. Berikutan itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik meminta Ong menamakan pemimpin terbabit atau keluar parti. Semalam, akhbar melaporkan Ong tidak akan meletak jawatan sebaliknya mahu menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai untuk membincangkan pendedahannya itu. Hishammuddin bagaimanapun berkata, sekiranya masalah kewujudan Team A dan B dalam parti itu tidak dapat diselesaikan terlebih dulu, masalah kecil seperti hari ini akan bertambah serius. “Sekiranya ada parti komponen dalam BN yang masih lagi dalam belenggu seperti ini, bila masa lagi kita mahu bersiap sedia menghadapi pilihan raya,” katanya. Beliau berkata, tiada gunanya Umno saja yang bersungguh-sungguh mahu menghadapi pilihan raya sedangkan parti komponen lain tidak mahu bersama-sama membuat persiapan itu. Dalam masa sama, Hishammuddin mengingatkan Ong supaya tidak melupakan tanggugjawabnya dalam BN dengan memastikan Pemuda MCA juga bersiap sedia menghadapi pilihan raya. Katanya, Ong perlu memahami beliau adalah Ketua Pemuda MCA dan perlu bersama Pemuda BN bagi menggerakkan jentera pilihan raya. “Saya sendiri pun ada masalah dalaman tetapi saya tahu membezakan sebagai Ketua Pemuda Umno, Ketua Pemuda BN dan Ketua Pemuda Bahagian Tenggara,” katanya. “Ini adalah ujian kepada Ong dan semua pemimpin MCA kerana jika mereka tidak mampu melihat masalah ini dalam konteks lebih luas, mereka akan dihukum bukan oleh saya tetapi rakyat,” katanya.
Susunan : Ayu Ayuni
Diterbitkan oleh : |